Friday, October 30, 2009

Bali Trip- Day 6

Day 6
22 Oktober 2009 (Khamis)


Hari ni Hasya lagi nampak ok.lagipun dah umpan hari ni nak tengok turtle dan naik boat. kali ni janji awal dgn Pak Nur. dalam kul 8am dah siap tunggu kat lobi. nak maksimum kan masa berjalan

Pak Nur cadangkan ke Turtle Island masa tour sebelum ni sebab katanya budak2 memang seronok dan boleh bergambar dengan binatang2 lain juga. Kami pun ikut la kan sbb dah dicadangkan.


Kami ke Pantai Nusa Dua... memang hotel kat sini cantik2 dan nampak banyak 4-5 bintang hotel compare to Kuta. Pantai Nusa Dua sesuai untuk water sport activity dan tempat sunrise. kalau Jimbaran, Uluwatu, Tanah Lot cantik tengok sunset. macam biasa nak parking kena bayar dan masuk kawasan ni pun kena bayar.


Tapi bila sampai ke pantai Nusa Dua dan bincang2 harga ... makkkkk aiiii mahhalllll nye!!! nampak tanda tu?mmg mahalll sangattt. Diaorg kira harga USD per person.mentang2 pelancong mmg kena ketuk betul kat Bali ni. 1 person kira USD 30. kanak2 pun kira sama. kami kena USD 30 kali 3 org= USD 90!! itu untuk naik glass boat, baki ikan makan kat coral, dan ke turtle island. dalam 1jam 30min je sebenarnya. Rasa tak berbaloi sebab kejap sangat.


Kami cakap dengan Pak Nur tak payah la... baik gi Pulau Langkawi naik boat baru rm50-60 untuk separuh hari. Sebab jadi pelancong ketuk tinggi2 pulak tu. dah siap pujuk Hasya lain kali tengok turtle. (tp Hasya merengek2 nak tengok juga..almaklum dah cakap dari semalam) .Then orang tu bagi 450 ribu rupiah pulak. harga paling last. Daddy kata kalau 350 ribu rupiah baru setuju. Pak Nur bangun terus pergi cari bos.. bincang dengan bos.. dapat harga 350ribu rupiah... ok setuju dengan harga tu..

dah setuju dan bayar terus... Pak Nur pun ikut sekali naik boat. dapat 4 paket roti untuk bg ikan makan nanti. Hasya pakai jeans.. aduhaiii payah la basuh..Syahir kena dukung je. nak pergi ke boat je dah berpasir2 dan tenggelam bila pijak. suasana pagi lagi ok. tak panas.. boleh je nak berkaki ayam kat pantai. Pantai bersih sbb dorang jaga.. banyak boat yg kosong lagi.masih awal


Hasya suka (masa kat Langkawi dulu dia rileks je, masa tu 3tahun)... berangin2.. syahir pula mula2 macam confius juga.. (1st time Syahir naik boat) tp tak takut.. dia rileks je atas daddy... Waktu kat Bali ni Syahir mmg jadi anakkkk manjaaa daddy.. asyik2 daddy je .. daddy tak leh hilang langsung..mesti nak cari daddy.. nak makan, nak tidur mesti cari daddy. Mummy ni bila tukar pampers dengan mandi.. hehe




Dalam 15min kot sampai kat tempat coral. mmg cantik sebab boleh nampak terus ke bawah. kalau dari dalam boat pun nampak sbb ada cermin kat bawah tu yg boleh tengok ke bawah. nampak ikan2 berenang... Hasya dah suka betul.. seronok dia cubit2 roti tu bagi kecil2 campak kat ikan.



Masa bagi ikan ni makan roti, Syahir nangis2.. sebabnya??? dia nak makan roti tu... haha... berebut2 nak ambil plastik kat tangan mummy.. memang nangis betul.. lapar la tu kan. nak bg makan ... isyy.. bukan tahu tu roti bila.. Nasib baik mummy letak biskut kat beg kecik.. beg besar dan barang2 lain tinggalkan kat APV..malas nak angkut banyak2. tengok roti pun dah ada kat rambut Syahir dalam gambar atas tu.. :)


Masa bagi ikan2 ni makan dah ada 2-3 boat lain sekali. nampak macam dari Jepun dan Russia. dah habis bagi makan dan tengok2 ikan... adala dalam 30min je kut... menuju ke Turtle Island pula. tak jauh sangat pun.. dalam 10-15min kut. nampak la boat2 nelayan, cruise, dan kapal2 besar pun ada.



waktu dah sampai, tak boleh terus ke tepi pantai... kena harung air juga sikit. mummy turun dulu nak sambut Hasya.. dah naik kan sikit seluar...tp Hasya punyala meraung2 tak nak jalan atas air.. macam geli kut.. punyala nangis tak nak turun..daddy pula dah ke depan dengan Syahir. habis seluar mummy jatuh balik.. topi Hasya pun jatuh.. basah dahhh... tak bawak spare seluar pulakkk tu.. budak2 ni punya je.


Ada sorang staff sini tolong dukung Hasya... pun meraung juga.. org gelak je tengok dia tak nak kena air.. nak mummy juga.. mummy pasrah je dengan seluar basah -dukung Hasya balik. paksa juga pijak pasir...sampaila dia nak pijak.. ok je punnnn..saje je Hasya



Ada beberapa tempat pelihara turtle kat sini. tp kami ke Deluang Sari. Ada waktu2 bila turtle ni akan naik ke sini untuk bertelur... Telur2 tu akan menetas dan anak2 turtle akan dijaga.. sampai waktunya.... sebahagian turtle akan dilepas dan ada yg disimpan utk tunjuk kat visitor macam kami ni.. hehe.
comel sungguh anak2 turtle ni. Hasya mula2 takut nak pegang.. tp lepas tu dah berani. nak pegang pun kena confident.. kang terlepas kesian turtle tu... tp staff kat sini ada kat keliling dan tengok. Syahir waktu ni dah kena dukung dengan staff sana sementara mummy, daddy dan kakak sibuk nak pegang angkat turtle.



Syahir mula2 geli tp bila letak kat badan turtle ok je. Nak bagi Hasya angkat tp takut terlepas.. so mummy tolong angkat juga.


Ni kat kawasan atas dan teduh.. kalau yg besar2 kena turun kat tasik kecil bahagian bawah... Ada banyak juga turtle yg besar2 umur dalam 30 tahun sampai ke 50 tahun.


Ada tulis kat situ di larang duduk di atas turtle.. tp staff tu letak Syahir atas turtle yg 50 tahun.. budak2 boleh lagi..ringan lagi kut.. staff tu suruh Hasya duduk belakang tp Hasya tak nak... tak nak.. rugi la kan. Hasya ni kadang nampak berani sangattt tp kadang2 jadi penakutt betul.. pujuk2 punya pujuk tak nak juga..


Syahir mula2 tengok je.. diam je atas turtle tu.. tp bila turtle tu gerak2 sikit.. Syahir dah bunyi... takut.. lagipun masa Syahir duduk atas turtle tu ramaiii la pelancong2 Jepun dan Russia ni sibuk panggil Syahir suruh senyum tengok camera dorang.. haha.. Syahir panic la sekali






Seluar mummy mmg dah basah ni.. tak mampu nak angkat dah.. pelancong lain tengok pelik je kut... yg dorang ni buka habis dah...




Naik dari tasik kecil tu.. nampak beberapa haiwan untuk bergambar... mula bergambar dengan enggang... Hasya waktu ni gelak2 kan org yg takut nak pegang.. gelak bukan sikit2 tu.. gelak besar pulak ... tp bila dekat kan dengan dia... haaa.. berlari ke belakang tu takutt...

dalam gambar nampak Hasya macam dekat pula.. tp sebenarnya jauh sikit ke belakang.. memang tak nak dekat pun..


kejap2 je dapat pegang... pegang.. snap gambar terus tukar org lain pulak pegang.. tak sempat nak rasa takut sangatt.. Pegang kelawar pula.. mula2 geli tp itula.. tak sempat nak rasa takut bila staff tu terus letakkan kat tgn dan suruh ke atas bawah nak bagi sayap tu kembang... mcam pegang Batman kan.



Next- ular sawa... daddy yg pegang dulu.. pastu org lain pulak dah pegang.. Syahir dengan mummy ... tak sempat mummy nak pegang.. rasa2 je kulit licin ular tu..



Nampak Hasya tu takut? tp bila org lain pegang terjerit2 dia punyala gelakkan org tu.. isyy



Ke depan lagi ada kodomo- biawak besar.. pegang sikit dan bergambar.. Pak Nur jadi cameraman kami.. senang sikit.. kalau tak payah la kan..



Kat hujung tu ada helang... tp tak berani dekat sangat... ada rantai tak nak bagi helang tu terbang.. pegang pun hujung2 je..



Dah habis tengok binatang.. staff tu tanya nak air tak?kami order 2 air kelapa... minum2 kat situ basahkan tekak.. matahari pun dah naik..

sempat ada ayam laga tu... ada pelancong2 jepun letak duit sekali.. tengok gitu2 je.. sambil tu tengok barang2 cendermata yg dorang jual ..



Sebelum balik tu mummy minta nak bergambar dengan ular...(kes tak puas hati td org rebut2 nak bergambar dengan ular) . Staff pun keluarkan dari sangkar... (dah lepas bergambar dan tak de org binatang tu simpan balik dalam cage). Dapatla kenangan dengan ular.. masa ni tak pula rasa geli ke takut.. masa tu fikir ntah bila nak bergambar peluk dengan ular lagi.. hehe




Sebelum balik, berjaya pujuk Hasya untuk bergambar duduk atas turtle.. tp masa ni turtle yg 50thn tu dah dikelilingi oleh turtle lain.. dan payah pula nak tolak2 turtle tu.. berat nak tolak. dan Hasya takut terpijak kaki turtle nak langkah2 tu.. ambil gambar kat tepi je la.. haaa.. kan dan rugi tadi tak nak ambil.



Balik ke pantai kejap je.. nampak dah ramai kat atas udara sambil boat2 dok keliling laut bawa org ..ada banana boat etc.. penuh dah laut dengan boat untuk water sport. best je tengok. cuaca dah panas.. pijak pasir pun kena lari2 sbb panas.. Pantai dah penuh dengan org2 kulit putih..


Basuh kaki, basuh badan Syahir... seluar mummy pun basah sbb bersihkan pasir yg melekat. Rasa sangattt2 tak selesa.. minta Pak Nur hantar balik hotel jap nak tukar seluar.. sebenarnya tak dekat pun nak singgah tp dah tak selesa sangat.. alang2 tu sempat solat dulu kat bilik.




Dah selesa, kami pun gerak ke Bedugul. dalam 2 jam juga perjalanan... naik atas tanah tinggi.. sejuk dan nyaman je.. nampak kat tepi2 jalan ramai yg jual durian.. makin ke atas jual strawberi pun ada.. nak singgah kat tepi Pak Nur kata nnt singgah kat pasar buah. lagipun mcm tak best bila asyik kena ketuk harga je.



nak masuk ke taman Bedugul ni kena bayar kat entrace 5ribu rupiah. Suasana mmg nyaman sejuk je.. dengan kabus lagi.. tp tiba2 hujan rintik.. cepat2 bergambar dulu.. Syahir baru bangun tidur dan selipar pulak dalam APV.. terpaksa la berdukung je..Hasya pulak langsung tak nak bergambar waktu ni. Ada mende yg dia tak puas hati waktu tu.. tak ingat pulak sebabnya..





tengok la.. mana ada Hasya dalam gambar2 ni... memang duduk jauh2 tak nak gambar sama2.. sayang betul.. puas dah pujuk dia..eksenn..

tiba2 hujan rintik2.. mula la jalan cepat2 nak habiskan kawasan..


tempat ni nampak tenang dan cantik. tp sayang cepat2 je jalan.

makin lama makin lebat...


memang banyak pintu gerbang belah 2 macam ni. ada maksudnya.. tp tak berapa ingat. kalau tak salah maksudnya selamat datang. ada maksud agama dorang juga


tetiba ada kuil buddha pula kat sini. Bali ni terkenal dgn Hindu ala kerajaan Majapahit.

masa sampai kat restoren ni dah lebat sangat kat luar... dah tak ramai orang masa ni sbb dah lepas waktu lunch. buffet juga- 70 ribu rupiah seorang (dewasa). patut ada 20%gov tax tp tak kena cas pula waktu ni

makan biasa2 je.. lebih kurang mcam kat Kintamani juga tp sedap sikit dari sana. pak Nur dapat makan free kat ruangan pak supir.. (sbb tu la dia bawa kami ke sini).. ada je kedai2 biasa kat tepi jalan dan tak payah buffet kut.

budak2 yg dah kepenatan dan berebut nak tidur atas daddy. Menuju ke Tanah Lot nak tgk sunset.





dalam 2 jam lebih juga dari Bedugul ke Tanah Lot. sampai2 tu dah ngam2 je sunset... ingatke abg dah ambil gambar rupanya tak.. maknanya tak ada gambar sunset di Tanah Lot..sayangkan..
nak masuk ke Tanah Lot kena bayar 7,500 rupiah pp (dewasa). dan kena pakai kain ikat kat pinggang tanda masuk ke tanah suci. kalau yg pakai seksi sikit atau seluar pendek kena pakai kain tak kira lelaki pun.
kat sini byk monyet. tp jgn apa2kan monyet tu sbb dewa. dan hati2 kalau yg pakai topi, cermin mata.. nnt takut2 monyet tu tarik dan larikan...naya je.
beli tiket tarian kechak... 50ribu rupiah seorang. hasya tak kira. sepanjang persembahan tu Syahir tidur je.. nasib baik juga.. sbb Hasya pun takut ada babak2 yang keluar monyet nakal (orang) dan usik2 penonton.



tarian ni tak ada alat muzik. cuma guna suara dari penari2 lelaki.. (dalam 70 orang kalau ikut brochure).... jalan cerita tak berapa faham juga walaupun dah ada kertas penerangan... mmg bukan kaki seni..ntah....dah baca beberapa kali pun tak faham lagi. yg pasti yang baik lawan jahat. dan persembahan ni mmg guna api
habis je persembahan kami terus nak balik je.. boleh je nak ambil gambar dgn penari2 tu... tp malas la.. dah la jauh lagi perjalanan..suasana dah gelap

penat nak makan berat2.. minta pak nur bawakan kedai makan yg ringan2 dan kami ke Bakso Malang Buk Tinuk. Malang ni nama tempat ye..tak de kena mengena dgn nasib malang... hehe..
rasanya?masinnn... ntah la ye.. lidah kami ke yg rasa masin.. tp bila dah letak kicap2 dan cili yang ada atas meja tu barula kurang masin.mungkin itu cara makannya.. tp abg tak suka sgt sup nak letak cili kicap terpaksa la bertahan ...order 2 es teller tp masih terpaksa berebut dgn budak2 ni.. tak cukup.. hehe...
masa nak bayar baru sedar duit rupiah tak cukup.. nasib baik si isteri mmg ada simpan duit spare.. patutla dari luar kedai nampak cik abg gelisah je buka beg galas cari benda.

Tips


  • kalau ada plan nak pergi turtle island-pakai je baju yg selekeh ke atau yg ringan2.. nanti dah kena air tak de la susah sangat. Bawa baju spare... bukan untuk anak je.. tp parents sekali.

  • Memang kena bawa duit lebih nak jalan2 ni. memang bila melancong ni nak kena bayar entrance itu ini, makan ,minum ,shopping etc

  • Bawa bekal biskut2 ke roti, air. kalau anak2 lapar tak de la berlagu2 tengah jalan

  • Bedugul ni atas bukit... mmg berkabus dan senang hujan... kalau nak lama sikit kat sini rasanya baik sediakan payung. kalau tak bawa boleh je sewa kat orang2 yang dah tunggu kat sana.

0 comments: