Thursday, November 5, 2009

Bali Trip- Day8

Day 8
24 Oktober 2009 (Sabtu)

dari malam dah masukkan barang dalam beg.. cuma sikit2 je yang belum settle.
sarapan- habiskan maggie dan fries yang ada..

masa ni syahir baru sedar yang dia boleh main telephone kat bilik dan pasang radio.. haha.. nasib baik hari akhir..
memang tak nak lepas.. dia yang punyaa..

ni la bilik kami dan barang2.. yang bungkusan suratkhabar tu lukisan.. abg mie dah cakap dgn MAS staff utk uruskan.. tak yah check-in lukisan tu.. masuk dalam je


kat lobi sementara tunggu abg mie dan kak syuroh sampai. masa check out kena bayar Gov tax @ USD 7.5 / night jadinya 8 hari 7 malam - USD 52.5 .

alhamdulillah Hasya dan Syahir dah sihat.. sebelum ni suspen je.. Ngurah Rai Airport... datang dgn abg mie yang pakai uniform tak kena kacau pun dgn org2 yang angkat beg etc

Syasya , Hasya dan mimi.. sedih dah nak balik..



bergambar sementara abg mie parking kereta



kat airport sini.. kalau nak check in kena terus masuk.. so, kena salam2 terus baru masuk check in
tp lepas check in kami keluar balik (patutnya tak boleh)... sbb abg mie yang bawa kan.. boleh lagi jumpa kak syuroh kat luar..


sementara nak tunggu berlepas.. gi minum dulu.. makan fries Mc D dan minum kat Dunkin DOnuts
lepas dah minum.. baru masuk dalam.. kena bayar airport tax 150 ribu rupiah seorangg.. kalau tak de duit tu susah juga nak kena keluar balik.



Hasya macam biasa.. terus nak tengok movie..
SYahir pun enjoy je.. patut tak ada seat lagi tp daddy beli juga seat untuk syahir.. terpaksa bayar airport tax utk 4org.. kalau tak bayar untuk 3 org je..
Alhamdulillah selamat sampai di KLIA lepas 3 jam perjalanan... Baba ambil di airport. tak yah nak bayar taxi.. sebagai balasan malam tu dtang bawa KFC .. (datang sbb nak ambil bibik).. tak larat nak basuh jemur dan kemas..

Monday, November 2, 2009

Bali Trip- Day 7

Day 7
23 Oktober 2009 (Jumaat)


Hari ni dah plan dgn kak Syuroh nak ke Pasar Sukawati... pergi lepas kak Syuroh dan abg mie hantar Mimi Syasya gi sekolah.. dalam pukul 8am kak syuroh sampai hotel

sampai2 je pasar- tutuuupp pulak.. sebab nya? peniaga2 dah ready nak beraya.. esoknya kat Hari Kalungan.. antara raya yang besar kat Bali. dah 2 hari dorang cuti.. yang buka- kedai2 kat bawah dan ada yang buka gerai2 kecil kat bawah..

tp harga tak leh nak tawar sangat... mentang2 tak ada pilihan.. tp beli juga 4 dress utk hasya.. actually 3 je sbb 1 lagi hadiah dari kak Syuroh. mummy pun beli 2 dress macam hasya, dan ada juga beli sepit2 rambut dan selipar bunga..

yang paling berbaloi beli barang daddy la... dapat beli lukisan besar.. tp 3 lukisan yang dipecahkan boleh jadi 1 yang besar..senang sikit nak bawa.. dari harga 1juta rupiah lebih kat ubud dapat muraahhh sangat kat seni.. harga dalam 100 rupiah lebih kalau tak salah..

dari pasar balik ke rumah kak syuroh. lunch dulu.. (kak syuroh dah masak awal2) dan lepas tu daddy ikut abg mie gi solat Jumaat dan habis solat abg mie hantar ke Galuh Spa.. yee.. turn daddy pula nak di massage.. semalam dah call utk booking tukang urut lelaki.

sementara tu, kak syuroh minta tunjukkan macam mana nak buat spaghetti dan kuahnya. bahann2 tak cukup lengkap tp boleh la..




bila mimi dan syasya dah balik... main la dgn hasya ye-ye.... petang tu main air.. mummy dgn syahir pun turun

syahir mmg tak takut langsung.. lompat2 je dari atas.. masuk keluar kolam tu..pastu berebut2 bola la.. itu ini.. ada je tak kena..



hasya kurang confident nak swim. mungkin kolam lain dan mungkin juga dah lama tak swim





tu nak pakai mummy punya.. syahir punya lupa nak bawa



lepas daddy balik... daddy pun join main air..






3 sekawan... sedih esok nak balik

naik dari kolam dah menjelang maghrib.. makan spaggeti balik dan nasi. tunggu abg mie balik dari keje

syahir main ikut suka dia dan kat master bedroom pulak tu..segan nak masuk bilik org sebenarnya.. tp kira macam hotel la ni.. pagi2 ada orang kemas

lepas abg mie balik dan makan... hantar kami balik hotel pulak.. masing2 dah penat.. balik hotel kemas barang2 pulak.
syasya mimi harap hasya stay lama lagi.. tp tak dpt la kan.. nak tambah 1 hari kat hotel maunya dkt 100USD. belum tax2 lain. abg mie dan kak syuroh tgh tunggu apartment baru 3 bilik. kalau tak boleh je nak tumpang free.. hehe