Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

Saturday, September 6, 2008

Cuti2 ke Kuantan Ogos 2008

untuk ida.. gambar2 kat kuantan.. hari tuh bukan ke dah copy?

sambil tu boleh la cerita sekali

26 Ogos 2008
daddy sampai rumah dalam pukul 8am. barang2 semua mummy dah siapkan. daddy tidur dulu, dalam pukul 11 lebih barula kami bertolak ke kuantan. alhamdulillah perjalanan berjalan lancar walaupun masa baru keluar tu dah mula hujan dan dekat ampang hujan lebat sgt- langit pun gelap sgt. gerun juga.

sampai Swiss Garden Kuantan sebelum asar. kami makan dulu sebelum check in. bilik ok, hotel pun cantik juga, lobby hotel pun lawa. tepi2 jalan sekitar hotel ada banyak gerai makan, restoren, KFC pun ada dan siapa nak makan keropok lekor dan sata pun ada (tp tak berapa dicadangkan sgt). sedap lagi keropok lekor dan sata tgganu... hehe..

lepas asar kami keluar nak cari barang2 makanan- roti, susu kotak,air juice etc.. tak ambil breakfast kat hotel sbb kat luar pun banyak pilihan.

27 Ogos 08

bangun pagi- sarapan dan kami turun swimming pool. kali ni semua turun sekali termasuk syahir! syahir mula2 takut dan nangis sikit. tp lepas tuh dah ok. syahir dan mummy mandi tak lama sgt. nnt kecut pula tangan dan kaki syahir.
lepas mandi- pergi pantai pula. tak jauh pun- jalan beberapa langkah je. hasya semangat sungguh cari kulit siput dan buat sand castle.

tgh kami ke East Coast Mall. (ye ke ni?) shopping complex ni mcm baru buka je. besar juga dan banyak butik dan kedai yg ada nama. Parkson dan Carefour pun ada kat bangunan ni.

petang tuh kami bersiap ke rumah ayah teh (abg pada baba). hasya panggil tok teh/to'ki. sebelum pergi rumah ayah teh- kami ke pantai teluk cempedak. kononnya nak mengimbau kenangan- tp nak turun tak leh sbb budak 2 org tuh tidur dgn nyenyak nya kat kerusi masing2). nak angkat, tak sampai hati pula.

mak teh baru balik kerja. duduk dulu-minum petang dan potong carrot cake yg kak zana buat. ayah teh puji sedap. alhamdulillah ayah teh suka. lepas maghrib, ayah teh ajak dinner kat restoren ikan bakar... kebetulan, mmg teringin nak makan seafood-alhamdulillah rezeki.
kek yg dibuat oleh kak zana

menu malam tuh - tomyam seafood, ikan aji-aji bakar, ketam, sotong etc.. punyalah sedap makan... mmg puas hati... gambar makanan tak snap pun.. dah sedap makan kan.

28 Ogos 08
pagi ni mandi kolam sekali lagi, tp mummy dan syahir tak turun mandi. tgk je.. mummy turun lewat sikit sbb nak kemas2 baju. pergi pantai sekali lagi -hasya cari lagi kulit siput dan buat sand castle. mmg dia suka betul.

check out hotel. menuju je The Legend, Cherating pula nak check in

sampai The Legend- masih tak berubah walaupun dekat 6 thn lepas pergi. sama je lagi. petang tu, pergi pantai- daddy saje letak syahir atas buaian panjang... tak sangka dengan angin sepoi-sepoi bahasa... syahir boleh tertidur.. syahir tak pernah tidur buaian.hehe.. best betul tengok dia..comel.

29 ogos 08
mandi kolam lagi. syahir letak kaki je dalam kolam.lepas ni,bolehla bawa syahir main air selalu.

check out hotel. kami naik ke atas sikit- ke kemaman, tgganu...alaaa dalam 15min je. nak beli keropok lekor, keropok keping dan sata. ada simpang ke kanan lepas masjid Geliga, Kemaman. ok la rasanya. tp sedap lagi keropok lekor yg kak sai beli minggu sebelum tu kat Seberang Takir, KT. tp okla dari beli kat kuantan. mak teh dan ayah teh kata kat kuantan kurang sikit rasanya.

singgah dulu ke rumah ayah teh dan bertolak balik ke KL...sampai rumah dah dekat maghrib.alhamdulillah semuanya selamat.

Cuti2 ke Kuantan

Friday, May 16, 2008

Swiss Garden Damai Laut 12-14 May 08

Isnin 12May08
Bertolak dalam pukul 11am (pagi tu baru nak kemas beg). penat pun tak hilang lagi, dalam kereta mengantuk, tp tahan je sbb daddy pun penat. kesian bawa kereta sorang2. Sampai Swiss Garden Damai Laut, off Pangkor Island, Lumut, Perak dalam pukul 4pm lebih. Kami terlalu jalan lama dulu sblm masuk tol dan singgah makan dulu. Uhhh..rasa nak terus tidur. Tpt nih jauh ke dalam- kena lalu ladang kelapa sawit dan ladang buah dragon fruit. Duduk bilik apartment, ringkas je biliknya.

Selasa 13May08
Sarapan kat hotel. 3hari sblm dtg dah faks utk sarapan. utk 3adult or 2 adult&2 children RM40 tp kami ni 2adult je. Hasya masih free lagi. dah makan, turun pantai..pusing2 kolam dan hotel. Rasanya tpt ni sesuai untuk org yg suka alam semulajadi atau nak main golf. Pulau Pangkor nampak jelas, dari hotel ada boat ke sana. RM25 per adult. tp cuaca panas sgt dan ntah la, tahap adrenalin tak mencapai tahap sesuai nak ke pangkor. hehe... next time kita tido pangkor terus la daddy. penat nak angkut2 brg kalau balik hari.

Ptg- gi pasar malam kat pekan sitiawan. dekat je. ada satay 20sen secucuk!murah lagi kan kat sini. Nak cari buah bali atau pamelo? tp x jumpa. semua pakat jual kat r&r highway ke? mahal sgt la kat highway.ikut kg. x-jiran pernah beli 3atau4biji RM10.mana nak cari ye?

hasya mula2 x nak main ni.. dia takut sbb tinggi dan lalu titi tu panjang juga. mummy paksa.. lepas tu dia seronok pula.. ajak daddy.. lepas tu nak naik sorang...

Rabu 14May08
Check out awal sikit. Tak tahu nak buat apa lagi kat sini. Musim panas ke skrg?Menuju ke Uni Teknologi Petronas, Tronoh. Melawat adik mummy yang ke 6. hasya excited sgt nak jumpa aunty Ida. dah sebut2 sblm aunty ida sampai.

Makan kat v4. act tpt student, tp nampak lecturer pun ramai. ada beberapa pilihan tpt makan boleh pilih. mummy dan daddy makan kat tpt org pakistan masak. Nasi beriyani dan ayam tandoori 1set RM6 shj! roti nan RM1.20. murah banding kat lembah klang. dan mungkin dalam kaw U. makanan pun sedap.

Masuk bilik ida dan roomate nya Sya... posing2.. main2 dgn hasya dan syahir dekat 1jam... kami pun bertolak balik ke bangi. Ida tgh musim xm skrg... good luck dan moga Allah permudahkan utk semuanya.

Alhamdulillah sampai rumah dkt maghrib juga. Singgah ke pasar Sek3, BBB. Buah lagi murah kat sini dari pasar sitiawan. Daddy kata kita rehat dulu dari jalan2.. hehe... next trip ke mana ye?bandung?bali? ponin pale cik abg bila baca ni. huhu

Friday, April 11, 2008

Sunway Tower Hotel

Selasa 8 April 2008
Dah selesai masukkan barang2 dalam beg, siapkan hasya dan syahir kami sekeluarga bertolak ke bandar sunway dalam 10am. Dalam 45 min dah sampai, dekatnya bercuti kali ni. Ada 2bgnan hotel kat sini- Sunway Tower Hotel dan Sunway Resort Hotel &Spa. Dua2 pun nampak cantik dan mewah dan 2 hotel ni mmg bersambung ada laluan. Hasya dah seronok sbb dah nampak 2 ekor gajah besar, harimau kat dpn, dan nampak kepala singa kat sunway pyramid. Rasanya last time datang sunway pyramid 2thn lepas kut. hasya pun kecil lagi. kali ni, dia dah excited sambil buat gaya tarian ala2 zaman mesir purba pyramid.

Abg keluar check in. Sepatutnya check in pukul 4pm (lewat nya), tp alhamdulillah dapat check in awal. Dari 26 tingkat, kami menginap di tingkat 12. mmg lawa , mungkin sebab baru dan nampak eksklusif. bilik kami agak besar, sekali dgn meja makan utk 4org, ruang dapur- tpt masak,peti sejuk 2 pintu, microwave etc. lengkap dgn alatan memasak, rice cooker, kuali, periuk besar, pinggan mangkuk .... dekat luar bilik ada ruang tamu yg agak luas, bilik tetamu yg agak tertutup, gymnasium, bilik laundry.....nak diikutkan harga bilik ni semalam rm700, tp rezeki kami- tak payah bayar. alhamdulillah. .

hasya masuk bilik terus menuju kat katil single. erm.. tu dah jadi katil dia.ada katil single dan katil king. syahir nanti minta baby coat. perut dah berbunyi jd kami ke sunway pyramid. pun bersambung dgn hotel ni. jalan beberapa langkah dah sampai pun... wahhh.. bestnya. pusing2 jap, singgah solat zuhor dulu (surau besar dan selesa) dan baby room pun ada tpt mainan. dah lain dari dulu.

nampak ada restoren Hartz... buffet all u can eat... tp makanannya lebih pd chicken. ayam goreng tepung, ayam panggang, ayam .. ayam... tp ada juga nasi lauk2 ayam, sayur, macaroni, speggeti ,ice cream, desserts etc. kebetulan sampai dah Happy Hour dari 2-4pm. Dewasa rm19 x2 , hasya rm5. dan ada 15% diskaun. boleh la . nak kata sedap sgt tu biasa2 la. actually dah pernah makan tp kali ni pergi dgn hasya mcm best pula. dia boleh makan 3 ketul ayam, sepiring kismis, 2 slices cake, spaggeti, buah jambu, watermelon! tak pernah nampak dia makan byk macam tu. mmg mummy daddy terkejut. buncit perut hasya!hehe. lapar sgt kut,tp kami cuba stop hasya dari makan lagi. risau pula.

dah makan pusing2 kat baby dept Jusco, beli la sikit barang- bottle air lagi utk hasya dan mainan music instrument. then pergi Giant supermarket beli makanan sikit- biskut, juices, cookies, grapes dan roti utk 2hari . kat bilik, dah bawa bekal buah kiwi dan epal. nak pergi Parkson tp dah petang, so balik bilik sbb nak pusing2 kat hotel dan luar hotel.

dah solat asar, pusing2 kat luar sambil bergambar. Staff kat sini mmg peramah, hospitality mmg bagus la... sambil jalan hasya nyanyi lagu elaphant (selalu dgr kat rancangan barney). hasya posing mcm2 gaya. tgn tu pula mesti angkat 4 jari sbb dia dah nak masuk 4thn. hehe. cari swimming pool... dah janji dgn hasya main esok pagi.

sampai mlm- mummy kenyang, tak makan dah. minum air jus aje. plan nak jalan sorang2 kat sunway pyramid. pusing2 so esoknya dah tahu nak beli apa. tp hasya susah nya nak tido, dia xcited sgt dgn pukul drum, tiup2 instrument lain yg mummy tak tahu jenis apa sbnrnya. kacau syahir pula yg sedap2 tidur. hrmmm... KECEWA sungguh tak dpt keluar. daddy tak kisah nak duduk bilik tp kalau boleh waktu hasya dah tidur. hasya biasanya tidur lepas isya' tp mlm ni...lewat .

Rabu 9April 2008
Bangun pagi, siapkan syahir . hasya pun siap dari dalam bilik pakai baju mandi. Mummy bawa baju mandi juga (muslimah swimming suit- ada tudung, baju yg cover bhgn atas dan tutup aurat) tp macam tak bercadang pula nak mandi. tgk je kut. kolam kat sini lawa dan besar. sebelah tu fitness centre dan taman yg cantik utk penghuni villa. Sunway Lagoon pun sebelah je. mmg laluan utk masuk sunway lagoon ada tp kami tak bercadang nak masuk. semalam nya tutup utk pembersihan. next time tunggu syahir besar sikit.

hasya mandi dgn seronoknya dengan daddy. syahir tengok je, letak dalam stroller- dia pun tidur. baik sungguh anak boy mummy ni. baik je, senang nak jalan macam ni. daddy dah naik, hasya sambung mandi dgn anak2 org arab. cuaca dah panas balik bilik, kemas2 barang nak check out.

check out dah! sekejap sangat rasanya , tak puas lagi menikmati suasana sunway ni. hehe... letak beg dalam kereta, then jalan ke sunway pyramid. lunch time! masuk jusco beli barang lagi. daddy nak balik- dah penat. daddy balik kerja isnin malam hari tu dari auckland, selasa rabu di sunway ,khamis kerja balik ke rome,italy pula, tak sempat nak rest puas2.. mummy mcm nak merajuk pun serba salah. nak pusing2 lagi tp tak apala. pujuk diri sendiri, jgn sedih sgt. hehehe...

http://www.sunway.com.my/

Sunway Hotel vs POTGH

pengalaman yg agak berbeza antara sunway hotel dan Palace Of The Golden Horses(POTGH). dah 2kali menginap di POTGH, mmg hotel nya besar 6stars, tp dari segi layanan tu agak berbeza. staff kat sini mcm sombong sikit compare to sunway. nak ke mines shopping complex kena naik kereta agak jauh (lalu tol pergi balik), tak pun naik shuttle. tak pun naik boat dalam 10 min. seronok juga naik teksi air ni sekali sekala tp kena bayar rm5 p/p sehala. boat pula stop kat mines hotel, kena jalan lagi 10-15 min. leceh juga nak lalu swimming pool berpasir ala2 pantai. bila hujan, susah den nakjalan.

swimming pool kat sunway lawa dan besar, dulu rasa mcm kat POTGH ni best dgn gelongsor air, taman yg cantik. kat rumah ni pun ada pool (duduk apt) tp jarang pula kami turun mandi skrg ni. hehe.. nak mandi pun selalu tunggu sabtu atau selasa sbb baru cuci hari sebelumnya. kolam bersih.

staff di sunway lebih mudah senyum dan masa kami tercari2 lif nak ke tgkt 12, staff dtg offer bawa kami ke lif, nak masuk keluar hotel pun senyum je. tak tahu la pengalaman org lain macam mana. pergi POTGH pun sebab jadi member utk heatlh club. setiap tahun ada full medical check up kat sini . dah jarang ke sini, parking 1jam rm10... mahal sgt. tp sbb member rm5 sekali masuk. pun mahal juga. yg pasti, mana2 pergi sekarang mesti nampak muka bukan org tempatan. kat restoren pun mcm tu, mana2 pergi la. org M'sia dah kerja kat mana pula?