Selasa 8 April 2008
Dah selesai masukkan barang2 dalam beg, siapkan hasya dan syahir kami sekeluarga bertolak ke bandar sunway dalam 10am. Dalam 45 min dah sampai, dekatnya bercuti kali ni. Ada 2bgnan hotel kat sini- Sunway Tower Hotel dan Sunway Resort Hotel &Spa. Dua2 pun nampak cantik dan mewah dan 2 hotel ni mmg bersambung ada laluan. Hasya dah seronok sbb dah nampak 2 ekor gajah besar, harimau kat dpn, dan nampak kepala singa kat sunway pyramid. Rasanya last time datang sunway pyramid 2thn lepas kut. hasya pun kecil lagi. kali ni, dia dah excited sambil buat gaya tarian ala2 zaman mesir purba pyramid.
Abg keluar check in. Sepatutnya check in pukul 4pm (lewat nya), tp alhamdulillah dapat check in awal. Dari 26 tingkat, kami menginap di tingkat 12. mmg lawa , mungkin sebab baru dan nampak eksklusif. bilik kami agak besar, sekali dgn meja makan utk 4org, ruang dapur- tpt masak,peti sejuk 2 pintu, microwave etc. lengkap dgn alatan memasak, rice cooker, kuali, periuk besar, pinggan mangkuk .... dekat luar bilik ada ruang tamu yg agak luas, bilik tetamu yg agak tertutup, gymnasium, bilik laundry.....nak diikutkan harga bilik ni semalam rm700, tp rezeki kami- tak payah bayar. alhamdulillah. .
hasya masuk bilik terus menuju kat katil single. erm.. tu dah jadi katil dia.ada katil single dan katil king. syahir nanti minta baby coat. perut dah berbunyi jd kami ke sunway pyramid. pun bersambung dgn hotel ni. jalan beberapa langkah dah sampai pun... wahhh.. bestnya. pusing2 jap, singgah solat zuhor dulu (surau besar dan selesa) dan baby room pun ada tpt mainan. dah lain dari dulu.
nampak ada restoren Hartz... buffet all u can eat... tp makanannya lebih pd chicken. ayam goreng tepung, ayam panggang, ayam .. ayam... tp ada juga nasi lauk2 ayam, sayur, macaroni, speggeti ,ice cream, desserts etc. kebetulan sampai dah Happy Hour dari 2-4pm. Dewasa rm19 x2 , hasya rm5. dan ada 15% diskaun. boleh la . nak kata sedap sgt tu biasa2 la. actually dah pernah makan tp kali ni pergi dgn hasya mcm best pula. dia boleh makan 3 ketul ayam, sepiring kismis, 2 slices cake, spaggeti, buah jambu, watermelon! tak pernah nampak dia makan byk macam tu. mmg mummy daddy terkejut. buncit perut hasya!hehe. lapar sgt kut,tp kami cuba stop hasya dari makan lagi. risau pula.
dah makan pusing2 kat baby dept Jusco, beli la sikit barang- bottle air lagi utk hasya dan mainan music instrument. then pergi Giant supermarket beli makanan sikit- biskut, juices, cookies, grapes dan roti utk 2hari . kat bilik, dah bawa bekal buah kiwi dan epal. nak pergi Parkson tp dah petang, so balik bilik sbb nak pusing2 kat hotel dan luar hotel.
dah solat asar, pusing2 kat luar sambil bergambar. Staff kat sini mmg peramah, hospitality mmg bagus la... sambil jalan hasya nyanyi lagu elaphant (selalu dgr kat rancangan barney). hasya posing mcm2 gaya. tgn tu pula mesti angkat 4 jari sbb dia dah nak masuk 4thn. hehe. cari swimming pool... dah janji dgn hasya main esok pagi.
sampai mlm- mummy kenyang, tak makan dah. minum air jus aje. plan nak jalan sorang2 kat sunway pyramid. pusing2 so esoknya dah tahu nak beli apa. tp hasya susah nya nak tido, dia xcited sgt dgn pukul drum, tiup2 instrument lain yg mummy tak tahu jenis apa sbnrnya. kacau syahir pula yg sedap2 tidur. hrmmm... KECEWA sungguh tak dpt keluar. daddy tak kisah nak duduk bilik tp kalau boleh waktu hasya dah tidur. hasya biasanya tidur lepas isya' tp mlm ni...lewat .
Rabu 9April 2008
Bangun pagi, siapkan syahir . hasya pun siap dari dalam bilik pakai baju mandi. Mummy bawa baju mandi juga (muslimah swimming suit- ada tudung, baju yg cover bhgn atas dan tutup aurat) tp macam tak bercadang pula nak mandi. tgk je kut. kolam kat sini lawa dan besar. sebelah tu fitness centre dan taman yg cantik utk penghuni villa. Sunway Lagoon pun sebelah je. mmg laluan utk masuk sunway lagoon ada tp kami tak bercadang nak masuk. semalam nya tutup utk pembersihan. next time tunggu syahir besar sikit.
hasya mandi dgn seronoknya dengan daddy. syahir tengok je, letak dalam stroller- dia pun tidur. baik sungguh anak boy mummy ni. baik je, senang nak jalan macam ni. daddy dah naik, hasya sambung mandi dgn anak2 org arab. cuaca dah panas balik bilik, kemas2 barang nak check out.
check out dah! sekejap sangat rasanya , tak puas lagi menikmati suasana sunway ni. hehe... letak beg dalam kereta, then jalan ke sunway pyramid. lunch time! masuk jusco beli barang lagi. daddy nak balik- dah penat. daddy balik kerja isnin malam hari tu dari auckland, selasa rabu di sunway ,khamis kerja balik ke rome,italy pula, tak sempat nak rest puas2.. mummy mcm nak merajuk pun serba salah. nak pusing2 lagi tp tak apala. pujuk diri sendiri, jgn sedih sgt. hehehe...
http://www.sunway.com.my/
Friday, April 11, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment