Showing posts with label pahang. Show all posts
Showing posts with label pahang. Show all posts

Thursday, May 7, 2009

Cameroon Highland 26-29 Mac 08

Cuti2 cameroon ganti sbb masa cuti sekolah bln 3 tu Hasya terlibat rakaman Haiwan Teladan utk tv3. Hannan ponteng sekolah utk 2 hari sbb nak ikut kitaorg.. baba mama bagi izin.. hehe.. susah tau dorang nak bg ponteng! Aunty Ida yg di penghujung cuti pun ikut je. nanti balik cameroon terus hantar Ida kat UTP

Masa perjalanan hujan lebat sgt. kat highway tu memang lebat!! tiba2 ada kereta Gen-2 terpusing2 kat jalan. Alhamdulillah agak syukur sbb suami boleh control walaupun agak cemas juga. dah brek pun masih kereta jalan dan siap ke kiri kanan jalan nak elak. nasib baik sgt. dan jarak kereta lain jauh ...


Hari 1- Khamis 26 Mac 09

Syahir agak meragam tak nak duduk diam2. habis mummy pening kat jalan pusing2 tu...punyala bertahan dgn minyak angin dan gula2.... sampailah akhirnya tak tahan juga... tapi dah siap plastik tu... habis telinga pun jadi sakit


Stay kat GreenHill Resort. Apartment 3 bilik 2 bilik air. ada sofa, tv yg sakit mata nak tengok, meja makan dapur (jimattt boleh masak) dan bilik tidur yg selesa. masuk je dah sejuk.. Aksi-aksi nak bergaya ...kunun2 kat tpt sejuk sangat la kan.. hehe..budak2 ni siap glove tu

Ptg-pusing2 sekitar kawasan ... dan sebelum gi dinner. lepas hujan rintik2..sejuk biasa2... (ni cakap org eksen - daddy cakap mummy eksen kata tak sejuk) dah .. memang mummy rasa tak sejuk.. nak buat cam ne..hahaha


Hari 2- Jumaat 27 Mac 09Aktiviti yg Hasya paling suka... dah lama cakap dgn dia... dan dah lama juga dia asyik sebut nak petik strawbery. akhirnya tercapai.. sambil petik sambil masuk mulut. tapi dengan izin ehhhh... org yg bawa kitaorg ni bagi makan sbb dia kata datang bukan hjg minggu.. tak ramai org.. dan petik pula kat tpt yg tak sembur racun.


Akhirnya hari2 la datang sini... rugila dorang kalau semua customer macam ni kan.. haha... makan bukan sikit2 tau... sorang2 makan lebih byk dari yg masuk bekas tu.. harga dah lupa pulak.. kalau tak salah sebekas besar rm 20 kut. yg kecil dorang petik rm14


Hari 3- Sabtu 28 Mac 09Kat honey bee farm. mummy yg terjerit2 sbb nampak lebah terbang. takut masuk dalam tudung ke seluar ke dan takut budak2 ni kena.
Petik strawbery lagi... Syahir pun suka sangat.....tp nak petik kena pilih2.. kalau nak makan terus petik la yg merah2.. tp kalau nak makan esoknya petik yg ada putih2 sikit.. baru la tak berair.Tengok la semua makan ... terliur tak?hasya paling semangat tiap2 hari petik.
Lepas lunch akhirnya mama, baba,kak sai, iman, nana pun sampai. lambat sikit sbb tunggu kak sai habis kelas ke apa.. Lepas dorang dah rehat, baba ajak keluar walaupun waktu tu hujan. Pergi ladang tea Bharat.. kena turun bawah skit. tp macam tak best je.. so pergi ladang tea Boh pulak... perjalanan nye masyaAllah..memang mama berdebar2 kat mana la kitaorg ni bawa.. jalan pusing2.. dah la sempit.. jauh pulak tu.. tp berbaloi... puas hati.. Tapi kalau naik ladang Boh yg kat atas tu lagi puas ... tpt minum tea pun lagi cantik..

duduk2 minum tea dan makan skon (betoi ke).. dan sempat juga beli tea2 yg jual kat dalam kedai tu... sajer la kunun.. tp sbnrnya kat hypermarket lagi murah bykkk...

tea tarik sbnrnya guna kualiti daun teh paling rendah! hampas daun tea jee.... tp itula yg masyarakat Malaysia dok minum hari2 kat kedai mamak kan... hehe

naik balik ke apartment... mama masak sayur2 yg ada.. dan lepas tu pergi jejak kasih rumah sepupu yg dah berbelas ke berpuluh tahun tak jumpa..

Hari 4- Ahad 29 Mac 09

Alahai cam cepat je dah nak balik... tiba masa check out. mama gi pasar brinchang tp kami tak pergi pun.. sbb nak hantar ida balik UTP. sempat la bergambar2 dulu...


mama dah tanya .. bila lagi ye kita nak jalan2 macam ni.. nak pergi kat mana pulak.. hehe..






eh... tak balik lagi la... ada hajat nak petik strawbery lagi... so masing2 pun tak lepas kan peluang... kali ni petik kat bahagian depan... tpt kitaorg petik kat atas tu dah kekurangan stok.. hehe... iye la kan.. tp kat depan ni susah sikit nak makan terang2 sbb ramai org... segan nak makan beriye..


ok... byee.... next time tu bila ye nak dtg lagi?

Sunday, September 28, 2008

Cameroon Highland Feb 2007









Pergi kejap je 2 hari 1 malam. x puas .
31 Jan 07 - 1 Feb 07



Saturday, September 6, 2008

Cuti2 ke Kuantan Ogos 2008

untuk ida.. gambar2 kat kuantan.. hari tuh bukan ke dah copy?

sambil tu boleh la cerita sekali

26 Ogos 2008
daddy sampai rumah dalam pukul 8am. barang2 semua mummy dah siapkan. daddy tidur dulu, dalam pukul 11 lebih barula kami bertolak ke kuantan. alhamdulillah perjalanan berjalan lancar walaupun masa baru keluar tu dah mula hujan dan dekat ampang hujan lebat sgt- langit pun gelap sgt. gerun juga.




sampai Swiss Garden Kuantan sebelum asar. kami makan dulu sebelum check in. bilik ok, hotel pun cantik juga, lobby hotel pun lawa. tepi2 jalan sekitar hotel ada banyak gerai makan, restoren, KFC pun ada dan siapa nak makan keropok lekor dan sata pun ada (tp tak berapa dicadangkan sgt). sedap lagi keropok lekor dan sata tgganu... hehe..

lepas asar kami keluar nak cari barang2 makanan- roti, susu kotak,air juice etc.. tak ambil breakfast kat hotel sbb kat luar pun banyak pilihan.

27 Ogos 08


bangun pagi- sarapan dan kami turun swimming pool. kali ni semua turun sekali termasuk syahir! syahir mula2 takut dan nangis sikit. tp lepas tuh dah ok. syahir dan mummy mandi tak lama sgt. nnt kecut pula tangan dan kaki syahir.
lepas mandi- pergi pantai pula. tak jauh pun- jalan beberapa langkah je. hasya semangat sungguh cari kulit siput dan buat sand castle.



tgh kami ke East Coast Mall. (ye ke ni?) shopping complex ni mcm baru buka je. besar juga dan banyak butik dan kedai yg ada nama. Parkson dan Carefour pun ada kat bangunan ni.


petang tuh kami bersiap ke rumah ayah teh (abg pada baba). hasya panggil tok teh/to'ki. sebelum pergi rumah ayah teh- kami ke pantai teluk cempedak. kononnya nak mengimbau kenangan- tp nak turun tak leh sbb budak 2 org tuh tidur dgn nyenyak nya kat kerusi masing2). nak angkat, tak sampai hati pula.

mak teh baru balik kerja. duduk dulu-minum petang dan potong carrot cake yg kak zana buat. ayah teh puji sedap. alhamdulillah ayah teh suka. lepas maghrib, ayah teh ajak dinner kat restoren ikan bakar... kebetulan, mmg teringin nak makan seafood-alhamdulillah rezeki.
kek yg dibuat oleh kak zana

menu malam tuh - tomyam seafood, ikan aji-aji bakar, ketam, sotong etc.. punyalah sedap makan... mmg puas hati... gambar makanan tak snap pun.. dah sedap makan kan.

28 Ogos 08
pagi ni mandi kolam sekali lagi, tp mummy dan syahir tak turun mandi. tgk je.. mummy turun lewat sikit sbb nak kemas2 baju. pergi pantai sekali lagi -hasya cari lagi kulit siput dan buat sand castle. mmg dia suka betul.

check out hotel. menuju je The Legend, Cherating pula nak check in

sampai The Legend- masih tak berubah walaupun dekat 6 thn lepas pergi. sama je lagi. petang tu, pergi pantai- daddy saje letak syahir atas buaian panjang... tak sangka dengan angin sepoi-sepoi bahasa... syahir boleh tertidur.. syahir tak pernah tidur buaian.hehe.. best betul tengok dia..comel.

29 ogos 08
mandi kolam lagi. syahir letak kaki je dalam kolam.lepas ni,bolehla bawa syahir main air selalu.


check out hotel. kami naik ke atas sikit- ke kemaman, tgganu...alaaa dalam 15min je. nak beli keropok lekor, keropok keping dan sata. ada simpang ke kanan lepas masjid Geliga, Kemaman. ok la rasanya. tp sedap lagi keropok lekor yg kak sai beli minggu sebelum tu kat Seberang Takir, KT. tp okla dari beli kat kuantan. mak teh dan ayah teh kata kat kuantan kurang sikit rasanya.

singgah dulu ke rumah ayah teh dan bertolak balik ke KL...sampai rumah dah dekat maghrib.alhamdulillah semuanya selamat.