Tuesday, May 19, 2009

Aquaria KLCC 11 April 09

Pagi-pagi tu rasa bersemangat nak tgk baby Arif anak ayah Teh. terus sms Anas ajak gi sekali. dah siap2 tu gi Shah Alam dulu.

Ingat Anas dah tanya betul2 dgn Arif kat hosp mana dan wad mana. Arif cakap Hosp (nama lupa) dekat dengan KLCC. kat KLCC kan ada hosp kat atas... MAKA TERUS PEGANG KATA2 ARIF- DEKAT DENGAN KLCC! haha... dekat je.. bukan dalam KLCC! dah la tgh ada PC FAIR. nak parking pun agak susah .... jalan agak sesak... dan arif dah nak check out....dan malas nak keluar balik... akhirnya tak dpt la tgk baby baru. kita pusing kat dalam je la... ekeke

Lepas dah lunch, Anas ajak masuk Aquaria. Ingat dia nak belanja tiket... tp tak pun.. esok nya dah minta duit tiket.. hehe.. apa la anas ni. Harga tiket tak salah rm 35 kut dewasa. tp nak diskaun tunjuk kad Jusco atau student card. dapatla diskaun

Hasya dan Syahir memang seronok. lagi2 SYahir memang agak manja dgn uncle Anas tu. Hasya memang excited.. tp takut tgk spider yg berbulu2 dan agak besar skit... terjerit2 waktu ni. geliiii


Ikan pirana pun ada.. sempat tgk masa waktu makan ikan pirana. kejap je habis ikan kembung tu... agaknya kalau ada budak2 nakal nak masuk tgn.. terus putus.. tp dorang tutup kat atas tu..

Kat terowong ni agak pening skit... mungkin tak cukup udara dan dikelilingi ikan2 besar.. tp syok gak...Dah keluar.. Hasya ajak masuk balik... so masuk la kami semua.. Anas dgn Ain tak masuk.. Ain dah pening.(pregnant 4-5 bln kut)



Nampak besar2 ikan ni. ikan shark, ikan pari... dan ikan2 lain. subhanallah cantik...agaknya kalau dapat berenang kat dalam tu lagi best. Dulu boleh, tp tanya hari tu dah tak boleh.

Sesi bergambar... almaklum dgn Kak sai dan Nana...


Memang seronok la kalau bawa pergi ramai2 dan Hasya pun dah faham.. beli FM je sebagai kenangan. dah lama ajak abg pergi tp belum sempat nak masuk. tgk2 kami ni pergi dulu..

Thursday, May 7, 2009

Cameroon Highland 26-29 Mac 08

Cuti2 cameroon ganti sbb masa cuti sekolah bln 3 tu Hasya terlibat rakaman Haiwan Teladan utk tv3. Hannan ponteng sekolah utk 2 hari sbb nak ikut kitaorg.. baba mama bagi izin.. hehe.. susah tau dorang nak bg ponteng! Aunty Ida yg di penghujung cuti pun ikut je. nanti balik cameroon terus hantar Ida kat UTP

Masa perjalanan hujan lebat sgt. kat highway tu memang lebat!! tiba2 ada kereta Gen-2 terpusing2 kat jalan. Alhamdulillah agak syukur sbb suami boleh control walaupun agak cemas juga. dah brek pun masih kereta jalan dan siap ke kiri kanan jalan nak elak. nasib baik sgt. dan jarak kereta lain jauh ...


Hari 1- Khamis 26 Mac 09

Syahir agak meragam tak nak duduk diam2. habis mummy pening kat jalan pusing2 tu...punyala bertahan dgn minyak angin dan gula2.... sampailah akhirnya tak tahan juga... tapi dah siap plastik tu... habis telinga pun jadi sakit


Stay kat GreenHill Resort. Apartment 3 bilik 2 bilik air. ada sofa, tv yg sakit mata nak tengok, meja makan dapur (jimattt boleh masak) dan bilik tidur yg selesa. masuk je dah sejuk.. Aksi-aksi nak bergaya ...kunun2 kat tpt sejuk sangat la kan.. hehe..budak2 ni siap glove tu

Ptg-pusing2 sekitar kawasan ... dan sebelum gi dinner. lepas hujan rintik2..sejuk biasa2... (ni cakap org eksen - daddy cakap mummy eksen kata tak sejuk) dah .. memang mummy rasa tak sejuk.. nak buat cam ne..hahaha


Hari 2- Jumaat 27 Mac 09Aktiviti yg Hasya paling suka... dah lama cakap dgn dia... dan dah lama juga dia asyik sebut nak petik strawbery. akhirnya tercapai.. sambil petik sambil masuk mulut. tapi dengan izin ehhhh... org yg bawa kitaorg ni bagi makan sbb dia kata datang bukan hjg minggu.. tak ramai org.. dan petik pula kat tpt yg tak sembur racun.


Akhirnya hari2 la datang sini... rugila dorang kalau semua customer macam ni kan.. haha... makan bukan sikit2 tau... sorang2 makan lebih byk dari yg masuk bekas tu.. harga dah lupa pulak.. kalau tak salah sebekas besar rm 20 kut. yg kecil dorang petik rm14


Hari 3- Sabtu 28 Mac 09Kat honey bee farm. mummy yg terjerit2 sbb nampak lebah terbang. takut masuk dalam tudung ke seluar ke dan takut budak2 ni kena.
Petik strawbery lagi... Syahir pun suka sangat.....tp nak petik kena pilih2.. kalau nak makan terus petik la yg merah2.. tp kalau nak makan esoknya petik yg ada putih2 sikit.. baru la tak berair.Tengok la semua makan ... terliur tak?hasya paling semangat tiap2 hari petik.
Lepas lunch akhirnya mama, baba,kak sai, iman, nana pun sampai. lambat sikit sbb tunggu kak sai habis kelas ke apa.. Lepas dorang dah rehat, baba ajak keluar walaupun waktu tu hujan. Pergi ladang tea Bharat.. kena turun bawah skit. tp macam tak best je.. so pergi ladang tea Boh pulak... perjalanan nye masyaAllah..memang mama berdebar2 kat mana la kitaorg ni bawa.. jalan pusing2.. dah la sempit.. jauh pulak tu.. tp berbaloi... puas hati.. Tapi kalau naik ladang Boh yg kat atas tu lagi puas ... tpt minum tea pun lagi cantik..

duduk2 minum tea dan makan skon (betoi ke).. dan sempat juga beli tea2 yg jual kat dalam kedai tu... sajer la kunun.. tp sbnrnya kat hypermarket lagi murah bykkk...

tea tarik sbnrnya guna kualiti daun teh paling rendah! hampas daun tea jee.... tp itula yg masyarakat Malaysia dok minum hari2 kat kedai mamak kan... hehe

naik balik ke apartment... mama masak sayur2 yg ada.. dan lepas tu pergi jejak kasih rumah sepupu yg dah berbelas ke berpuluh tahun tak jumpa..

Hari 4- Ahad 29 Mac 09

Alahai cam cepat je dah nak balik... tiba masa check out. mama gi pasar brinchang tp kami tak pergi pun.. sbb nak hantar ida balik UTP. sempat la bergambar2 dulu...


mama dah tanya .. bila lagi ye kita nak jalan2 macam ni.. nak pergi kat mana pulak.. hehe..






eh... tak balik lagi la... ada hajat nak petik strawbery lagi... so masing2 pun tak lepas kan peluang... kali ni petik kat bahagian depan... tpt kitaorg petik kat atas tu dah kekurangan stok.. hehe... iye la kan.. tp kat depan ni susah sikit nak makan terang2 sbb ramai org... segan nak makan beriye..


ok... byee.... next time tu bila ye nak dtg lagi?