Tuesday, October 27, 2009

Bali Trip - Day 3

Day 3
19 Oktober 2009 (Isnin)


Daddy yang sediakan sarapan sepanjang 1 minggu kat Bali ni. Daddy goreng fries, rebus jagung, masak maggie telur. kalau daddy buat licin, kalau mummy yang goreng fries mesti tak habis... (daddy cakap)

Hari ni nampak Syahir lebih ceria macam dalam gambar atas tu. kalau makan jagung kena buat macam kedai tu.. satu2 .. baru senang syahir makan

Depan bilik 6360. patutnya boleh dapat 2 dan 3 bilik tp penuh. yang tinggal untuk 1 bilik.

Masih tak pergi tour sebab daddy nak syahir rest lagi. so, hari ni naik shuttle bas. (kena booking dulu). shuttle ni ada 4-5 kali sehari untuk ke Matahari Square. macam shuttle kat Bukit Cerakah dulu2 je. tapi Hasya seronok naik. Syahir pula siap tertidur dalam perjalanan ke Matahari.


pusing2 cari tempat makan. sekitar Matahari tak ada pula restoren halal. yang ada fast food. tapi jangan risau, A&W, Mc D, KFC ada logo halal dari Indonesia. tapi harganya???? lagi mahal dari Msia. dah penat dukung syahir (gara2 tertinggal stroller) order je kat A&W.



mummy order fish burger. rasanya?masin. sos- kurang umpphh.. ayam- masin juga. sorry ye, tekak lain2 (kang marah pulak orang Indon kalau asyik nak complain) . tak sempat nak keluar camera, masa hasya daddy makan mummy dukung syahir yang tengah tidur lagi.

Baru nak makan , ada insiden yang berlaku... huhuh

HP mummy berbunyi. selalu off kan aje kat Bali, tapi hari tu ntah nak on pulak. bila tengok screen tu dah berdebar-debar. sebabnya? no tel rumah!!! Bila rumah yang call maknanya alarm rumah berbunyi. dan bila alarm berbunyi masa kami tak ada dan semuanya dah diset maknanya??? ada orang masuk rumah kami hokey! daddy pun panic bila mummy bagi HP dan yang silapnya daddy matikan alarm tu (kena tekan password). Masa tu fikir takkan orang dah masuk, baru 3 hari, cepatnya orang tahu rumah kosong tak ada orang. Rumah sebelah dan belakang tengah buat renovation.. diaorg dah perasan rumah kami kosong?

Mama memang ada pegang kunci rumah kami dan dah siap bagi arahan nak masuk rumah kena matikan alarm bla.. bla.. nak keluar rumah.. set alarm.. bla.. bla.. tapi hari isnin. takkan tak sekolah? bagi mama pegang kunci sebab katakan la berlaku apa2 pada kami ke kan. untuk pegang je tapi dah pesan tak payah la masuk.

Daddy terus la call guard minta check. dan mummy pun sms jiran- kak Norsha minta suami maid dia datang check. sms mama juga minta baba datang . selepas beberapa minit (lama juga sbnrnya) mama sms lebih kurang mcm ni " mama datang bawa ayah su tengok rumah. Don't worry" HUH! apa ni... suspen dan panic wooo . kot ye pun, sebelum datang sms dulu atau bila alarm bunyi terus sms. dan ayah su pula sebelum ni masa buat makan2 kata nak datang, tp tak datang2 juga... ni masa tuan rumah tak ada nak datang pulak.. masa tu memang geram dan marah juga. ye la, kita kat jauh2 ni


call balik guard .. dan guard cakap nampak perempuan pakai tudung tengah siram pokok naik kete Civic hitam. isyyy...mama ni. siram pokok tengahari habisla terbakar pokok tu terkejut. hehe..

(dah dapat bil MAXIS- hasil dari kejadian ni kena cas RM100. haa.. 100 tu boleh nak shopping atau makan2 kan. 1min =+RM10)

Depan lobby hotel sebelum naik shuttle

Hilang terus mood nak berjalan ke tempat lain akibat kejadian tadi. daddy la yang paling tak ada mood. kat matahari tu banyak jual sabun, barang2 spa etc.. tp mummy tengok macam nak cepat balik jadinya tak ada tengok2 sangat barang2 tu. (sampai balik pun tak beli sbnrnya)

Dalam pada tak ada mood nak pergi tunggu shuttle bas balik hotel, ada sorang lelaki Bali pakai baju batik(baju uniform hotel) tegur. dia bagi kad untuk cuba buka. lucky draw la konon. dia kata kad ni memang khas untuk pelancong dan akan dapat voucher dari hotel. dia wakil Royale Hotel.

Dia bagi 3 keping- daddy, mummy dan Hasya. daddy tak nak buka, suruh dia yang buka. dapat 2 t-shirt hotel. sekali Hasya sibuk nak koyak kad tu juga dan koyak- Super Prize! dapat 3 pilihan hadiah
-USD 500 cash!
-Sony Handy cam
-percutian 8hari 7malam ke Phuket or Bali or Goa

orang tu terus ucap tahniah dan seronok sangat. dia minta ajak ikut ke hotel dan cakap hanya 2 org je dalam sehari yang boleh dapat. promotion tu hanya untuk seminggu. Risau juga nak ikut, tp dia kata lepas ke hotel, pihak hotel akan sediakan transport untuk balik ke hotel. dalam pada tak boleh senang2 percaya pada orang, kami ikut juga. masuk je taxi mummy pun baca2 dan daddy pula informed pada abg mie kami ke mana. bgtahu tentang ni.

org tu happy sangat sbb dia kata gaji dia berdasarkan dpaat bawa org ke hotel. sekali bawa org USD 50. sempat sembang2. dia kata nordin mat top dari msia, dah tanam kat msia bla.. bla.. ehhhh.. lain macam je. mummy pun cakap org indon kat msia ni pun ramai juga yg buat jahat.

Seperti yang disangka, mende ni macam yang kami selalu dok dengar. nak promote vacation club. tp masih guna RCI. kami pun dah join RCI ni juga, so terus la cakap tak berminat. tapi still kena dengar promotion tp kadar yg agak cepat juga... dah biasa, dan terus tunjuk je tak berminat. dorang pun tak paksa. ok la. dapat hadiah yg ke cuti tu. Phuket?Bali lagi? Goa? akan difikirkan dalam tempoh setahun lagi.. hehe..


memang dorang hantar balik hotel. dan kami sempat minta driver tu singgah ke restoren nasi padang untuk tapau. nasib baik juga driver tu muslim. so, dia hantar yang depan airport. tempat yg abg mie bawa hari pertama. beli 3 bungkus lagi. untuk dinner dan sarapan. harga dalam 70 ribu.

Balik hotel, Hasya nampak penat sangat. badan dia dah mula panas... ahhhh sudahh.. Syahir baru baik, Hasya pula demam. terus bagi ubat demam dan paksa dia tidur. Dia punyala sedap tidur sampaiii la dah 7 lebih. dah malam tu. kena paksa pula Hasya bangun untuk makan dan ubat.


Syahir yang dah sihat ni mulala nak kacau kakak dia... bila daddy nak keluar pusing2 hotel petang tu terus mummy suruh bawa Syahir. mummy nak ikut tak dapat la, kesian kat Hasya. nanti Hasya bangun ke apa ke kan.

wahhh... Syahir enjoy sangat masa keluar tu. Syahir yang pegang air botol untuk daddy. daddy cakap cara jalan Syahir pun macam orang besar je. rugi mummy tak ikut

Happy jalan kat pantai... tapi bila pasir masuk kat selipar terus nangis... tak selesa


Syahir dah balik dari pantai, kakak masih tidur lagi. badan panas.. mummy doa sangat2 minta hasya kebah. malam tu muntah pulak... alahai.. hampir cancel tour esoknya.

4 comments:

Mrs. Ishamizu said...

best2...dpt la eh pakej pecutian ke phuket tu? wah bestnya! nway dgr nasi padang 3bungkus 70ribu tkejut tp trus tgelak...hehe..

Hana' Yusuff said...

dapat.. hehe..boleh guna dalam tempoh 2 tahun tp booking setahun!

sbb dah biasa dengar mende2 macam ni jadi terus la cakap tak minat.. yg promote tu mat2 salleh, singaporean so cara tu profesional.kalau kat msia-bila cakap tak minat pun still nak promote gila2 paksa juga.

Hana' Yusuff said...

izu,
baru hari ke 3 ni.. penat dah nak citer sampai hari ke 8.. huhu.. kena tunggu ek

Mrs. Ishamizu said...

it's ok, i'll wait dear.:)