Tuesday, July 29, 2008

rehat je

Masih agak payah nak update cerita sbb laptop mmg la tgh problem..nampaknya nak kena tukar yg baru ni.. tunggu pc fair. Sayang sgt laptop tuh sbb monitor nya besar 17 inci. besar la dari laptop biasa. masa beli 5 tahun lepas pun, harganya boleh tahan juga tu. konon2 waktu tuh, daddy belikan utk mummy buat assgmt waktu sambung master, tp tak ada rezeki, separuh jalan je sambung study.

ni daddy tak bawa laptop, boleh la pinjam. daddy gi auckland. sebelum tuh gi melbourbe. balik auckland gi melbourne lagi. selang berapa hari lepas tuh gi melbourne lagi. kalau ada kawan kat sana, boleh la mummy pergi kan.pastu tunggu daddy datang baru balik sekali.. hehe..

sambung citer joberg..
11 July 08 (jumaat)
Hari ni daddy bangun awal sgt... yg pasti lebih awal dari waktu subuh joberg. Sebabnya hari ni daddy kerja utk flight dari joberg-cape town-joberg. balik tgh nanti. hasya dan syahir pun bangun sekali. hari2 bangun ikut waktu msia lagi, pastuh nak suruh tidur balik susahnya. tidur pula lewat sbb hasya check dulu mlm ke siang. tp hari ni hasya kena paksa tidur juga dgn mummy.kalau kat msia lepas isya' dalam 8.30-9pm biasanya dia dah masuk bilik dia tidur. tp kat joberg ni tidur dalam 9pm (waktu m'sia 3am!)

Mummy,Hasya dan Syahir duduk dalam bilik je hari ni... berehattt selepas semlm nya kesejukan. Sapu cream dan baby oil kat kulit Syahir dan Hasya. kulit Hasya dan mummy dah mula nak teruk.merah2 dan kering.daddy balik lewat sikit ada masalah kapal kat cape town. hari ni hasya asyik tanya daddy mana. dan asyik2 ckp "I miss my daddy"...mmg anak daddy betul Hasya ni.Suhu hari ni 3pm- 9celcius.

bulan March lepas daddy ada flight ke Joberg ni juga. Ada peluang ke Lion's Park dan Lesedi Caltural Village. (pergi dgn Wan). kalau nak pergi dgn pakej mahall sgt- r600 seorg (rm 300 seorg)!! hanya ke Lion's park. dengan Wan jauh lebih murah dari harga ni dan dpt pergi 2 tpt. Tgk gambar je la ye. Lion's Park ni besar. nasib2 la kalau dpt tgk jenis2 binatang yg ada kalau dia nak tunjuk muka. Daddy pergi dengan 5-6org crew yg lain. kat sini boleh pegang binatang mcm anak singa, zirafah. ostrich pun ada kat sini.


Ni di perkampungan budaya Lesedi. ada tarian tradisional sekali.

Ni gambar cooker utk panaskan nasi dan lauk.setahu mummy, tak dijual di Malaysia. yg tahu, ada jual di Singapore, Jepun, Dubai. tpt lain tak tahu pula. senang ada ni, tp pandai2 la nak masak kat hotel yg sepatutnya tak boleh. Nasi tuh cukup banyak juga untuk kami ber3 makan. Lauk bawa yg mmg beku habis. sampai hotel masukkan dalam fridge.

0 comments: