ok..nak habiskan cerita ke Johannesburg..
Ahad 13 July 08Hari ke2 terakhir di Sandtown, Joburg. Tak plan ke mana2 selain ke Nelson Mandela Square lagi. Tpt ni mcm KLCC- banyak juga kedai nak pusing, kedai2 branded dan dekat juga la untuk kami jalan kaki. Hari ni Hasya tak larat sgt nak jalan- sampai jatuh2 sebab penat, tp Hasya sejak ada Syahir- mmg tak duduk atas stroller lagi. dukung pun tak juga. kuat juga la semangat Hasya ni. Merengek nak nangis tuh ada juga-kebetulan pergi supermarket - kami belikan air juice dan coklat, Hasya pun ok. pegang je coklat tuh- nak makan kat hotel.

konon2 hari ni nak beli2 barang yg berkenan sebab dah beberapa kali ke sini adala yg mummy mcam nak beli. tp, tak ada rezeki mummy kut-semua yg mummy nak tuh tak dpt-kedai tutup atau barang dah habis.. huhu.. mmg tak ada rezeki betul. hari Ahad- banyak kedai tutup separuh hari!
Balik dari Nelson Square-menuju ke Village Walk pula. lagi sunyi sepi. nak beli pie kat London Pie (halal). daddy dok sebut2 pie ni sampai mummy terliur nak rasa juga. hehe.. tutup juga!! daddy kata sblm check out pagi esok, daddy lari jap ke kedai ni... :) kedai crystal Wan pun tutup juga. ingat nak tengok pokok2 permata. Tak pela, mungkin daddy beli akan dtg. nak beli skrg pun, tak ada tpt nak letak. ada jual brg2 kraftangan africa tp tak beli pun- buat habuk je kat rumah nnt kalau beli yg kecil2.
Isnin 14 July 08 dan Selasa 15 July 08
Baju dah mula kemas dari malam sebelum, so, tak kelam kabut nak kemas beg lagi. pagi tuh, kami habiskan biskut2 dan makanan yang ada. dalam pukul 9.30am tuh, daddy keluar ke Village Walk ke kedai London Pie... alhamdulillah, merasa la mummy pie itu... hehe... mmg sedap.. sampai perut ku sungguh penuh nak menghabiskan semuanya. ada captain tu siap beli sekotak lagi utk family dia.. beli yg belum masak.
Masa kat lobby utk check out... mummy agak terperanjat tgk ramai sungguh crew yg ada. pilot ada 8 org kot! dan cabin crew berpuluh2... rupanya separuh dari tuh adalah paxing balik. dan ada 2 captain yg bawa wife juga. masa ni susah hati jugak la tgk ramai2 sbb takut kapal tuh penuh sgt. mummy, Hasya dan syahir ni open ticket tau, bukan firm!! bayangkan ada 2 bas untuk crew! mmg ramai kalau tgk masa tuh.
seat utk economy ada lagi kosong, tp seat first class penuh! seat bussiness tinggal 2 je dan mummy dan hasya la yg memenuhkan seat tu. barula mummy ada peluang dok kapal tgkt atas. tp susah juga sbb daddy dok kat first class kat bawah. payah juga mula2 sbb tak ada bassinet, tp alhamdulillah ada lepas 2 jam flight. kalau tak ada bassinet, maunya keras tgn mummy dalam flight 10 jam tu.
alhamdulillah semua ok dalam flight. syahir tak meragam juga. hasya pula mcm biasa-mmg senang nak bawa jalan. sampai di KLIA 6.30am Malaysia. Alhamdulillah.... sampai tanahair. berakhir percutian ke Johannesburg, South Africa. daddy- next destination mana pulak?kuang kuang... haha... jgn mare...
Cuti kali ni agak mengubah persepsi mummy ttg South Africa ni. sorry la ye, tp dulu ingat kat sini ingat banyak jahat2, ganas, tempat mcm kpg2 tak cantik,mundur, panas.... teruk kan mummy fikir mcm tu... tp bila sampai tak ada lah mcm tu. mungkin di tpt pendalaman keadaan agak susah tp kat bandar ni, mmg cantik, sedang pesat sgt membangun. org kulit putih mmg byk je. banyak je restoren sushi, rest cina, rest italian etc. tak la semua nampak gelap pun. masa flight balik tu pun, banyak juga org jepun tau... diaorg mmg ok je. yg mcm ganas 2 tu mungkin dulu keadaan diaorg yg kena tindas dgn isu perkauman dan apartheid ni. kalau di cape town ramai ckp lagi cantik.. tepi laut je.. kat mall pun nampak ramai juga yg pakai tudung.. ok sgt je kat sini.. jgn terpedaya dgn media selagi tak dtg sini.. hehe
satu lagi..barang2 kat sini agak mahal juga.. kalau nak shopping tu beli kat malaysia je..lagi murah dari sini.. kalau makan pun sama juga.. mahal. duit rand (R) dpt double R2=RM1 tp nak beli berganda mahal. utk cendermata pula kat sini dgr ramai beli aksesori2 gelang rantai, pokok2 crystal dan telur ostrich yg dilukis (mmg cantik).
Info lain di Joberg dan South Africa
Go Gauteng - http://www.visitgauteng.net/
weather - http://www.weathersa.co.za/
restaurants - http://www.eating-out.co.za/
Museums - http://www.museum.co.za/
Tour operator - http://www.jmttour.co.za/
Soweto Information - http://www.soweto.co.za/
National Zoological Gardens of South Africa - http://www.zoo.ac.za/
Bryanston organic Market - http://www.bryanstonorganicmarket.co.za/
Monkeyland - http://www.monkeyland.co.za/
Birds or eden - http://www.birdsofeden.co.za/
Efaf Dinokeng (Elephants for Africa forever) - http://www.efafdinokeng.co.za/
Crocodile Farm - http://www.croccity.co.za/
Joberg Hop On-Hop Off - http://www.tournetsa.com/
Moratiwa Tours - http://www.moratiwa.co.za/
LESEDI Cradle of Living African Culture - http://www.lesedi.com/
Tax refund - http://www.taxrefunds.co.za/
Lion Park - http://www.lion-park.com/
Whale and dolphin watching - http://www.oceansafaris.co.za/
Nelson Mandela Square - http://www.nelsonmandelasquare.co.za/
Shopping complex di sandton - http://www.sandtonsquare.com/
Sandton City - http://www.sandtoncity.com/
Cape Town - http://www.capepointroute.co.za/
Sandton City - http://www.sandtoncity.com/
Cape Town - http://www.capepointroute.co.za/
0 comments:
Post a Comment