Sunday, May 4, 2008

Day 8,day 9 -balik m'sia

Day 8 - MOVIEWORLD LAGI!!!! YEEAHHAAA

Pagi2 kami keluar ke movieworld... daddy mummy macam tak puas nak main lagi... hehe.. mlm sblm tu dah kemas2 barang dalam beg... balik nnt tinggal masuk yg lebih2 baju dan barang lain.


cuaca bagusss sgt dan kebetulan hari ni tak ramai sgt org macam sebelum tu. beratur kejap sgt nak main2 ride yg ada. mummy sampai je tpt Wild West falls Adventure Ride terus naik boat. beshhh... tapi takut gak la masa boat tuh jatuh dari atas. hasya naik dgn daddy... nangis kejap. terkejut kot. basah la baju sikit -itupun dah pakai ponchos... turun dgn kelajuan 70kmph tanpa brake.. mummy tutup mata kejap.

daddy main batman wings tuh. daddy kata macam jantung tertinggal kat atas. mmg laju sgt naik atas. dan lepas tuh turun balik. sempat ambil gambar dgn batman lagi sekali, show semua dah tgk jadi kami rilek sikit pergi kali ni. tak terkejar2.. saja nak puaskan hati sebelum balik.
hasya main lagi ride yg ada untuk budak2... dia seronok la ..kali ni daddy layan je dia naik main apa... mummy duduk dgn syahir. sesekali ada juga mummy main dgn hasya..
dalam tgh kami balik dari Movie World...ingat nak singgah harbour town lagi tp tak jadi la.. kami pi shopping complex mana ntah..lupa nama.. beli sikit2 je untuk bawa balik.. beli rempah2 MasterFood sekali.. murah dari Msia.. sampai apartment... daddy masak nasi, bakar ayam.. dah kenyang senang nak jalan nnt... dalam pukul 7 lebih kami bertolak ke brisbane... sampai airport, park kereta kat tpt sewa kereta..kunci masuk bonet.. pergi check in.. wrap dulu car seat syahit. $9.mahal ek.. kat msia rm7 je. sana x3 jadi rm27. beza tul.


beg pergi dan balik sama je. tak bertambah, tak berkurang... hehe

2 comments:

♫♪Cik Puan Mimi ♫♪ said...

salam perkenalan juga hana, terima kasih singgah blog saya.. boleh panggil saya mimi sahaja yer..

memang seronok giler pergi gold coast ni, tapi saya pergi dah lama, tahun 2005, masa tu anak sulung baru 3 bulan.. tak bawak dia, sebab pergi ada urusan rasmi opis hubby.. tinggal anak kat kg.. insyallah ada rezeki memang nak bawak 2 orang anak saya ke situ lagi..

saya tengok dah banyak jugak berubah.. mungkin sekarang lagi seronok.. oppps seblum tu, saya ni tak tau nak tengok blog awak yagn mana satu, sebab ada 3 blog.. semua aktif yer.. saya belum tengok lagi yagn bawah2, seronok baca cerita awak, detail sangat..

mmm, awak memang bawak carseat bby kesana ek?? kalau saya memang saya tak bawak, saya selalu bawak buggy jer..

Hana' Yusuff said...

salam mimi..
tak ada la aktif, blog ni lebih pd cerita jalan2. lagipun baru je ber'blog' ni(lpas habis pantang bln 2 lpas br rajin sikit tulis),

blog ni lebih pd cerita jalan2. yg dah tulis dlm ni cerita thn ni. yang dulu2 mcm belum rajin nak tulis. nak letak gambar pun tak sempat lagi.yg selalu buka yg my love my life tu..

carseat baby mmg kami bawa sbb kat sana mmg wajib baby duduk dalam tuh.tak leh riba.lgpun dah biasa. safety maa.. ehe.. kalau tak bawa kena sewa kat sana.baik bawa sendiri.tak susah mana pun..