Friday, May 2, 2008

day 6- movie world



Day 6- 21 April 2008 MOVIE WORLD

Alhamdulillah cuaca hari ni sungguh baik. sama macam hari sebelumnya yg kami ke harbour town. best kalau cuaca baik mcm ni dapat ke sea world dan dream world. tak pe, ingatkan diri sendiri, ni kuasa Allah.

kami rasa mcm dah keluar agak awal, tp sampai sana, nampak ramai sungguh org dah beratur nak masuk dalam movie world. harga tiket $66 per adult, dan kanak2 3 keatas $46. tp sbb dah join ahli My fun dan bawa kertas offer tu, harga tiket $46 dan kanak2 $30. kali ni pun, hasya dapat masuk free... jimat lagi. tak ketat sgt la utk kanak2, main lepas je.lagipun tak beza sgt kut 3 dan 4thn ni. nak beli barang2, print ahli my fun dapat diskaun 5% lagi. kat depan kaunter tiket, ada beberapa bendera. wahhhh... terasa bangga nampak bendera Malaysia.

Tgk suasana kat dalam tu, seronok sgt. tiba2 ternampak org beratur. Shrek dah keluar... boleh ambil gambar.. tp ramai sgt tak sempat. mende2 ni keluar ada masa, x terlalu lama sgt. kebetulan hari ni ada rombongan dari negara yg byk mata sepet. x nak sebut la ye... aduhai.. geram pun ada... x reti nak beratur.. berebut2.. sorang dah beratur kat depan, 1 kumpulan dtg join sekali. yang dah berumur pun (rambut dah putih semua) berebut2 nak bergambar dan main ride kanak2... aiseh.. sabar je la.

Pergi kat tpt mainan for kids... best juga... hasya seronok main. dah main kejap, kami kejar Shrek 4D Adventure Show. ramai dah orang beratur nak masuk dalam. best juga show ni, terasa sekali kita kat dalam show juga. kali ni, kami duduk di bahagian reserved kat blkg. kurang sikit gegarn dan bunyi. kalau duduk kerusi biasa... gegaran dan bunyi lebih kuat.

keluar show ni, pergi balik tpt kids... mummy dan hasya naik Road Runner Rollercoaster... haha.. mummy kecut juga bila pusing2 senget2... laju... dan tiba2 stop... pegang hasya kuat2... hasya cakap takut tp best. ajak naik lagi dah tak nak. hasya main beberapa ride sblm kami beratur nak tgk Police Academy Stunt Show. mmg pelakon yg profesional... aksi2 bahaya bawa kereta.. tembak menembak... helicopter meletup...(terasa bahang api masa meletup). mmg best!! show ni dah nak tutup lepas ni.. dorang nak ubahsuai.

Hasya bersuka ria main ride yg ada

kami ke Wild West Falls Adventure Ride. nampak best... boat turun dari air terjun tinggi... main ni mmg basah la, tp kami dah prepare ponchos.. mmg x rugi beli hari tuh kat dream world.daddy dan hasya beratur... dah nak dekat turn, ride ni tutup sebab ada boat yg rosak.. tak leh naik... hrmmm.. daddy kecewa.

patah balik ada street parade... keluar la batman&robin, catwoman, shrek, tweety&sylvester, scooby-doo, dan karektor2 lain. meriah.. hasya sambung main kat Intencity Fun 'n' games & bumper cars. semua theme mmg sesuai utk kanak2 dan mak bapak budak. daddy ajak ke tpt batman... nak main ganas lagi... main Batman Adventure The Ride 2. mummy dok kat kawasan lapang... bagi susu kat syahir.. cuaca berangin sejuk..

sebelum balik, kami pusing2 kedai yg ada... kedai ikut character.. ada kedai batman, superman, lethal weapon, warner bros boutique, harry porter,shrek, Daily Planet, Hi-5 studio, etc... mmg best la semua theme. kami ke movie world ni 2 kali!... hehe.. nantikan.




*****more pics tgk kat my picasa ye.. *********

5 comments:

♫♪Cik Puan Mimi ♫♪ said...

hai hana, saya lagi.. nak tanya hana dah ke sini berapa kali yer?? mesti seronok sebab dah banyak kali pergi yer..

memang betul awak cakap, kat situ, nak amik gambar dengan karektor tu kena berebut2.. yang dah tua2 pun sibuk nak bergambar jugak.. lagi satu dorang tu ada limit time jugak.. masa saya pegi tu, nak amik gmbar dengan tweety tau.. pastu dia cakap only 10 peoples jer boleh amik gambar.. saya apalagi, takut tak sempat, saya pun tarik hubby saya, pergi depan sekali, mujur saya dapat sebab kena beratur... tapi masa tu pun tak ramai sangat yagn sempat nak bergambar..

memagn best kalau tengok show 4D tu.. terasa gegaran.. ada satu tu saya masuk tempat batman, best gak.. duduk kat dalam bilik tu, kerusi abis goyagn2.. kelakar..

Police Academy Stunt Show tu memagn best giler.. tapi cam takut jugak, ialah kita mana pernah tengok orang tembak menembak ni kan.. tapi yang bahang api masa meletup tu memang terasa kepanasan tu

eh eh saya komen panjang ni awak tak kisah ker ek.. saya saya suka baca cerita awak ni.. teringat jugak masa saya gi sana.. alahai bila saya nak pergi lagi.

Hana' Yusuff said...

ala mimi ..tak kisah pun nak tulis panjang2...silakan..

haah.. semua show best.. yg batman tuh ada juga... Hasya merasa la naik apa yg kami naik.kdg2 gilir dgn suami main game sbb jaga Syahir.tapi mmg enjoy utk budak2 dan mak bapak budak ni.Hasya ni pun skrg asyik tanya bila lagi nak gi sana.eheh.. insyaAllah gi tpt lain pula... lpas tuh blh gi sana balik bila ada rezeki.

masa mimi pergi sana rombongan ofis suami ke?jauhnya urusan suami mimi ek..lama kat gold coast?

♫♪Cik Puan Mimi ♫♪ said...

rombongan tu rombangan dari Syarikat Indah Water sebenarnya.. syarikat tu jemput 2 orang wakil dari MPS iaitu YDP dia dan salah sorang pegawai disana.. Kebetulan YDP dia pilih suami saya sebab dia pegawai yang jaga tentang Persekitaran Perbandaran. Semua kos untuk suami ditanggung.. saya jer kena bayar.. so suami saya bayarkan saya separuh la..

pergi sana 2 hari melawat Council kat sana, 1 di GC satu lagi di Brisbane.. kiranya urusan rasmi la tu..

saya kat sana 6 hari jer.. 2 hari di brisbane, 4 hari di GC

♫♪Cik Puan Mimi ♫♪ said...

oppsss silap la hana, bukan syarikat indah water, tapi Alam Flora.. baru betul..hehehe

Hana' Yusuff said...

oohh..MPS tuh Majlis Perbandaran Selayang ke? mimi tinggal kat mana?kerja kat mana? Hana ni Menteri Rumahtangga.. hehe..