Lepas makan nasi, dan main2, Hasya dan Syahir tidur balik termasuk la mummy dan daddy. sebab nak adjust badan macam waktu kat Amsterdam... tak nak la jet lag lama2 sangat, panjang lagi perjalanan.. tp masih bangun awal sbb nak siap2 sarapan dan check out terus utk pusing2 Amsterdam.
Sebelum buffet sarapan hotel, dah kemas semua barang. tinggal nak pakai winter jaket dan masuk toilet je. Masa sarapan alahai... mulut syahir dan hasya ni bisingbetul.. kecoh sangat.. main gelak etc.. segan pulak dgn orang lain yang asyik pandang2 kanak2 ceria ni. Dah makan, kami pun terus check out walaupun masih awal pagi. nanti terkejar2 pula kena balik tgh utk check out. tp beg2 tinggalkan kat bawah..nanti datang ambil balik.
kat belakang gambar ni Amsterdam Central Station. cantik juga station ni. Syahir mmg susah sangat nak suruh dia pakai jaket. daripada hari 1 dah tak nak pakai.. menangis2 bila nak pakaikan baju... tp nasib baik juga nak duduk dalam stroller.
jalan dari central station menuju ke Dam Square.jalan ni tak pernah sunyi. sentiasa ramai orang yang menuju destinasi masing2. jalan ni yang ada beberapa kedai diskaun. kat depan canal dekat2 central station pun ada kedai tu..
gambar kat tugu apa ntah depan dam square.. nampak ada beberapa orang tgh kumpulkan pelancong2 utk pusing2 bandar for free. mungkin lepas tu minta tip kut. gambar museum gallery tu pula sbnrnya museum dadah/cannabis/marijuana? bau agak tak best disekitar..
kami pergi Red Light District waktu pagi ni. kalau nak jalan waktu malam tak beraninya dgn kanak2 ni. sbrnrnya saja nak sampai.. nak tgk suasana tpt nya macam ni. banyak night club, sex shops, live porno show kat sekitar beberapa jalan sini. dan ada banyak pintu2 yg kat dalam tu ada la pelacur2 yang sedang tunggu pelanggan... ingatkan malam je yg ada..rupanya pagi2 pun ada... mmg pakai terdedah sungguh la dan masa lalu tu nasibbbb baik hasya jalan terus je .. tak perasan langsung sbb alihkan tumpuan dia. dan agaknya pelacur2 tu pun pelik tgk kitaorg lalu situ- dgn bertudung dan ada kanak2 .. hehehekat sini mmg pelacuran, hubungan sejenis, dadah di'halal'kan. mmg masa lalu tu pun ada polis yang jaga.. nak ambil gambar pelacur2 disebalik pintu tu mmg tak boleh.. try snap bila ada pintu2 yang kosong je.
tak nak lama sangat2 kat jalan maksiat tu, kami pun cari jalan keluar.. terjumpa kedai cenderahati yg ada big clog kat depan... angin sejuk betul.. saje masuk jap beberapa min nak panaskan badan. nampak tak bangunan under construction tu? itulah Koninklijk Paleis.
Lalu depan The Amsterdam Dungeon... kat kedai diskaun pun jual harga diskaun tpt ni.. tapi tak masuk la.. tgk gambar atas tu.. kebetulan je orang tu pusing tgk ambil gambar.. ala2 macam nak seram ..jalan dan jalan lagi.. hasya dah kepenatan... mummy ... penat! penat. hasya dah komplen.. kat daddy pula.. penat penat.. pujuk hasya pelan2 utk jalan juga.. kesian tgk dia.. mmg penat.. ye la.tenaga budak2 bukan banyak sangat. jauh juga jalan2 tu.. syahir pula?alhamdulillah, ok je duduk dalam stroller.. dia pun dah penat.. redha je duduk dalam tu. sblm2 ni mmg tak lama kat dalam stroller.
jalan kaki melepasi beberapa canal dan jalan lagi. nasib baik GPS main peranan tunjuk arah.. asalnya nak cari Hard Rock Cafe dulu tp sampai kat flower market.. kat sini mmg banyak sangat jual bunga dan juga jual souvenir2 yg harga ok juga berbanding tpt lain. masa ni tak beli apa2 sbb bila review blog2 lain ramai yg ckp kat volendam murah. tp lepas dah pergi 2-2 tempat ni sbnrnya sama aje. boleh je nak beli fridge magnet kat sini sbb lebih cantik. bunga2 mmg sah kalau nak beli kat sini aje. kalau tak sempat ke volendam atau zaanse schanse utk beli cheese, kat sini pun boleh sbb company yg sama jual.
tgk bunga2 banyak ni mmg cantik sangat. tp mummy hasya syahir ni bukan penggemar bunga sgt. tak kisah kalau tak dpt bunga pun.... sbb bila dah layu dan kering malas nak simpan dah.. nak buang tu macam buang duit pulak beli mahal2.. baik bg benda yg boleh pakai lama..hehe
sebab nak chrismast banyak juga jual pokok2 ni. dan antara pilihan fridge magnet. kami pi mana2 biasanya akan cari fridge magnet je (yg utama) yg lain2 tu sampingan je. malas nak menyemakkan rumah.. nanti nak kena mengemas aje kerjanya sbb habuk dan belum lagi nak simpan barang lain.
syahir dah tertidur sejak sampai flower market. angin mmg kuat sangat dan sejukkkk... pasangkan plastik utk kurangkan sejuk syahir.. kat tepi2 stroller tu masih boleh masuk angin utk udara.. tp kurang la sejuk terlampau utk syahir sedap tidur.
setelah lalu beberapa canal lagi dan hasya yg mmg penat.. (kesian sangat) akhirnya nampak Hard Rock Cafe. huh lega.. sbnrnya bukanla peminat fanatik pun.. beli pun FM aje.. (tak ingat harga tp belas2 EUR kut) dia offer jadi member tp daddy hasya tak nak.untung juga jd member sebnrnaya sbb daddy selalu travel dan beli barang HRC ni. tp tak pela kata daddy.sembang2 dgn SA kat dalam. tanya mana yg tulis I Amsterdam tu.. tak jauh sangat...jalan dalam 5min lagi. asalnya daddy dah nak balik naik tram.. tp sbb dah tak jauh, pujuk Hasya jalan sikit lagi. jalan pun dah tak boleh laju. kena ikut rentak hasya sambil peluk2 dia bg semangat. masa ni syahir pun dah bangun tp masih duduk kat dalam stroller.

lalu dpn Rijksmuseum... masa ni syahir dah nangis2 nak susu botol. bila keluarkan air tu sejukknya tp tak ada tempat nak cari air panas.. terpaksala syahir minum susu yang agak sejuk.. tp habiss!! dah lapar tu..
jalan sikit lagi dah nampak tulisan ni.. nasib baik.. bak kata daddy selagi tak jumpa tempat ni confirm mummy hasya akan sebut dan sebut dan sebut ajak datang balik.. haha... ala.. jauh2 dah datang biarla cari sampai jumpa.. nampak la dah sampai amsterdam.
kat belah2 depan I tu mmg agak ramai.. saper cepat pergi dulu.. tp belakang2 tu ok je..
sebelum balik hotel ambil beg, pergi isi perut dgn makanan dulu. anak2 dah kelaparan, kesejukan, dan penat. beli small fries di Menneken Pis dan terus ke kedai kebab. dalam perjalanan kat situ, nampak beberapa wajah Malaysian (siap gantung roti Gardenia kat beg) dan 1 family Msia. cuma berbalas senyuman sbb perut dah lapar sangat .. (tak de masa nak bersembang...huhu)
Perut kenyang suka hati! terus ke A Train Hotel untuk ambil beg, tukar pampers Syahir. kali ni tak nak naik stroller dah. lenguh duduk lama2 kut... terpaksa la daddy bawa tolak 2 beg. mummy pula tolak 1 beg dan stroller dan tgk syahir. nasib baik kakak Hasya boleh harap untuk tengok2kan Syahir sambil 2 beradik ni berpimpinan tangan. masa ni mummy dah start pening. ye la, nak lintas jalan.nak tgk anak2 ... nak bawa barang... huhu
sukaanya anak2 bertuah ni dapat naik train. pindah2 kerusi dan main je kejenya. train menuju ke airport balik sbb nak ambil kereta sewa kat situ. wakil car rental akan jemput kat airport dan bawa ke tpt diaorg.
ini la syarikat sewa kereta tu. sewa dgn car seat Syahir ( rasa rugi sikit sbb Syahir duduk 2-3 jam je dari tempoh 8 hari sewa kereta!) dan agak lama kat sini sbb masa tempah guna internet kereta lain.. tp dapat kereta lain. akhirnya masalah selesai. nasib baik daddy dah print semua info masa booking tu. masa tunggu ni hari dah makin gelap.. dan sejuk.. Awal2 naik kereta mmg susah juga daddy nak adjust bawa kereta left-hand drive ni. kekok juga dan suspen je. lagi2 jalan yg masuk simpan, belok kanan kiri+++ hari dah gelap!. tp lepas tu, ok la.. pelan2 sesuaikan diri.
mula2 hasya dan syahir tidur, mummy cuba tahan mata nak temankan daddy sampai la akhirnya tertidur juga.. penat wuuu.. tp daddy power la.. dah biasa kan berubah destinasi dgn cepat.. sampai dgn selamat ke destinasi di Beekbergen dgn selamat . Alhamdulillah. perjalanan dalam 1 jam lebih juga.
masa sampai tu suspen je. sbb sebelum tu survey macam kat dalam hutan je.. takut tpt tak cantik, x selesa etc. tp bila masuk tu wauuu....okla tpt tu. ada banyak banglo kecil kat tepi hutan simpanan (tp tpt ni berpagar dan mmg kawalan agak ketat). unit kami ni banglo 3 bilik. kat gambar atas ni dapur yg lengkap dgn peralatan utk masak2-microwave, periuk, peti sejuk etc. meja makan utk 6orang, ruang tamu .. kalau nak real boleh je beli kayu utk bakar...tp tak buatpun. hehe
bilik sungguh selesa.. 3 bilik dan setiap bilik ada 2 katil. siap dgn almari baju, penyidai baju, katil extra. mmg kalau ida ikut berbaloi la sbb kena bayar tax utk 6org. toilet dan bilik mandi asing. masa baru masuk rumah sejukkk nya tak terkata siap hasya dan syahir menangis kesejukan. terus pasang heater dan jadila macam suhu kat Msia.. hehe
baru2 sampai tu mummy masak mee goreng segera je (rendaman air pertama tu buang dan ganti air panas baru, perencah pun kena kurang)... laju anak2 makan.. tp kalau kat rumah,jgn harap la nak makan maggie ye. tak dibenarkan sama sekali.
yang gambar atas ni masa Hasya dan Syahir bangun pukul 5pagi waktu Amsterdam. awal2 ni mmg bangun awal tp lepas tu jadi pukul 6am. bangun tu lapar lagi.makan cereal dan nasi himpit cicah dgn serunding. nasi himpit tu dah rebus sebelum tidur




Masuk je dalam terus jumpa Barrack Obama... dah ada orang yang tunggu untuk ambilkan gambar.. nanti nak keluar boleh pilih samaada nak beli atau tak gambar tu.



























