Kalau tak salah dari airport ke Amsterdam Central Station naik train dalam 20-30min kut. ke kurang lagi..opss... keluar dari central station terasa la kesejukan yang mula2 syok tp lepas tu penat sbb sambil lintas dengan bawa barang, nak tengok hasya lagi... nasib baik hotel dekat je.. berdepan dgn station. memang itu tujuannya pilih A Train Hotel sbb dah fikir nak bawa beg2 sambil meredah kesejukan.

bilik yang kami ambil ada 4singles beds across 2floors. tangganya alahai kecil2 je..mmg kena hati2... dan dalamnya ala2 dalam keretapi. dalam bilik pula ada children's play corner dgn banyak toys.mmg tpt utama hasya dan syahir pun.. suka betul diaorg! dan yang bestnya kat sini kalau bilik tu kosong boleh check in bila2.. sbb masa book tu tulis check in 24/24.kami sampai pagi terus je dapat bilik.harga macam mahal sikit EUR 95 ... ada je bilik yg 3 katil tp masa tu daddy nak semua ada katil sendiri dan ada peti sejuk, microwave.mummy ikut je la..
masuk bilik, mandi, makan maggie, tukar baju sejuk, terus je kami keluar balik. rugi la kalau rehat lama2. lagipun nak kejar masa berjalan hari ni dan esok. kalau tak habis jalan mmg boleh je nak dtg balik tp nak kena fikir bayar parking kereta yg amattla mahal. EUR 5 -7 utk 1jam. x sanggup ah... ushhh.. mmg kat amsterdam ni paling mahal nak bayar parking kereta.
Destinasi pertama ialah Madame Tussaud. daddy dah pernah pergi sekali jadi senang la nak cari dan kalau nak masuk ke dalam,.... baik masuk sebelum pukul 12pm atau selepas 3pm. ada dapat tiket murah yg boleh beli di kedai2 seblm sampai. ada beberapa kedai yg jual tiket2 harga murah. sebelum 12pm boleh beli dgn EUR 16. kalau 12-3pm - EUR 19. dan selepas 3pm harga EUR 16. kadang2 dekat kedai atau hotel ada gantung mini diskaun kad. jumpa kad madame tussaud dpt diskaun EUR 3. kalau boleh terus di Madame Tassaud harga EUR 21.Beli kat Madame Tussaud
- EUR 21
Beli kat kedai diskaun
-before 12noon - EUR 16
-12 to 3pm - EUR 19
-3pm until closed - EUR 16
Masuk je dalam terus jumpa Barrack Obama... dah ada orang yang tunggu untuk ambilkan gambar.. nanti nak keluar boleh pilih samaada nak beli atau tak gambar tu.
Ada beberapa seksyen dalam Madame Tussaud ni. mula2 akan masuk bahagian sejarah Amsterdam dan Netherland dulu. masa ni Hasya dan Syahir dah takut sbb gelap dan ada bunyi2 tembak menembak. yer la dulu kan banyak lanun dan perang. syahir siap nangis dan kena dukung. dan ada bahagian tu yang orang betul jadi lanun dan cuba takutkan kita.. kira macam mana suasana waktu tu... daddy kata tak yah masuk bahagian tu sbb mmg agak takut juga masa daddy pergi dulu. dan ada tangga boleh lari dari situ. (kat sini tak user friendly sangat yg bawa stroller atau wheel-chair)
sebelum ni tgk Lady Diana dalam gambar biasa je... tak lawa mana pun.. tp bila tgk patung wax ni uuhh...lawaa.. dan tinggi (almaklum mummy tak tinggi mana..hehe)
memang syahir dah tak nak duduk dalam stroller waktu ni... takut...takuttt memanjang.. apa la yang syahir nampak kut. nak ambil gambar kat sebelah pun takut. terpaksala mummy dan daddy gilir2 dukung syahir.
nak sebut nama setiap artis, pembesar, sejarawan yang ada pun bukannya tahu sangat semua.. yg glamer2 tahu la.. hehe... tp ambil je gambar..
bukan minat pun kat justin ni... haha.. gedik je lebih..
bahagian ahli sukan
lenguh nye dukung syahir..

ada tempat yang tunjukkan macam mana proses nak jadi patung2 tu.. dan ada yang bg penerangan. setiap patung tu siap dalam 2-3 bulan. badan guna gentian fiber, rambut cucuk 1-1 helai guna rambut betul (bukannya guna rambut asli org tu, tp banyak yg jual rambut betul kan).rumit juga la nak buat setiap satu.
pelakon2 dan pengacara - Julia Robert, Oprah , Brad Pitt, Angelina Jolie etc
bahagian pelukis2 ... ada Van Gough, potret Monalisa etc

sebenarnya gambarajah ni untuk apa ye?keseimbangan badan?tak tahu motif
sempat nak bau ketiak Beyonce.. hahaha
ni dah nak keluar sebelum turun lif. ada bontot J-Lo. macam sama besar je... ahakks..
sebelum keluar ada spiderman... bolehla nak berlakon superman tgh nak selamatkan dari terjatuh bangunan tinggi. ok, lepas tu keluar mula la sejuk balik.
berdepan dengan Madame Tussaud ni Dam Square dan Koninklijk Paleis (town hall bg Amsterdam utk upacara rasmi diraja tp masa sampai ni under construction).. ada banyak burung merpati. dan bila ada orang campak makanan banyakkk la burung merpati ni datang.. dan boleh la nak naik kuda.. besar betul kuda tu.
kat sini ada macam2 pesen orang.. yang jadi mcm hantu, batman.. nak ambil gambar kena la bagi duit sedekah..
budak2 dah lapar... beli fries kat Menneken Pis. beli yg besar dalam EUR 4.75. jenuh juga nak habiskan. tengok muka budak nangis nak pegang sendiri fries... alahai syahir.. tumpah ke jatuh fries nanti menangis kakak tak leh makan!
sementara nak tunggu habis fries, daddy beli ticket canal cruise. pun ada jual kat kedai2 tepi jalan dgn harga diskaun. ada banyak syarikat canal cruise ni..pilih je mana yg berkenan.. kadang beli online pun dapat harga diskaun. dan ada banyak pilihan pakej siap nak dinner ke apa ke.
awal2 tu kanak2 riang ni suka je.. mmg seronok habis.. tp nak tunggu jalan tu punyala lamaa... kami masuk paling awal jadi nak tunggu penuh tu mmg berjanggut jap.. dah la tak tidur lagi ni sejak sampai.. nasib baik tak teruk sgt jet lag. ikutkan waktu M'sia tambah lagi 7-8jam kan. waktu sana 3pm kut waktu ni.
antara pemandangan dari cruise. mmg ada penerangan tp tak ingat la nama 1-1 tempat tu.. lebih kurang je pemandangan nya.
akhirnya Hasya dan Syahir terlelap... penat dah.. syahir ok lagi boleh letak dalam stroller. tp Hasya?kena pimpin sambil mata dia buka dan tutup mamai dan nangis sbb nak sambung tido. nasib baik juga dekat dgn hotel.
sampai bilik, Hasya dah cergas balik. boleh nak gambar2 jap sebelum tidur. syahir pulak terus tidur sampai la 4am waktu Amsterdam. dan akhirnya 2-2 budak ni berjaga.. lapar.. iye la, tak dinner pun mlm tadi. daddy masak nasi guna microwave dan makan nasi dgn serunding dan bekal daging masak kicap yg dibekukan dari Msia. sampai hotel terus masuk peti sejuk balik.pun sedapp..
0 comments:
Post a Comment