Friday, October 30, 2009

Bali Trip- Day 6

Day 6
22 Oktober 2009 (Khamis)


Hari ni Hasya lagi nampak ok.lagipun dah umpan hari ni nak tengok turtle dan naik boat. kali ni janji awal dgn Pak Nur. dalam kul 8am dah siap tunggu kat lobi. nak maksimum kan masa berjalan

Pak Nur cadangkan ke Turtle Island masa tour sebelum ni sebab katanya budak2 memang seronok dan boleh bergambar dengan binatang2 lain juga. Kami pun ikut la kan sbb dah dicadangkan.


Kami ke Pantai Nusa Dua... memang hotel kat sini cantik2 dan nampak banyak 4-5 bintang hotel compare to Kuta. Pantai Nusa Dua sesuai untuk water sport activity dan tempat sunrise. kalau Jimbaran, Uluwatu, Tanah Lot cantik tengok sunset. macam biasa nak parking kena bayar dan masuk kawasan ni pun kena bayar.


Tapi bila sampai ke pantai Nusa Dua dan bincang2 harga ... makkkkk aiiii mahhalllll nye!!! nampak tanda tu?mmg mahalll sangattt. Diaorg kira harga USD per person.mentang2 pelancong mmg kena ketuk betul kat Bali ni. 1 person kira USD 30. kanak2 pun kira sama. kami kena USD 30 kali 3 org= USD 90!! itu untuk naik glass boat, baki ikan makan kat coral, dan ke turtle island. dalam 1jam 30min je sebenarnya. Rasa tak berbaloi sebab kejap sangat.


Kami cakap dengan Pak Nur tak payah la... baik gi Pulau Langkawi naik boat baru rm50-60 untuk separuh hari. Sebab jadi pelancong ketuk tinggi2 pulak tu. dah siap pujuk Hasya lain kali tengok turtle. (tp Hasya merengek2 nak tengok juga..almaklum dah cakap dari semalam) .Then orang tu bagi 450 ribu rupiah pulak. harga paling last. Daddy kata kalau 350 ribu rupiah baru setuju. Pak Nur bangun terus pergi cari bos.. bincang dengan bos.. dapat harga 350ribu rupiah... ok setuju dengan harga tu..

dah setuju dan bayar terus... Pak Nur pun ikut sekali naik boat. dapat 4 paket roti untuk bg ikan makan nanti. Hasya pakai jeans.. aduhaiii payah la basuh..Syahir kena dukung je. nak pergi ke boat je dah berpasir2 dan tenggelam bila pijak. suasana pagi lagi ok. tak panas.. boleh je nak berkaki ayam kat pantai. Pantai bersih sbb dorang jaga.. banyak boat yg kosong lagi.masih awal


Hasya suka (masa kat Langkawi dulu dia rileks je, masa tu 3tahun)... berangin2.. syahir pula mula2 macam confius juga.. (1st time Syahir naik boat) tp tak takut.. dia rileks je atas daddy... Waktu kat Bali ni Syahir mmg jadi anakkkk manjaaa daddy.. asyik2 daddy je .. daddy tak leh hilang langsung..mesti nak cari daddy.. nak makan, nak tidur mesti cari daddy. Mummy ni bila tukar pampers dengan mandi.. hehe




Dalam 15min kot sampai kat tempat coral. mmg cantik sebab boleh nampak terus ke bawah. kalau dari dalam boat pun nampak sbb ada cermin kat bawah tu yg boleh tengok ke bawah. nampak ikan2 berenang... Hasya dah suka betul.. seronok dia cubit2 roti tu bagi kecil2 campak kat ikan.



Masa bagi ikan ni makan roti, Syahir nangis2.. sebabnya??? dia nak makan roti tu... haha... berebut2 nak ambil plastik kat tangan mummy.. memang nangis betul.. lapar la tu kan. nak bg makan ... isyy.. bukan tahu tu roti bila.. Nasib baik mummy letak biskut kat beg kecik.. beg besar dan barang2 lain tinggalkan kat APV..malas nak angkut banyak2. tengok roti pun dah ada kat rambut Syahir dalam gambar atas tu.. :)


Masa bagi ikan2 ni makan dah ada 2-3 boat lain sekali. nampak macam dari Jepun dan Russia. dah habis bagi makan dan tengok2 ikan... adala dalam 30min je kut... menuju ke Turtle Island pula. tak jauh sangat pun.. dalam 10-15min kut. nampak la boat2 nelayan, cruise, dan kapal2 besar pun ada.



waktu dah sampai, tak boleh terus ke tepi pantai... kena harung air juga sikit. mummy turun dulu nak sambut Hasya.. dah naik kan sikit seluar...tp Hasya punyala meraung2 tak nak jalan atas air.. macam geli kut.. punyala nangis tak nak turun..daddy pula dah ke depan dengan Syahir. habis seluar mummy jatuh balik.. topi Hasya pun jatuh.. basah dahhh... tak bawak spare seluar pulakkk tu.. budak2 ni punya je.


Ada sorang staff sini tolong dukung Hasya... pun meraung juga.. org gelak je tengok dia tak nak kena air.. nak mummy juga.. mummy pasrah je dengan seluar basah -dukung Hasya balik. paksa juga pijak pasir...sampaila dia nak pijak.. ok je punnnn..saje je Hasya



Ada beberapa tempat pelihara turtle kat sini. tp kami ke Deluang Sari. Ada waktu2 bila turtle ni akan naik ke sini untuk bertelur... Telur2 tu akan menetas dan anak2 turtle akan dijaga.. sampai waktunya.... sebahagian turtle akan dilepas dan ada yg disimpan utk tunjuk kat visitor macam kami ni.. hehe.
comel sungguh anak2 turtle ni. Hasya mula2 takut nak pegang.. tp lepas tu dah berani. nak pegang pun kena confident.. kang terlepas kesian turtle tu... tp staff kat sini ada kat keliling dan tengok. Syahir waktu ni dah kena dukung dengan staff sana sementara mummy, daddy dan kakak sibuk nak pegang angkat turtle.



Syahir mula2 geli tp bila letak kat badan turtle ok je. Nak bagi Hasya angkat tp takut terlepas.. so mummy tolong angkat juga.


Ni kat kawasan atas dan teduh.. kalau yg besar2 kena turun kat tasik kecil bahagian bawah... Ada banyak juga turtle yg besar2 umur dalam 30 tahun sampai ke 50 tahun.


Ada tulis kat situ di larang duduk di atas turtle.. tp staff tu letak Syahir atas turtle yg 50 tahun.. budak2 boleh lagi..ringan lagi kut.. staff tu suruh Hasya duduk belakang tp Hasya tak nak... tak nak.. rugi la kan. Hasya ni kadang nampak berani sangattt tp kadang2 jadi penakutt betul.. pujuk2 punya pujuk tak nak juga..


Syahir mula2 tengok je.. diam je atas turtle tu.. tp bila turtle tu gerak2 sikit.. Syahir dah bunyi... takut.. lagipun masa Syahir duduk atas turtle tu ramaiii la pelancong2 Jepun dan Russia ni sibuk panggil Syahir suruh senyum tengok camera dorang.. haha.. Syahir panic la sekali






Seluar mummy mmg dah basah ni.. tak mampu nak angkat dah.. pelancong lain tengok pelik je kut... yg dorang ni buka habis dah...




Naik dari tasik kecil tu.. nampak beberapa haiwan untuk bergambar... mula bergambar dengan enggang... Hasya waktu ni gelak2 kan org yg takut nak pegang.. gelak bukan sikit2 tu.. gelak besar pulak ... tp bila dekat kan dengan dia... haaa.. berlari ke belakang tu takutt...

dalam gambar nampak Hasya macam dekat pula.. tp sebenarnya jauh sikit ke belakang.. memang tak nak dekat pun..


kejap2 je dapat pegang... pegang.. snap gambar terus tukar org lain pulak pegang.. tak sempat nak rasa takut sangatt.. Pegang kelawar pula.. mula2 geli tp itula.. tak sempat nak rasa takut bila staff tu terus letakkan kat tgn dan suruh ke atas bawah nak bagi sayap tu kembang... mcam pegang Batman kan.



Next- ular sawa... daddy yg pegang dulu.. pastu org lain pulak dah pegang.. Syahir dengan mummy ... tak sempat mummy nak pegang.. rasa2 je kulit licin ular tu..



Nampak Hasya tu takut? tp bila org lain pegang terjerit2 dia punyala gelakkan org tu.. isyy



Ke depan lagi ada kodomo- biawak besar.. pegang sikit dan bergambar.. Pak Nur jadi cameraman kami.. senang sikit.. kalau tak payah la kan..



Kat hujung tu ada helang... tp tak berani dekat sangat... ada rantai tak nak bagi helang tu terbang.. pegang pun hujung2 je..



Dah habis tengok binatang.. staff tu tanya nak air tak?kami order 2 air kelapa... minum2 kat situ basahkan tekak.. matahari pun dah naik..

sempat ada ayam laga tu... ada pelancong2 jepun letak duit sekali.. tengok gitu2 je.. sambil tu tengok barang2 cendermata yg dorang jual ..



Sebelum balik tu mummy minta nak bergambar dengan ular...(kes tak puas hati td org rebut2 nak bergambar dengan ular) . Staff pun keluarkan dari sangkar... (dah lepas bergambar dan tak de org binatang tu simpan balik dalam cage). Dapatla kenangan dengan ular.. masa ni tak pula rasa geli ke takut.. masa tu fikir ntah bila nak bergambar peluk dengan ular lagi.. hehe




Sebelum balik, berjaya pujuk Hasya untuk bergambar duduk atas turtle.. tp masa ni turtle yg 50thn tu dah dikelilingi oleh turtle lain.. dan payah pula nak tolak2 turtle tu.. berat nak tolak. dan Hasya takut terpijak kaki turtle nak langkah2 tu.. ambil gambar kat tepi je la.. haaa.. kan dan rugi tadi tak nak ambil.



Balik ke pantai kejap je.. nampak dah ramai kat atas udara sambil boat2 dok keliling laut bawa org ..ada banana boat etc.. penuh dah laut dengan boat untuk water sport. best je tengok. cuaca dah panas.. pijak pasir pun kena lari2 sbb panas.. Pantai dah penuh dengan org2 kulit putih..


Basuh kaki, basuh badan Syahir... seluar mummy pun basah sbb bersihkan pasir yg melekat. Rasa sangattt2 tak selesa.. minta Pak Nur hantar balik hotel jap nak tukar seluar.. sebenarnya tak dekat pun nak singgah tp dah tak selesa sangat.. alang2 tu sempat solat dulu kat bilik.




Dah selesa, kami pun gerak ke Bedugul. dalam 2 jam juga perjalanan... naik atas tanah tinggi.. sejuk dan nyaman je.. nampak kat tepi2 jalan ramai yg jual durian.. makin ke atas jual strawberi pun ada.. nak singgah kat tepi Pak Nur kata nnt singgah kat pasar buah. lagipun mcm tak best bila asyik kena ketuk harga je.



nak masuk ke taman Bedugul ni kena bayar kat entrace 5ribu rupiah. Suasana mmg nyaman sejuk je.. dengan kabus lagi.. tp tiba2 hujan rintik.. cepat2 bergambar dulu.. Syahir baru bangun tidur dan selipar pulak dalam APV.. terpaksa la berdukung je..Hasya pulak langsung tak nak bergambar waktu ni. Ada mende yg dia tak puas hati waktu tu.. tak ingat pulak sebabnya..





tengok la.. mana ada Hasya dalam gambar2 ni... memang duduk jauh2 tak nak gambar sama2.. sayang betul.. puas dah pujuk dia..eksenn..

tiba2 hujan rintik2.. mula la jalan cepat2 nak habiskan kawasan..


tempat ni nampak tenang dan cantik. tp sayang cepat2 je jalan.

makin lama makin lebat...


memang banyak pintu gerbang belah 2 macam ni. ada maksudnya.. tp tak berapa ingat. kalau tak salah maksudnya selamat datang. ada maksud agama dorang juga


tetiba ada kuil buddha pula kat sini. Bali ni terkenal dgn Hindu ala kerajaan Majapahit.

masa sampai kat restoren ni dah lebat sangat kat luar... dah tak ramai orang masa ni sbb dah lepas waktu lunch. buffet juga- 70 ribu rupiah seorang (dewasa). patut ada 20%gov tax tp tak kena cas pula waktu ni

makan biasa2 je.. lebih kurang mcam kat Kintamani juga tp sedap sikit dari sana. pak Nur dapat makan free kat ruangan pak supir.. (sbb tu la dia bawa kami ke sini).. ada je kedai2 biasa kat tepi jalan dan tak payah buffet kut.

budak2 yg dah kepenatan dan berebut nak tidur atas daddy. Menuju ke Tanah Lot nak tgk sunset.





dalam 2 jam lebih juga dari Bedugul ke Tanah Lot. sampai2 tu dah ngam2 je sunset... ingatke abg dah ambil gambar rupanya tak.. maknanya tak ada gambar sunset di Tanah Lot..sayangkan..
nak masuk ke Tanah Lot kena bayar 7,500 rupiah pp (dewasa). dan kena pakai kain ikat kat pinggang tanda masuk ke tanah suci. kalau yg pakai seksi sikit atau seluar pendek kena pakai kain tak kira lelaki pun.
kat sini byk monyet. tp jgn apa2kan monyet tu sbb dewa. dan hati2 kalau yg pakai topi, cermin mata.. nnt takut2 monyet tu tarik dan larikan...naya je.
beli tiket tarian kechak... 50ribu rupiah seorang. hasya tak kira. sepanjang persembahan tu Syahir tidur je.. nasib baik juga.. sbb Hasya pun takut ada babak2 yang keluar monyet nakal (orang) dan usik2 penonton.



tarian ni tak ada alat muzik. cuma guna suara dari penari2 lelaki.. (dalam 70 orang kalau ikut brochure).... jalan cerita tak berapa faham juga walaupun dah ada kertas penerangan... mmg bukan kaki seni..ntah....dah baca beberapa kali pun tak faham lagi. yg pasti yang baik lawan jahat. dan persembahan ni mmg guna api
habis je persembahan kami terus nak balik je.. boleh je nak ambil gambar dgn penari2 tu... tp malas la.. dah la jauh lagi perjalanan..suasana dah gelap

penat nak makan berat2.. minta pak nur bawakan kedai makan yg ringan2 dan kami ke Bakso Malang Buk Tinuk. Malang ni nama tempat ye..tak de kena mengena dgn nasib malang... hehe..
rasanya?masinnn... ntah la ye.. lidah kami ke yg rasa masin.. tp bila dah letak kicap2 dan cili yang ada atas meja tu barula kurang masin.mungkin itu cara makannya.. tp abg tak suka sgt sup nak letak cili kicap terpaksa la bertahan ...order 2 es teller tp masih terpaksa berebut dgn budak2 ni.. tak cukup.. hehe...
masa nak bayar baru sedar duit rupiah tak cukup.. nasib baik si isteri mmg ada simpan duit spare.. patutla dari luar kedai nampak cik abg gelisah je buka beg galas cari benda.

Tips


  • kalau ada plan nak pergi turtle island-pakai je baju yg selekeh ke atau yg ringan2.. nanti dah kena air tak de la susah sangat. Bawa baju spare... bukan untuk anak je.. tp parents sekali.

  • Memang kena bawa duit lebih nak jalan2 ni. memang bila melancong ni nak kena bayar entrance itu ini, makan ,minum ,shopping etc

  • Bawa bekal biskut2 ke roti, air. kalau anak2 lapar tak de la berlagu2 tengah jalan

  • Bedugul ni atas bukit... mmg berkabus dan senang hujan... kalau nak lama sikit kat sini rasanya baik sediakan payung. kalau tak bawa boleh je sewa kat orang2 yang dah tunggu kat sana.

Thursday, October 29, 2009

Bali Trip- Day 5

Day 5
21 Oktober 2009 (Rabu)

alaa... bila nak habis ni... gambar semua dah upload sampai hari ke8. cerita je belum tulis...aduhh

Hari ni nampak Hasya dah segar sikit. alhamdulillah syukur. Lagi semangat bila nak pakai dress Bali.memang dia suka betul. dah plan kena beli lagi dress macam tu.

Lepas sarapan, kami naik shuttle ke Matahari. kali ni naik awal sikit. tak nak jalan waktu panas2 sangat. 2-2 dah sihat, rasa lega sangat.
Plan hari ni nak ke Hard Rock Cafe... apa yg ada kat sana.. dan nak cari Ole-ole Bali.

Masuk Hard Rock Cafe kejap je... tengok2 apa yg ada.. kat depan HRC ada kereta kuda. biasanya dorang cakap sekali naik 200 ribu rupiah tp kali ni mummy saja tanya boleh dapat 50 ribu? bolehh.. tp daddy tak nak naik.. nak gi tempat lain dulu.

tanya2 orang kat mana nak cari Pasar Ole-Ole Bali.. jauh kalau nak jalan kaki. kena naik taxi. Ada sorang staff hotel tolong tahan kereta sewa... dia minta 50 ribu rupiah.. mummy rasa mahallll sangat.. minta kurang lagi. dapat 30 ribu. see? memang kena minta kurang.

Kat Ole-Ole ni memang banyakkk barang.. wangi2an Bali, sabun , untuk spa etc, baju, key chain, fridge magnet dan dry food.. ada la beli sikit. murah la juga kalau nak beli. tp kalau pandai tawar kat pasar boleh dapat harga lagiiii murah. kat ole-ole Bali ni harga dah tetap.tempat pun lagi selesa dan dalam 1 bumbung je. kami beli sikit je sbb plan nak ke pasar Sukuwati lagi. beli Fridge magnet je kat sini. 1 FM yg elok dalam 25ribu rupiah ke atas.

Nak balik semula ke Matahari, tahan taxi lagi. kali ni dapat Silver Blue Bird taxi. kena 25 ribu rupiah . lagi murahh! memang kalau nak murah naik la Silver Blue Bird Taxi sbb based on meter.yang lain2 tu main hentam je harga
Sementara tunggu shuttle bas ke hotel, makan KFC dulu. kunun2 nak tapau je makan kat bilik tp akhirnya habis kat situ juga. Syahir? dah tidur pun... ada sofa kat KFC ni dan Syahir pun tumpang baring jap. orang2 yang lalu senyum je tengok Syahir lena dibuai mimpi.

KFC kat sini memang mahal (mana2 fast food memang mahal sbb yang makan selalunya tourist. org tempatan tak makan sangat) . Ayam nya pula mummy rasa masin (mcm A&W makan sebelum ni pun masin). ke mummy je yg byk komplen?lidah mummy kut.
KFC kat sini siap ada ice blended. memang mummy nampak kat sini kena minum air sejuk2 kut sbb cuaca panas... banyak betul Es (ais). ada Es-Teller, Es itu ini..

tunggu punya tunggu tak sampai2 shuttle bas .. akhirnya kena naik taxi lagi balik hotel. bayaran? dah lupa pulak




Baru juga sampai hotel.. kak syuroh pun sampai. Nak pergi spa kul 2.30pm. tp abg mie keje tgh tu untuk flight 12.50 pm.. kena datang awal sikit. Anak2 kak syuroh balik sekolah 2.30pm.. nanti driver terus hantar ke hotel. daddy jadi baby sitter jap.. sementara mummy gi spa.. thank u daddy.

Sebelum 2.30pm dah dapat call yg driver dah tunggu kat lobi untuk pick up ke Galuh Bali Spa. free pick up dan hantar balik ke hotel. tu yang senang! Pak Nur yang rekemenkan Galuh Spa .. kalau walk in harga dalam USD mahal lagi. kami dapat 300 ribu rupiah untuk 2 jam. massage dan spa.

Sambil kena belai2... kami pun bersembang la.. banyak la juga cerita yang keluar.. kita simpan ye kak syuroh.. antara kita je :)
lepas massage.. mandi bunga dan susu.. wauuu.. mummy dok sapu2 bunga tu kat muka. gambar tak boleh la ye. seksi uuu

-pada pendapat org yang bukan kaki spa ni-oklah.. belum jumpa yg betul2 memikat hati yg mewajibkan kena spa selalu.tp mmg la best kan bila org urut2 badan kita..kan kan..

balik ke hotel, budak2 masih kat pool.. daddy kata Syahir memang tak takut air langsung. pakai terjun je dalam kolam. terkejar2 daddy nak sambut syahir... lompat dan keluar pool. pastu lompat balik. tak kisah pun air masuk mata, hidung.. pastu gelak2.. seronok sangat.

sementara tunggu abg mie habis keje.. sempat rasa Ayam Tulang Lunak Malioboro yg abg Mie hantar masa kami ke spa tadi. abg mie beli takut budak2 ni kelaparan...daddy pun ada rebus jagung juga. Ayam tulang lunak ni boleh makan sekali dengan tulang sbb lembut betul. Abg mie beli 4 kotak..licin semua. sedap makan ayam , sayur kangkung dan belacan tu sedap. tengok bil 4 kotak tu harga 72 ribu rupiah

Lepas maghrib kami keluar makan. malam. Macam dah penat nak keluar. ingat nak makan Maggie je tp kak syuroh dan abg mie ajak juga keluar. lagipun nak cuba makan tempat lain pula. Kami try makan kat Plengkung Restaurant. ni Pak Nur yg rekemenkan sedap masa kami makan kat Wang Solo hari tu. ada la rasa pedas2 sikit. selalu ala2 plain gitu.

siap ada live band dan boleh nyanyi sekali. suasana pun kelam2 je. makanan pun ok juga. sedapp. Harga tak tahu sbb abg mie bayar... abg mie dgn daddy ni macam pakat gilir2 bayar makanan.. hehe..
balik hotel.. tidur.. esok nak tour lagi

Wednesday, October 28, 2009

Bali Trip- Day 4

Day 4

20 Oktober 2009 (Selasa)Alhamdulillah pagi tu nampak Hasya dah makin sihat walaupun ada suam2 juga. nak cancel tour rasa sayang sebab dah hari ke 4 tapi masih tak jalan2 jauh lagi kan. cakap2 dengan Hasya bagi dia kuat semangat sikit, kena gosok2 badan dia selalu dan layan je dia. tak nak dan tak best la kan kalau dia merengek2 ke apa ke.


Janji dengan Pak Sonor pukul 8.30am tp dia salah cakap kat Pak Supir ni (Pak Nur) pukul 9am. Tunggu je kat lobi bergambar2 dulu. Tengok Hasya dalam gambar.. muka masih penat lagi kan? siap dgn jaket tu sbb dia kejap sejuk..kejap panas. Luka kat dahi pun belum hilang... dah jadi macam org Bali ada tanda kat dahi.
(orang Bali letak beras kat dahi. beras tu lekat guna air suci dorang... untuk hapuskan dosa gitu)

Destinasi tour ni ikut kita gi juga... boleh pilih nak ke mana. kalau tak tahu nak ke mana, mmg diaorg dah ada plan juga. bisa diatur dong!

Mula2 tengok tarian Barong. masa sampai, tarian baru mula. Ramai juga penonton-mummy tengok kat Bali ni banyak pelancong Australia, Jepun, dan sekarang banyak Rusia. Pak Supir pun kadang boleh cakap bahasa2 asing tu. macam Pak Nur boleh cakap Jepun. belajar sendiri je- cuba2 cakap dgn org Jepun... hebatt




Tak faham langsung jalan cerita walaupun masa nak masuk tu ada dapat penerangan tentang tiap2 babak. Tp Pak Nur cakap jalan cerita berkisar tentang yang baik melawan yang jahat dan yang baik mesti menang.


Syahir sebut takutt,takuttt waktu keluar watak monyet... dan macam naga pun ada. nak kena main psikologi juga dgn budak2 ni. sebelum masuk tpt ni pun baca2 sikit kat telinga dorang. Hasya pun masih tak larat lagi. tp Hasya tengok je tarian ni.

Masa tarian, ada kumpulan yang mainkan muzik latar. alat2 tradisional dorang la.
(Nak masuk tengok Tarian Barong- bayaran 80 ribu rupiah seorang. kanak2 percuma. Mahal kan. Nak kata set tu hebat sangat idak la juga. )


Kami skip lawatan ke Kilang emas dan perak di Celuk. malas nak pergi sbb tak berminat. dan tak ada niat nak beli apa2 pun. Terus ke Tohpati untuk tengok batik Bali. cara diaorg buat batik dan jual di situ. Mula2 terus ke kedai batik dan dapat harga diskaun. tp tak lawa sangat (sbb tengok batik Tgganu lagi lawa) dan harga pun mahall... serba serbi mahal kalau dtg sebagai pelancong kat Bali ni. sekadar tengok2 je dan jalannn... itupun mummy dgn Hasya je yang turun. Daddy teman Syahir tidur dalam APV Suzuki Pak Nur.


Menuju ke Perkampungan Seni Ubud pulak. kat sini mmg banyak kedai2 tepi jalan yang jual lukisan. Diaorg cakap kualiti lukisan kat sini lebih bermutu dan elok. (ye,mmg betul). mula2 sampai dia offer air-ingat free rupanya berbayar la. mana ada free! hehe.

Daddy memang ada niat nak beli lukisan letak kat ruang tamu. mummy pula macam kureng sikit tp tak apa la.. ikut je daddy. kak syuroh pun kata kat Bali harga lukisan murah.Harga letak? lebih 1 juta rupiah untuk yg dlm gambar tu. memang nak yg besar.. tp harga pun mak aii... daddy KIV dulu.. sbb bila tawar2 tu tak mencapai persetujuan.

Kat Ubud, ternampak banyak kereta tulis crew. production itu ini. Rupanya Julia Roberts tengah berlakon filem apa ntah kat Ubud. dalam berita Indon pun hari2 keluar pasal Julia Roberts.


Singgah di Taman Herba dan ladang kopi dalam perjalanan naik ke Kintamani. Ladang kopi yang pergi ni kepunyaan penyanyi terkenal Bali. boleh minum beberapa jenis kopi secara percuma dan kalau suka boleh beli.


Sempat cuba panggang/bakar/goreng?? (tak tahu ayat yang sesuai) kopi. dari buah kopi tu di bakar. cerek kat sebelah tu tgh masak air kopi. bahang la juga duduk sini dengan api dari kayu tu.


sebelum kat tempat bakar kopi ni ada kandang?reban? musang. ada beberapa ekor kat dalam. sebab nya? khas untuk buat kopi luwak (gambar belah kiri bawah sekali). musang2 tu dibela dan di bagi makan kopi. musang memang akan pilih hanya biji kopi yang terbaik dan bagus. lepas dah makan? hasil tinja/najis musang tu akan keluar biji2 kopi (musang hanya dapat makan kulit biji kopi). biji2 tu akan dibasuh bersih dan akan buat air kopi luwak. diaorg kata kopi luwak lebih berkhasiat dan sedappp.. dan harga pun lebih mahal dari kopi biasa. tapi kalau dah dari hasil tinja- maknanya najis kan? x sanggup den


gambar atas: konon2 la buat demo nak tumbuk kopi. kat Bali masih banyak guna peralatan tradisional. kurang pasti samaada kurang uwang mau beli barang atau untuk kekalkan keaslian. Syahir punya nak buat juga sampai ngamuk jap bila nak gerak kat tempat lain.
bagi syahir dan Hasya pegang biji kopi. syahir pegang je dan tanpa disedari ada dia simpan kat tangan nak rasa... hehe..

(nak tuai padi tak guna mesin- masih guna kerbau. tp pagi 3 kali setahun!!!, kat pasar -tempat timbang yg guna pemberat.... masa tengok tu macam betul ke dia timbang)

gambar atas: sementara nak tunggu kopi2 free dihidang. tengok Hasya masih tak larat lagi


berlatar belakang kan padi tingkat. ladang kopi pun ada.. syahir sibuk nak turun tp bahaya sbb tepi tu agak curam

Hasya suka minum Hot Cocoa. yang lain- Bali Cofee (Female)- uhhh pahit, Bali Ginseng (sedap), Ginger Tea (ok juga ) dan Lemon grass Tea (agak pedas)...ni ikut tekak mummy la ye. kalau nak tambah minum lagi pun boleh. free juga.. nak bawa balik uncang kena la beli kat kedai ladang ni. siap ada jual buah2an dan barang2 spa juga.

Perjalanan di teruskan ke Kintamani. cantik kat pemandangan Mount Batur ni. volcano ni masih aktif ye- harap maklum! kat belah tepi kanan gambar tu tasik Batur.
(nak naik ke Kintamani ni kena ada bayaran masuk. 20ribu rupiah untuk 1 kereta)


Masa sampai ni dah dalam pukul 2 lebih kut. Terus singgah di Restoren Batur Sari (halal). kat sini memang buffet. kalau order makanan, harga kurang sikit je dari buffet. rugi. Nasib baik dia kira 2 dewasa je. Hasya dia tak kira. Hasya pun cuma makan sikit je.... masa kat Bali ni Hasya tak selera sangat nak makan. kalau nasi tu makan kosong je. tak pun kitaorg beli KFC untuk Hasya.

(Harga buffet lunch - 75ribu rupiah seorang + 21% gov tax. 2 org dewasa jadi 180 ribu rupiah. Agak mahal sbb kami tak makan beriya pun.. sekadar nak kenyangkan perut, bukan melantak)




Pak Nur cakap kalau dtg pagi2 boleh nampak asap merah sekitar gunung. Yang hitam kat bawah gunung tu pasir/tanah dari limpahan gunung. tanah2 tu yang org Bali ambil untuk buat bangunan/rumah2/binaan kat Bali. sebab tu kebanyakkan warna binaan kat Bali ni gelap. sebab dari tanah gunung ni.


gambar atas: sate Bali (ayam+kelapa yg lidi tebal) -, sate Sunda (warna merah,lidi kecil), bubur, buah2an dan suasana dalam Batur Sari. ada 2 tingkat. tp masa kami sampai yg tingkat atas tu penuh sangat orang. kat bawah- lebih selesa untuk yg ada anak kecil. ada musolla kat tgkt bawah.

makan pun pelan2 je sambil menikmati pemandangan. waiter tu kejap2 dtg suruh tambah... dan tak habis2 puji mummy dan hasya (perasan comel jap- alaa... dgn semua org pun dorang puji...hehe)



sempat mandikan syahir dan solat jama' di musolla. Hasya dalam tak larat kuatkan diri. nampak dia mmg kuatkan diri sbb nak cerita kat tok mama tok baba Hasya sampai kat volcano.

ingat naik atas terus balik... ehhh..tidakk... sambung bergambar kat bahagian atas... kali ni lengangggg... ada 2-3 org je. lebih open dan lapang... cuma panas sikit kalau nak makan dgn budak2. siap ada pondok makan untuk bersila.


1 family sambung minum tea.. tengok gaya anak2 bertuah... enjoy kan. sbnrnya takut juga kalau syahir berdiri.. sbb kat bawah tu curamm!

memang syok minum2 makan2 sambil menikmati suasana. subhanallah..


gambar atas: Hasya terjauh sikit dari daddy. hasya dah tak larat.Pak Nur dtg bagitahu tak boleh lama2.. nak kena berkejar ke Tanah Lot. 2 jam dari Kintamani. nanti ngam2 je sampai atau tak sempat tengok sunset.




ok2..bagi can mummy daddy posing ber2. jom gerak. Nak masuk kereta kena kerumun dgn penjual2 barang cendermata, t-shirt. merayu ibu2 tu minta beli.... kesian juga.. tp pak Nur cakap barang kurang kualiti. harga t-shirt murah tp untuk takat pakai sekali je la..


dalam perjalanan... tersekat dgn upacara. diaorg kalau bab agama depa mmg taat sangat. dan kalau kumpul ramai2.. ala2 marhaban tu mmg polis pun tak leh buat apa. nak hon? jangan?dorang ramai- lagi la tersekat nanti... nak tak nak memang kena jalan slow sangat dan tunggu diaorg.

undang2 kat Bali lebih ikut ketua adat. dan ketua masyarakat. polis kurang sikit kuasa. pechalang lebih kuasa (macam polis) kalau ada pencuri- lagi teruk kena hukum dgn ketua adat dan pechalang dari kena hukum dgn polis.


Syahir dah tido dalam kereta masa lalu kat Tegallalang. almaklum badan dah segar dan sedap lepas daddy mandikan kat Kintamani. nak tak nak, daddy je turun dan Pak Nur ikut ambilkan gambar. ni pemandangan pagi yang ditanam bertingkat-tingkat. very nice view... tp tak dpt nak tengok sangat. nak parking sekejap pun kena bayar 2ribu rupiah (parking biasanya Pak supir yang bayar, nak masuk park , tarian kena bayar sendiri)




Berkejar2 juga Pak Nur bawa kereta menuju ke Tanah Lot. alhamdulillah sampai ngam-ngam. Nak masuk Tanah Lot kena bayar kat entrace 20 ribu rupiah untuk pelancong domestic (Indonesia) dan 30 ribu rupiah untuk international (bayaran 1 kereta). tp Pak Nur kata kami dari Jakarta.. dapatla murah sikit kan.

dan sepatutnya juga kena parking kereta dan baru jalan lalu kedai2 dan baru nampak sunset. tp Pak Nur kata jauh kalau nak jalan.. tak sempat tgk sunset jadinya Pak Nur bawa kereta lagi dan menuju ke hujung sikit. ada pondok guard yang jaga tak bagi masuk. tp Pak Nur kata nak bawa makan kat restaurant kat hujung tanah lot. dapat masuk. alhamdulillah on time tgk... sangatttttt cantik tak terkira. mmg mengkagumkan.


Ada 2 tempat yg cantik kat tanah Lot. yang bawah tu berlubang dan kat atas ni. Bila air surut , orang boleh jalan dan menuju ke temple hujung tu.. masa ni air surut. sempat nampak ada PS pengantin baru.



nampak pengantin baju merah kat bahagian bawah? kalau parking kat dpn tadi akan lalu kawasan tu.. tp kami dah skip:) malas nak lalu kedai2 bagai.

Pak Nur kata kalau Msian, Sporean dtg selalunya shopping dan shopping dan shopping.. tp kami ni terbalik.. haha.. tak ada sibuk2 nak shopping...
Pak Nur- kami datang nak berjalan.. hehe... nak shopping tak tahu nak beli apa.. mahal2 dong! poket pun dah bocor.. hahaha


ni je pemandangan yg jadi hasil beberapa kali mummy snap guna camera bukan DSLR .. haha.. yg lain semua gelappp..


Perut dah lapar... dari tanah Lot balik ke Kuta dalam berapa jam eh? tak ingat pulak..

Dah tak nak makan nasi padang lagi... (kes dah muak) kami pun cakap kat Pak Nur nak makan kat Wang Solo. kat Bali ada 2 cawangan- di Kuta dan Legian. Seluruh Indonesia ada lebih 40 cawangan.. kat Msia pun ada. kat B.b.bangi dekat tp tak pernah sampai pun...:)

masuk je restaurant terus dengar lagu Siti Nurhaliza.. .. makan kat tingkat atas (ruangan duduk bersila) kat bawah duduk atas kerusi. daddy order ikan garapu masam manis dan mummy nasi goreng je. tak larat nak order banyak. order mee goreng hasya takat makan 1 mulut je. mee kat sana agak kenyal banding Msian. nasi pula kat sana lebih kanji dan macam pulut sikit.. tu yg jadi muak makan nasi padang hari2.
Pak Nur cadangkan minum jus poligami... ada banyak buah kat dalam tu... sedapppp... dan kami order jus buah pun sedap.
Total bil kat Wang Solo- 127ribu rupiah... main puluh2, ratus2 ribu je bila makan kan


okeh... jom balik.. badan dah penat.. mata dah ngantuk..perut dah kenyang...alhamdulillah.

pak nur hantar balik hotel dan dah janji lusa ambil lagi 1 hari lagi tour pusing Bali. esok nak rehat dulu. bagi Hasya sihat lagi. sms kak syuroh ajak gi spa . pak nur tolong booking tempat spa yg elok . harga pun dapat murah dari brochure dan siap ada free pick up dari hotel dan balik hotel.

- Biasanya pak supir akan ada komisyen kalau tolong rekemen pelancong. dan biasanya dari Msia boleh la dapat kurang sikit compare to yg lain guna USD.
- kalau pak supir bawa gi tpt makan yg buffet dorang pun akan dpt makan free. kalau tak nak makan buffet, minta la pak supir carikan restoren halal yg lain.