Tuesday, October 27, 2009

Bali Trip - Day 3

Day 3
19 Oktober 2009 (Isnin)


Daddy yang sediakan sarapan sepanjang 1 minggu kat Bali ni. Daddy goreng fries, rebus jagung, masak maggie telur. kalau daddy buat licin, kalau mummy yang goreng fries mesti tak habis... (daddy cakap)

Hari ni nampak Syahir lebih ceria macam dalam gambar atas tu. kalau makan jagung kena buat macam kedai tu.. satu2 .. baru senang syahir makan

Depan bilik 6360. patutnya boleh dapat 2 dan 3 bilik tp penuh. yang tinggal untuk 1 bilik.

Masih tak pergi tour sebab daddy nak syahir rest lagi. so, hari ni naik shuttle bas. (kena booking dulu). shuttle ni ada 4-5 kali sehari untuk ke Matahari Square. macam shuttle kat Bukit Cerakah dulu2 je. tapi Hasya seronok naik. Syahir pula siap tertidur dalam perjalanan ke Matahari.


pusing2 cari tempat makan. sekitar Matahari tak ada pula restoren halal. yang ada fast food. tapi jangan risau, A&W, Mc D, KFC ada logo halal dari Indonesia. tapi harganya???? lagi mahal dari Msia. dah penat dukung syahir (gara2 tertinggal stroller) order je kat A&W.



mummy order fish burger. rasanya?masin. sos- kurang umpphh.. ayam- masin juga. sorry ye, tekak lain2 (kang marah pulak orang Indon kalau asyik nak complain) . tak sempat nak keluar camera, masa hasya daddy makan mummy dukung syahir yang tengah tidur lagi.

Baru nak makan , ada insiden yang berlaku... huhuh

HP mummy berbunyi. selalu off kan aje kat Bali, tapi hari tu ntah nak on pulak. bila tengok screen tu dah berdebar-debar. sebabnya? no tel rumah!!! Bila rumah yang call maknanya alarm rumah berbunyi. dan bila alarm berbunyi masa kami tak ada dan semuanya dah diset maknanya??? ada orang masuk rumah kami hokey! daddy pun panic bila mummy bagi HP dan yang silapnya daddy matikan alarm tu (kena tekan password). Masa tu fikir takkan orang dah masuk, baru 3 hari, cepatnya orang tahu rumah kosong tak ada orang. Rumah sebelah dan belakang tengah buat renovation.. diaorg dah perasan rumah kami kosong?

Mama memang ada pegang kunci rumah kami dan dah siap bagi arahan nak masuk rumah kena matikan alarm bla.. bla.. nak keluar rumah.. set alarm.. bla.. bla.. tapi hari isnin. takkan tak sekolah? bagi mama pegang kunci sebab katakan la berlaku apa2 pada kami ke kan. untuk pegang je tapi dah pesan tak payah la masuk.

Daddy terus la call guard minta check. dan mummy pun sms jiran- kak Norsha minta suami maid dia datang check. sms mama juga minta baba datang . selepas beberapa minit (lama juga sbnrnya) mama sms lebih kurang mcm ni " mama datang bawa ayah su tengok rumah. Don't worry" HUH! apa ni... suspen dan panic wooo . kot ye pun, sebelum datang sms dulu atau bila alarm bunyi terus sms. dan ayah su pula sebelum ni masa buat makan2 kata nak datang, tp tak datang2 juga... ni masa tuan rumah tak ada nak datang pulak.. masa tu memang geram dan marah juga. ye la, kita kat jauh2 ni


call balik guard .. dan guard cakap nampak perempuan pakai tudung tengah siram pokok naik kete Civic hitam. isyyy...mama ni. siram pokok tengahari habisla terbakar pokok tu terkejut. hehe..

(dah dapat bil MAXIS- hasil dari kejadian ni kena cas RM100. haa.. 100 tu boleh nak shopping atau makan2 kan. 1min =+RM10)

Depan lobby hotel sebelum naik shuttle

Hilang terus mood nak berjalan ke tempat lain akibat kejadian tadi. daddy la yang paling tak ada mood. kat matahari tu banyak jual sabun, barang2 spa etc.. tp mummy tengok macam nak cepat balik jadinya tak ada tengok2 sangat barang2 tu. (sampai balik pun tak beli sbnrnya)

Dalam pada tak ada mood nak pergi tunggu shuttle bas balik hotel, ada sorang lelaki Bali pakai baju batik(baju uniform hotel) tegur. dia bagi kad untuk cuba buka. lucky draw la konon. dia kata kad ni memang khas untuk pelancong dan akan dapat voucher dari hotel. dia wakil Royale Hotel.

Dia bagi 3 keping- daddy, mummy dan Hasya. daddy tak nak buka, suruh dia yang buka. dapat 2 t-shirt hotel. sekali Hasya sibuk nak koyak kad tu juga dan koyak- Super Prize! dapat 3 pilihan hadiah
-USD 500 cash!
-Sony Handy cam
-percutian 8hari 7malam ke Phuket or Bali or Goa

orang tu terus ucap tahniah dan seronok sangat. dia minta ajak ikut ke hotel dan cakap hanya 2 org je dalam sehari yang boleh dapat. promotion tu hanya untuk seminggu. Risau juga nak ikut, tp dia kata lepas ke hotel, pihak hotel akan sediakan transport untuk balik ke hotel. dalam pada tak boleh senang2 percaya pada orang, kami ikut juga. masuk je taxi mummy pun baca2 dan daddy pula informed pada abg mie kami ke mana. bgtahu tentang ni.

org tu happy sangat sbb dia kata gaji dia berdasarkan dpaat bawa org ke hotel. sekali bawa org USD 50. sempat sembang2. dia kata nordin mat top dari msia, dah tanam kat msia bla.. bla.. ehhhh.. lain macam je. mummy pun cakap org indon kat msia ni pun ramai juga yg buat jahat.

Seperti yang disangka, mende ni macam yang kami selalu dok dengar. nak promote vacation club. tp masih guna RCI. kami pun dah join RCI ni juga, so terus la cakap tak berminat. tapi still kena dengar promotion tp kadar yg agak cepat juga... dah biasa, dan terus tunjuk je tak berminat. dorang pun tak paksa. ok la. dapat hadiah yg ke cuti tu. Phuket?Bali lagi? Goa? akan difikirkan dalam tempoh setahun lagi.. hehe..


memang dorang hantar balik hotel. dan kami sempat minta driver tu singgah ke restoren nasi padang untuk tapau. nasib baik juga driver tu muslim. so, dia hantar yang depan airport. tempat yg abg mie bawa hari pertama. beli 3 bungkus lagi. untuk dinner dan sarapan. harga dalam 70 ribu.

Balik hotel, Hasya nampak penat sangat. badan dia dah mula panas... ahhhh sudahh.. Syahir baru baik, Hasya pula demam. terus bagi ubat demam dan paksa dia tidur. Dia punyala sedap tidur sampaiii la dah 7 lebih. dah malam tu. kena paksa pula Hasya bangun untuk makan dan ubat.


Syahir yang dah sihat ni mulala nak kacau kakak dia... bila daddy nak keluar pusing2 hotel petang tu terus mummy suruh bawa Syahir. mummy nak ikut tak dapat la, kesian kat Hasya. nanti Hasya bangun ke apa ke kan.

wahhh... Syahir enjoy sangat masa keluar tu. Syahir yang pegang air botol untuk daddy. daddy cakap cara jalan Syahir pun macam orang besar je. rugi mummy tak ikut

Happy jalan kat pantai... tapi bila pasir masuk kat selipar terus nangis... tak selesa


Syahir dah balik dari pantai, kakak masih tidur lagi. badan panas.. mummy doa sangat2 minta hasya kebah. malam tu muntah pulak... alahai.. hampir cancel tour esoknya.

Monday, October 26, 2009

Bali Trip- Day 2


Day 2
18 Oktober 2009 (Ahad)



Plan nak tour dah cancel dengan Pak Sonor malam tadi. sebab syahir masih suam dan merengek je. tak nak dia penat sangat seharian berjalan nanti. Tour ambil dengan Pak Sonor- dia staff MAS tapi buat biz juga. ada 3 kut pak supir kerja dengan dia.

Kalau tak kak syuroh nak join juga tour ni. naik 2 kereta ikut dari belakang, kebetulan abg mie cuti sabtu dan ahad masa ni. so, bila dah cancel ikut je la mana yang dorang nak bawa kami. (sbnrnya risau takut susahkan orang) tp bila kak syuroh dan abg mie kata ok, so kami pun ok la seronok.


Jalan-jalan sekitar hotel. Hasya dah moody betul. tak nak berjalan sama2, nak jalan kat belakang, nak marah sebab dia dah set dalam kepala nak jumpa balik mimi dan syasya. bila pusing2 tu dia nak marah la sebab kawan2 dia tak ada... susah juga mummy masa tu nak minta Hasya sabar.


kat bali ni, pusing mana2 mesti akan ada pura (kuil) dorang. kat mana2! airport, hotel, kedai, rumah. cuma saiz je yang berbeza. setiap rumah hindu memang ada, kat setiap jalan ada, setiap kampung, bandar, daerah dan satu yang paling besar Pura Agung di Besakih Mother Temple.

Memang akan nampak la patung2= dewa dorang ni. Memang nak gi mana2, mummy akan istighfar dan baca ayat Qursi kat telinga budak2 ni. nak masuk mana2 baca bismillah. nak masuk kedai pun baca2... kat depan setiap kedai memang ada bekas anyaman daun pisang untuk dewa dorang. (kecuali yang Muslim). sebab kalau boleh nak jaga pandangan mata budak2 ni dan syahir pun kurang sihat kan. kena hati-hati.


mula2 nak jumpa pukul 10am gitu. tp kebetulan dalam 9am tu ada staff RCI call. dorang ajak gi tengok hotel RCI yang baru buka dan akan dapat beberapa voucher percuma. dorang cakap dalam 1 jam je. lepas call abg mie cakap jumpa lepas zuhor. staff tu call balik cakap tak jadi sebab tak cukup staff nak bawa... chehhhh... saje je dorang. tu yang hasya rasa lama sangat nak tunggu tengahari.

lepas pusing2 hotel, syahir tidur... bagi dia rehat lagi.. badan suam juga. lepas zuhur keluar dengan kak syuroh dan family.


Hasya memang seronok la jumpa kawan2 dia balik. Kami lunch di Restoren Nasi Padang Natrabu. kalau tak salah tempat ni di Sanur. Restoren ni agak besar, selesa dan siap ada pentas. mungkin ada persembahan kut sekali sekala dan tempat untuk bergambar.


Pengalaman pertama rasa nasi padang yang betul. Mereka akan hidang semua lauk yang ada dan terpulang pada kita untuk pilih lauk mana yang kita nak. Harga akan kira untuk lauk yang ambil je . Rasa ayam goreng, daging, kari ayam etc. alhamdulillah sedap dan kenyang. Surau pun ada kalau nak solat.


InsyaAllah kedai halal dah banyak kat Bali. cuma nak kena cari tempat yang bersih dan betul2 halal. sebab pada dorang yang haram cuma babi. jadi semua ayam tetap halal walaupun cara sembelihan salah dan walaupun cara masak. letak ayam sebelah babi pun ayam tu tetap halal.

Selepas perut pun dah kenyang. kami ke Pasar Sukuwati. mungkin pergi lepas tengahari jadi tawar menawar tu tak murah sangat. kalau pergi pagi lagiiii murah. dorang kata pelaris atau ibu duit. duit tu dorang akan tepuk2 kat barang jualan. daddy dengan kak syuroh memang pandai tawar banding mummy. Mula2 beli beg warna purple yang mummy pakai masa tour dan kak syuroh beli warna silver. 1 beg harga 15ribu .

Beli juga dress warna biru untuk Hasya. harga 15 ribu. asalnya berhenti 1 kedai nak beli baju Syahir.. nampak baju tu ok dan selesa pakai. harga 20 ribu kut sepasang. kain cotton putih. Sempat juga beli clip rambut dan cekak rambut 3 sekawan ni:) Cekak tu Jumpa kat 1 kedai je ..itupun kat hujung2 dan belah atas. pusing2 tempat lain akhirnya patah balik ke situ. comel je bunga2 kat clip dan cekak. (boleh tengok kat gambar2 lepas ni). Hasya sukaaa sangat dapat dress tu. sibuk nak pegang dan tak sabar nak pakai

Tips: kalau terpaksa pergi lambat- tengahari ke petang. tp masih nak murah. beli la lebih dari 1 barang. dapat la murah lagi. tawar nak beli banyak sekaligus

Dari Sukuwati kami ke rumah kak syuroh. dalam perjalanan nampak macam ada rombongan marhaban.. hehe.. kat Bali masih dalam musim raya Galungan dan Kuningan. tempoh raya tu 10 hari dan masa ni la akan jumpa kat mana2 marhaban dorang ni sambil junjung buah2, hasil tanaman untuk dewa mereka. Sekolah kat Bali pun cuti tp anak2 kak syuroh di International School jadi tak cuti.

kalau tengok muka, cara pakaian, cara cakap memang sama je dengan yang lain. sekali imbas tengok pakcik2 tu macam ustaz , lebai pun ada. dengan kain pelikat, serban, baju putih, janggut, misai.. hehe.. tp yang pasti bukan muslim.makcik2 pun sama dari segi pakaian tp dorang ala2 wanita zaman dulu. baju jarang2 nampak bra kat dalam ... hehe..

kalau dorang ni berarak... memang kena bagi jalan. memang dorang yang akan control jalan. terpaksa kita ni tunggu/berhenti/bagi laluan kat diaorg dulu. polis2 pun akan bagi laluan kat depa.

Sebelum sampai kat rumah kak syuroh, singgah beli barang makanan jap kat Hardy's supermarket. Daddy plan nak beli beras untuk masak nasi/bubur. tp mummy rasa tak yah..akhirnya beli roti,sardin,maggie, telur,biskut,teh botol. Daddy rasa tak cukup dry food yang mummy bawa dan siap kena mummy kena marah lagi.. huhu... (sebelum ni bawa mesti berlebih banyakkk ... malas la nak kena bawa balik msia pulak mcm selalu)- memang ada lebih juga pun..:)

Apartment kak syuroh duduk waktu ni sementara je.. dalam proses nak pindah ke apt yang lebih selesa. waktu ni 2 bilik je... tapi nanti 4 bilik. (boleh kami tumpang bilik waktu datang lagi kan Kak?hehe) Pool pun depan rumah je... dan ada 12 unit je.. tak ada la penuh sangat orang kat pool.

Hasya , mimi, syasaya main pool sementara mummy daddy makan biskut raya dan berchit-chat. syahir pun main kejap. alhamdulillah syahir dah makin sihat.


Baju2 yang baru beli tu tak sempat nak basuh... terus pakai je malam tu. sebab tak bawa baju extra! dah letak dalam beg Hasya tapi ntah macam mana tertinggal pulak kat hotel. lepas mandi manda mesti lapar kan? Destinasi seterusnya- Jimbaran. jom kita makan seafood!


Lobster tu besar tau in reality . tapi harga pun sangatttt besar juga. 400 ribu seekor!! huhu.. tak sanggup la nak makan mahal2 macam tu. (kak syuroh, rasa rugi tak bagi duit dan pesan akak beli lobster kalau gi pasar masa saya kat sana. boleh kita masak sama-sama hari Jumaat tu) Dah la dari mengandung Hasya teringin nak makan lobster tak dapat2 ... sebelum ni bila gi makan kedai- lobster habis je memanjang.

Mimi je tak pakai dress.. dahi hasya luka tu terhantuk kat pool masa mandi. masa ni baru nak lebam.

harga pun masih kena tawar. kalau tak tawar, jawapla kena ketuk cukup2 la dengan diaorg ni. Nasib baik datang dengan kak syuroh- tahu kedai mana yang sedap dan dah tahu range harga kat sini. Order sotong, kepah, ikan, udang.


Dari luar nampak tak comel je ... tapi bila masuk dalam... menuju kat tempat makan tepi pantai.. phewhhh! romantikkknya.. kalau datang ber 2 dengan daddy lagi romantik! (kitaorg selalu je sebut nak keluar jalan ber2, tp mesti kalau betul2 daddy mummy akan sebut2 juga Syahir dengan Hasya) Dengan suasana tepi pantai, ada lilin atas meja, angin sepoi2 bahasa, lampu2 yang banyak kat airport, ada music (boleh upah datang nyanyi kat meja). phuuhhh! mengancam.

bila makanan sampai.. wow.. warna merah merah tp tak pedas langsung.. makan dengan 3 jenis sos- sos Bali, sos tomato, dan sos garlic. tapi sos tomato palinggg sedap. tak rasa masam pun. dan rasa sedapppp.. petang2 ada nelayan akan sampai dari laut kat belah tepi pantai ni. diaorg pun pandai terus bahagikan 2 sets yang sama. tak kacau la nak makan.dah dibahagikan.
bagi can la kejap pengantin yang masih rasa baru ni posing kejap eh

Hasya macam biasa nak makan nasi kosong je tanpa lauk... (isyy). dan mummy ,daddy dan abg mie yang sibuk meratah. kak syuroh dah stop awal.. (rahsia nak slim melim ye). tapi memang sedap la.. mungkin sebab suasana dan kami pun jarang makan kat Restoren Ikan Bakar ke apa ke kan..

daddy malu2 nak ambil gambar depan kak syuroh sebenarnya. hehe..

-tadi tengok bil balik, minum air kelapa masa ni kena 15ribu.. hehe..
total bil 397 ribu rupiah untuk 2 keluarga
- makan kat Natrabu kalau tak salah 200 ratus ribu ++

Sunday, October 25, 2009

Bali Trip- Day 1

entry yang panjang... harap maklum


Sebelum trip ke Bali, suhu badan Syahir dah suam2 dan kadang panas... risau ...mcm nak cancel trip pun ada.. malam sebelum travel, ke klinik dulu utk dapatkan nasihat Dr dan ambil extra ubat demam,selsema dan batuk. Dr kata ok. tp susah hati juga sbnrya. ye la, dgn macam2 sakit sekarang ni kan.

Day 1
17 Oktober 2009 (Sabtu)


Mummy dan daddy dah bangun dalam 5.30am. Siap2kan apa yg perlu dan baru kejut Hasya... senang je Hasya nak bangun dan terus mandi. Syahir masih suam2.. tp macam faham juga. Nak kata merengek sangat tu tak juga... Mandi,sarapan dan bagi ubat demam.

Hasya dah tak sabar tunggu taxi. Syahir sibuk nak pakai beg

sementara menunggu boleh la nak berposing dulu

Patut nya airport limo dtg 7am, tp sampai dalam 7.15-7.30am gitu. Hasya dah sebut2 mana taxi ni.. tak sabar dah tunggu kat luar. Naik Perdana- bayaran dari Shah Alam ke KLIA- RM 77.20! mahall! masa duduk Bangi dulu RM 55. makin jauh atau sbb naik Perdana? dulu naik Waja je, mungkin murah sikit dari naik Perdana. Tunggu baba offer nak hantar sebenarnya ..tapi tak ada pun.. haha.. dan tak nak susahkan baba mama .. x apala,dah biasa pergi sendiri sebelum ni pun.

Sampai KL dah agak ramai orang. dan kaunter check in agak panjang. terus ke kaunter stand-by dan masukkan nama. Flight penuh!!! suspen juga.. harap sangat ada seat sebab next flight tengahari dan petang. Jenuh la kan nak menunggu kat KLIA dengan budak2 ni. Ini la KELEBIHAN jadi staff.. mengharap pada seat yang kosong! patut kenala bagi firm ticket tak pun tech-crew terus dapat duduk depan kan.. orang kaunter cakap sebab ada budak2, kalau dewasa semua dapat upgrade.

budak ni main2, ketawa, lari2 keliling troli.
mummy daddy pula tengah suspen pasal tiket


Alhamdulillah dapat juga seat walaupun terpaksa duduk asing2. Syahir pula terpaksa duduk atas mummy walaupun dah beli full seat ticket.walaupun Syahir belum 2 tahun tapi kunun2 nak bagi Syahir selesa. Tak apala, asal ada tempat.

Nak ditakdirkan, kat boarding gate dorang panggil dan kata tak ada tempat. sebab ada mamat putih ni check in lambat. dan dia sampai pula, so staff kena utamakan penumpang komersial. huhu.... dorang pening kepala nak adjust tempat. susah hati juga waktu ni, berdebar2! tp syukur dapat juga. patutnya pening2 tu susah2 tu dorang bawa ke depan, tp entahla, memang ground staff gitu kut. daddy kenal captain tapi malas nak bising2 waktu tu... biar je la. tp memang terasa di anak tiri kan!

Flight 9.50am ni memang penuh! kat economy langsung tak ada seat kosong!! kat biz ada la belas2 penumpang. Seat mummy dan Syahir kat tengah2... aduhhhh! terasa sesak nafas jap bila dihimpit kat kiri kanan. dah la belah kanan tu banyak barang (dari Rusia) dan belah kiri lelaki melayu. nak susukan syahir pun agak payah apatah lagi nak baringkan syahir. sudahnya syahir tidur duduk je. kesian pulak.

Lepas makan pagi, daddy datang suh duduk tempat daddy. lebih selesa. dan alhamdulillah IFS panggil duduk biz. tak kisah pun pasal makanan, tak kisah pasal layanan... cuma nak seat sekali sbb syahir demam dan asyik panggil daddy. kejap2 daddy, daddy dan daddy. susah duduk asing2 waktu ni.

Dalam 3 jam flight sampai la kat Bandara Ngurah Rai dalam 12.50pm . bandara=airport. Keluar dah awal sbb keluar dari biz kan tp dengan tunggu stroller dan tak isi form masuk Indon lagi jadi la lambat. Mummy ingat masa daddy duduk berdua dengan Hasya dah boleh isi 2 form masuk Indon dulu, tapi nampaknya nak tunggu mummy bising kat airport kut (oppps).. dan boleh pula kami dapat salah borang. penat2 terkejar tulis borang rupanya isi borang utk rakyat Indon.. terpaksa cari borang yang betul. dah nak keluar lepas ambil barang pula tak ada 1 form lain- sbb dah koyak masa salah salah isi tadi, rupanya ada 1 yang betul. kena tulis lagi form lain.. mengah jap kat situ sebab kak Syuroh dan Abg Mie dah tunggu kat luar.

(Family kak syuroh sekarang duduk di Bali (dalam 2 tahun) sbb abg Mie kena transfer kat sana- engineer MAS. untung juga merasa peluang duduk di tempat org (dah byk juga tempat kak Syuroh ikut). dapat elaun tambahan, anak2 masuk international school, kerete dan rumah dapat, duit minyak pun dapat. Duit gaji untuk makan je. tapi ye la, mana nak sama dengan duduk negara sendiri. pergi kejap2 memang seronok,nak duduk lama, sedih juga kan )
alhamdulillah... syukur dah sampai. Kak Syuroh jemput dengan Abg Mie, Mimi dan Syasya.
kejap je budak2 ni dah berkawan.

bergambar sementara abg mie ambil kerete. kat tepi2 ni banyak org sana yang tengah duduk2 mencangkung tunggu customer utk angkat barang-porter dan jadi pak supir. 1 beg dalam 3000rupiah.

di bandara Ngurah Rai di Denpasar dan sekitar pantai Kuta

Bilik 6360 untuk seminggu di Bali. ada dapur-microwave, dapur,peti sejuk,alatan memasak.
Alhamdulillah, cukup selesa

Abg mie terus hantar ke Club Bali @ The Jayakarta Residence di Legian-Kuta. Tercari2 juga la tempat tu , En Garmin pun tolong juga. Sign board arah memang sangat la kurang di sini. dan jalan2 pun kecik je itupun kereta parking tepi jalan. memang kena skill tinggi nak bawa kat sini. dan asyik dengar bunyi hon dan honnn je.

Hotel ni daddy booking guna RCI. dah join Leisure Holiday since August 08. untuk member boleh pilih 1 bilik,2 bilik atau 3 bilik. tapi Bali memang full sepanjang tahun. dapat 1 bilik pun agak selesa juga untuk kami ber4.

(masa masuk bilik, terus mummy nampak ada patung kat rak. minta porter keluarkan. dia tanya kenapa? nasib baik juga kak syuroh jawabkan "Kami Muslim") Lepas check-in, basuh badan syahir, kami solat jama' Zuhur dan Asar. perut pun dah berbunyi. Abg mie bawa kami lunch di Centro Discovery Mall. shopping complex yang terbesar kat Bali. ada beberapa tempat makan Halal di food court. Rasa ikan garami masam manis, nasi penyet, es teller dan jus alpokat. nyummyy.. Alhamdulillah

Sebelum balik hotel, daddy minta tolong singgah mana2 kedai untuk tapau dinner. tak payah nak mencari2 lagi nanti.lagipun Syahir masih demam, nak rehat kat bilik dulu. Abg mie bawa ke Restoren Nasi Padang dekat dengan airport. memang ramai crew yang tapau bawa balik Msia bila flight ke sini. beli 3 bungkus utk dinner dan sarapan. Simpan dalam peti sejuk dan panaskan dengan microwave pagi nanti.

dinner hari pertama. nasi padang memang sekali dengan daun ubi rasanya.
3 kotak tu dalam 65 ribu rupiah

Plan jumpa balik dengan family kak syuroh pagi esok. nak gi tour bali... tapi cancel sbb syahir masih demam. kesian pula bawa jalan2 waktu demam. lagipun esok Ahad,mesti ramai orang kat mana2.

Saturday, October 24, 2009

Bali Trip

Daddy dah lama sebut2 nak ke Bali cuma mummy je yang agak slow sikit.. hehe...

Mummy sebenarnya lebih nak ke Bandung dan Jakarta.. haha.. asyik dengar orang gi shopping kat sana murah kan.. tapi fikir2 pun nak beli apa sangat.. baju budak2 pun dah banyak, barang rumah pun masih baru. tak ada mende pun nak beli kecuali nak beli telekung dan kain baju sikit.

ok, nak tulis sementara ingat lagi
  • jangan lupa tukar duit sikit2 sementara murah. kalau nak tukar sekaligus masa duit Indon tengah naik kan rugiii woo.
    (masa start tukar duit dulu 1juta rupiah=RM353 gitu... tp bila dah nak pergi Bali duit indon naik. 1 juta rupiah=RM363!
  • jangan lupa travel insurance! kita tak tahu apa yang berlaku kat mana-mana. alaa... RM 200-300 kut dari ribu-ribu kalau jadi apa2.
  • Waktu jam kat Malaysia dan Bali sama. cuma kalau waktu solat kat Bali awal dalam 1 jam. check dulu.
  • kat Indon ni memang gi mana-mana pun ada yang nak tolong. masa nak ambil luggage pun ramai je nak tolong tp tolong berbayarla ya. 1 beg dalam 3000 rupiah
  • nak masuk Indon kena isi 2 form dan balik nanti kena serahkan 1 form tu. jangan hilangkan!
  • muka melayu tak semestinya muslim ya. makanan halal pun kena jaga2. tempat makanan pula pastikan bersih, nanti cirit!
  • kat Bali- barang2 tak murah, makan mahal. sediakan duit yang cukup.
  • nak masuk mana2 tempat, bacalah doa dan istighfar . lagi-lagi kalau bawa budak kecil
  • make sure sediakan ubat demam, batuk, selsema, vitamin, pampers, barang keperluan yang cukup. kat bali mahalll!
  • belajar tawar semaksima yang mungkin. kalau boleh 60-80% ke. kalau tak bagi, buat jual mahal dan jalan gi tempat lain. selalunya dorang akan panggil balik. kalau memang tak pandai tawar sangat, pergi je kat Kedai Ole-Ole. harga murah la juga walaupun kat pasar lagiii murah
  • nak shopping -pergi pagi2. untuk pelaris kata mereka
  • kami bawa bekal biskut,maggie,paket 3 in 1 Milo untuk sarapan dan antara waktu makan.
  • plan untuk tour Bali secara maksima. nak pergi mana dulu , next. kalau boleh dapatkan info awal
  • untuk tour Bali banyak harga ikut pakej yang kita nak ambil. masa kat airport nanti byk je brochure boleh tengok. tapi yang kami ambil ni untuk seharian berjalan (x kisah jemput dan hantar pukul berapa Pak Sonor kira 350 ribu rupiah. ) dia ada 3 pak supir dan kami dapat Pak Nur. agak kelakar dan informatif. banyak cerita dan sejarah Bali.
  • no hp Pak Nur- +6281338028200
  • Nak balik nanti kat airport kena bayar airport tax. 150 ribu seorang! sediakan duit...nanti kunun2 nak habiskan rupiah sebelum check in naya je. sebab terpaksa berkejar nak tukar duit. bayar tu masa dah kat dalam terminal. (pernah terbaca kisah benar blogger- terpaksa merayu2 dengan penumpang Msian lain utk pinjam duit)