Day 5- 20 April 2008 PUSING2 HARBOUR TOWN, NAIK AQUADUCKHari ni kami plan nak pusing2 shopping centre sbb kalau nak ke Movie World hari ahad agaknya ramai orang. Plan ke movie world esoknya (isnin).hari ni, tak la bersiap awal2 sgt,rilek2 je.
Malam sebelumnya, mummy belek2 brochure yang senang dan byk boleh dapat kat mana2. terjumpa ada art market setiap ahad. so, kami ke pun pusing2 brodbeach cari market ni. tak byk sgt gerai yg ada, ada tarikh tertentu yg baru banyak gerai. kami cuma beli sayur untuk dinner nanti.
dari art market, kami menuju ke
harbour town . tpt ni mcm Pacific fair juga. outlet stores bukan dalam 1 bangunan tertutup. menarik juga konsep mcm ni, tp kalau kat Msia mesti dah berpeluh2. Masa kami ke sini, cuaca punyala cantik. tak hujan. terasa sungguh dengki dgn cuaca masa kami ke dreamworld dan sea world yang hujan sepanjang hari. matahari bersinar cerah je tp masih terasa sejuk berangin. tak berpeluh. tp, kalau musim panas kat sana, dgrnya lebih panas dari Msia.
Dah sampai, kami cari tourism lounge dulu. Mcm pernah cerita sblm ni, dari internet kami print invitation utk dapatkan Tourism Club card. (utk dapatkan lebih diskaun dari outlet stores yang ada). besar dan selesa lounge nya. kami siap minum2 tea dulu sambil daddy guna internet kejap. $2 utk 15min. Actually mahal sbb mummy tgk tpt lain $2 utk 30min. tp sbb tpt ni selesa, okla. mummy pun bagi susu dulu kat syahir. oh ya..prayer room pun ada kat sini.kat theme park pun ada prayer room juga tp bercampur la dgn agama lain.
Harbour town ada byk branded outlet- Polo Ralph Lauren, Royal Doulton, Bohemia Crystal, Nike, D&G, Esprit, FILA, Adidas, Pumpkin Patch etc... banyak la nak taip pun. Harga pun byk juga diskaun dan offer. mummy tgk Pumpkin Patch kat Subang Parade hari tuh mcm mahal la juga, tp kat sini selepas dah diskaun tu murah la compare kat Msia. beli seluar jeans utk syahir. hehe. mummy pun nak beli jeans Levi's tp daddy kata tunggu kurus dulu... hehe.. beli sekarang nnt dah tak muat, besar... wahh... cabaran ni nak kena turun ke bentuk ideal dulu. so, mummy dalam diet program ni... hehehe.. ye ke
berdekatan dgn tourism lounge tadi, ada kedai yg jual barang2 cendermata. harga nya lebih murah dari kedai duty free. kebetulan terjumpa 1 family Msia dari UQ,brisbane yg bawa mak dia dtg pusing2. kami pun mmg tak sempat lagi survey barang, bila dah diaorg kata harga ok, kami pun pilih2 la barang nak bawa balik. tak beli banyak sgt sbb daddy pun kerap ke Australia, nanti nak apa2 mummy pesan kat daddy je.beli yg ngarut2 nnt buat habuk dan sampah je.
kami lunch kat ISPA kebab... order 1 pun boleh makan 2 org... penuh sgt pinggan nya..nama makanan ni tak tahu tp ada kentang bakar, ayam, cendawan dan sayur2.. sedap.dah makan, pusing2 lagi outlet yg ada... adala beli-belah sikit.
Sebelum balik, kami ke Woolworth yg ada kat situ. beli lagi beras 2kg... hahah... harga beras tak jauh beza pun dari Msia. barang2 dapur semua daddy yg cari. mummy tak tahu apa2 sbb tak masak kan.. hehe...mummy cari mende lain. dok tgk apa yg lagi murah dari Msia nak bawa balik. keluar woolworth, lalu kedai harbour town discount fruit barn. mcm murah ke sayur dan buah kat situ. buah tembikai besarrrrr.... harga $2. kalau beli, tak larat kami nak makan 3org.

Dari harbour town, kami plan nak naik
Aquaduck pukul 4.15pm. Tapi tak sempat kejar masa. sampai pun dah pukul 4 lebih. Rezeki kami dapat parking kat tepi jalan. 1jam $1.70. kalau park kat centr0 1jam dah $9. 1 tpt lagi yg nampak sekali masuk $10. pusing2 ada kereta nak keluar.alhamdulillah. nak beli tiket dulu, kami ke kedai diskaun yg beli tiket dream world tuh. dia kata $35 per adult. kids 0-11 thn free... tp mummy tanya sblm ni, dia kata $34. iskkk..walaupun beza $1 tak puas hati juga, ajak daddy pergi kedai diskaun selang sebelah, dia bagi harga $32 per adult. jimat $6=rm18 dah. hehe.. nak naik
Adventure duck dan
Adventure croc pun ada juga. nak booking online pun boleh.
Kami naik aquaduck pukul 4.45pm. departure time ada hampir selang sejam. mula2 bas ni jalan atas jalan raya, lepas tu bas akan masuk dalam air. splashhhh.. bestttt. kat darat, bas pusing2 sekitar town, lalu sea world lepas masuk air pusing2 kat kawasan rumah org banyak duittt... rumah banglo tepi laut- ada boat mewah, ada helicopter... wahhh.. pusing2 laut naik darat balik. masa kat laut, setiap kanak2 berpeluang bawa bas air ni. seronok hasya.. jadi captain hasya. dan dapat sijil juga. masa naik tuh cerah lagi, bila dah kat laut, hari dah mula gelap. dlam 1jam naik aquaduck ni.

Masa kat laut, nampak adventure croc, boat utk
whale watching cruise pun nampak. tak de rezeki kami nak tgk whale sbb operasi hanya dari bln jun ke nov sahaja.dah berposing dalam bas ni, kami menuju ke centro paradise balik. menuju ke Hard Rock Cafe. masuk kat shop je... erna pesan shot glass dan fridge magnet. daddy pula berkenan tshirt hard rock cafe-$38. kalau x3. mahal tu... dulu gi phuket beli tshirt hard rock dah jadi tshirt buat tido dah. yang ni, kena lebih jaga la sbb mahal. hehe.
masuk cento nak ke woolworth beli air mineral tp baru je tutup. baru 6.30pm dah tutup kedai.singgah stesen minyak masuk Coles beli air dan balik rumah. tugas daddy as usual- jadi chef, mummy uruskan budak2.
** more pics di My Picasa **