Friday, August 15, 2008

Umrah 23-31 Ogos 2006

plan nak gi umrah dah lama, cuma tunggu jadual kerja dan cuti yg sesuai. alhamdulillah akhirnya sebulan sebelum pergi baru confirm dan kebetulan di akhir cuti sekolah untuk hasya tinggal kat rumah tok mama. terpaksa la dorang gilir2 jaga hasya sbb sekolah dah buka.

masa nak gi, hasya tak sihat. demam. risau gak nak tinggal dia. tp tawakkal pada Allah. tak lupa, pesan pada mama bagi ubat ventolin kerap dan seretide pada hasya hari2.
sedih la jugakat airport tu. baba bawa lari hasya tak nak bg dia sedih. mummy pun sedih waktu tuh.nangis2 la juga. dalam flight dah rasa lain macam. macam nak sakit tekak dah.
perjalanan dalam 8jam. sampai jeddah dah maghrib. keluar kapal je, terus rasa bahang panas dan cuaca kering bumi jeddah. macam dalam oven pun ada. panass. mmg musim panas sekarang.

kami ke madinah dulu sebelum tunaikan umrah di makkah. bandar madinah cantik, tersusun. makna madinah pun kota yg bercahaya kan. sempat ke masjid quba', masjid qiblatain, ladang kurma.
kalau nak beli kurma, madinah tpt yg sesuai. banyak ladang kurma kat sini. kurma kat mekkah pun datang dari sini dan harga lebih mahal. sebelum beli, boleh makan dulu. FOC pula tu, walaupun cuba tu dan bukan cuba... makan! banyak pulak tu. dan segar, baru petik. musim panas la kurma ni boleh petik.lupa pula, kami ke sini dgn KSB travel agent. pergi umrah sesuai dgn agent sbb kita nak ke madinah dan mekkah. pergi sendiri pun boleh, tp dgn agent kat sini lebih tersusun. senang semuanya dah diatur. dalam trip kali ni, bersama dgn abg rahim dan keluarga. (ex staff MAS). keluarga abg rahim ok, ramah.
mummy dah demam sejak sampai. tekak sakit. suhu badan panas. mmg tak larat, tp kuatkan semangat. dan minum air zam-zam banyak. air zam2 kat sana rasa sedap, fresh betul.s

0 comments: