Wednesday, January 27, 2010

klia-amsterdam 9/12/09

Bismillah....
9 Disember 2009
SHAH ALAM- KLIA- AMSTERDAM AIRPORT SCHIPHOL


Sebelum bertolak ke KLIA (flight 12am).
Siang sempat beli barang lagi.. hantar bibik dan turtle ke rumah mama, singgah Shah Alam Mall untuk ke Gurdian Pharmacy tukar kopun pada giraffe comel. best la bibik dapat cuti lama ye... dah la baru naik gaji..pastu cuti 9hari..isyy..

Kebetulan sejak akhir2 ni hasya asyik sangat minta barbie baru.. hari2 minta kat mummy. kebetulan mummy terjumpa 1set doll ala2 barbie siap dgn aksesori dan beberapa baju. murah je kat Tesco.. simpan sampai la masa tunggu airport limo kat rumah. untuk syahir pula bagi giraffe comel.. memang kena bagi mainan/buku warna/buku cerita sbb perjalanan lama.. toys ni utk bagi hasya syahir leka dan tak la meragam sangat. (mmg sangat berguna!). Hasya mmg suka sangat2 masa dapat tu..syahir pula asyik nak cium dan peluk giraffe.

kami sampai agak awal kat KLIA. memang plan awal sbb tak nak terkecoh2 nanti. lepas check in terus naik train ke bangunan satelit. daddy ajak makan kat Nooodles katanya sedap dan halal juga. mmg sedap. syahir pula dah sejak dari check-in lagi dan bangun lepas selesai makan. terus ke Burger King beli fries utk lapik perut budak2 ni.

flight delay dalam 1jam sebab slot time. slot time ni sbb penerbangan ni akan lalu kawasan Afghanistan dan untk lalu atas ruang udara mereka akan ada waktu2 tertentu yang di benarkan.

alhamdulillah dalam penerbangan ok je. kami dapat 1baris walaupun bukan seat depan.cuba untuk tidur dengan maksima ..ok juga la sbb malam, memang waktu tidur dah.

sampai airport, alhamdulillah urusan berjalan lancar je. cuma waktu keluar kapal je dah ada orang imegresen tunggu dan banyak soalan- berapa lama, hotel kat mana etc. dan dalam flight kami tu ada dekat 4-5orang yang kena bawa gi office. masa kat klia lagi dah nampak lain macam je.

lepas ambil beg,stroller ambil masa nak bergambar dulu. mmg dah aim nak cari tpt enjin tu.. daddy pun kadang pergi je kedai jual model aircraft kat sebelah tp tak pernah bergambar. so, kali ni bergambar dulu..

nasib baik waktu ni syahir nak duduk dalam stroller. mmg beli stroller baru khas utk trip kali ni. stroller Jeep tu macam besar sangat ... takut tak muat nak letak beg2 lagi dalam bonet kereta sewa nanti.

lepas bergambar, beli tiket train nak ke Amsterdam city. kalau beli kat mesin terus murah lagi dari beli kat kaunter tp sebab takut salah, beli kat kaunter kenala extra 50sen euro pp. tiket adult EUR 4.30 dan Hasya kena EUR 2.50. Syahir FOC.

train tu 2 tingkat.. dan bersih je. tak ada orang check pun tiket. daddy naik tak pernah ada yang check... nasib2 la kan.. kalau tetiba ada yang check, naya la nak kena bayar denda.. hehe
jenuh juga nak bawa barang. daddy tolak stroller syahir dan 1 beg besar. mummy bawa 2beg besar.. sambil tgk hasya.

Monday, December 21, 2009

belum berkesempatan nak tulis cerita ke holland,belgium,luxemburg,germany. insyaALlah pelan2... sekarang ni agak sibuk nak kemas balik baju2 sejuk, brg2 lain dan adjust jadual balik. dah la asyik hujan je..susah baju nak kering.

ida nak gi hong kong bulan 1 ni. rasa mcm nak ikut je. boleh tak daddy? nak gi disneyland hong kong... boleh ye..

Sunday, December 6, 2009

- dah tukar duit Euro di Mid Valley semalam. dalam banyak2 tpt money changer yang kami selalu tukar kat Mid Valley palingg murah. kat tepi escalotor-kami selalu ke Wawasan Sentosa. semalam tukar 1 Euro= RM5.03 kat tpt lain dalam 1 Euro=RM5.1 Almaklum kerja abg mmg dah pergi negara tak pakai RM.asyik nak kena ke money changer je.

- ke Guardian Pharmacy. tanya kat pharmacist ubat yg untuk control flu dan batuk kat tpt sejuk.

untuk flu dan batuk dan kanak2 bawah 12thn(mengantuk) ubat air-RM 21.70
untuk flu dewasa (mengantuk) 14tablets-RM 19.50
untuk flu dewasa (tak mengantuk) 10tablets- RM 10.90

kalau untuk kanak2 yang tak mengantuk biasanya asing-asing flu dan batuk.
yang murah pun ada eg:brand Panadol. dah try masa ke Frankfurt last year utk dewasa ok juga. yg kanak2 macam biasa2 je.

- beli juga scott emulsion, supplement etc

- dah set tempat2 nak pergi dalam GPS.

- dah booking hotel. kat armsterdam tidur kat A Train Hotel. betul2 depan central station. 1malam kat RM500 lebih . ambil hotel ni sebab mmg nak dekat dgn station. nanti tak susah nak heret beg2 dengan hasya Syahir. check in pun 24/24.

-kereta dah sewa seminggu.mula dari jumaat 10 Dec. masa tidur kat city nak jalan2 sana dulu. tak payah fikir2 nak parking kereta kat mana nanti dan bayar parking yg mahal.

- dah booking hotel kat Brussel utk 1 malam.

- hotel kat Beekbergen ni dah booked untuk 8hari 7malam melalui RCI. kami join Leisure Holiday Vacation Club dan sekali dgn RCI. bayar hotel ni dlm RM900 utk tempoh tu. mmg kena 8hari 7mlm. lain kali kalau nak bergerak byk tpt ke negara2 lain dalam 1 masa rasanya kurang sesuai ambil yg macam ni kut. tp kalau nak stay lama kat setiap tempat/negara baru sesuai. eg:Bali, ,gold coast

Friday, December 4, 2009

info visa

sebelum ke mana2 negara check dulu samaada perlu visa atau tak.

paling senang nak tengok kat Official Website
Ministry of Foreign Affairs Wisma Putra
http://www.kln.gov.my/

tengok kat side menu Visa Information