29 December 2008
Bangun pagi- solat subuh dan terus turun sarapan. mmg tak nak turun lewat2 sgt sbb nanti bertembung ramai org. segan, sbb dgn budak2 ni lain sikit. makan pun bersepah kan. pastuh bukan reti dok diam. ke sana ke sini. segan la dgn crew yg lain. tu pun jenuh la pesan kat hasya ni suh behave tp kejap je. namanya pun budak2 lagi.
sebelum tengahari -tunggu ayu&family dtg...

masuk bilik, syahir nak tidur lagi. bagi susu dan mummy pun tertidur gak. tp pagi ni syahir tidur lama sgt. agaknya sedap dgn cuaca sejuk. tu pun tak buka aircond dalam bilik langsung. hari ni dah janji dgn ayu&arif sekeluarga nak jumpa. tuh yg masing2 rehat sbb ptg nak keluar dgn dorang. ayu kata dalam tgh tuh dia sampai. kami sempat lunch dulu, tp kali ni maggie je sbb hasya tak nak bila tunjuk2 makanan kat lounge tuh. buka maggie, letak air panas, dan tunggu je. menu lunch hari tuh nasi dgn sayur2 utk vegetarian.
(hasya dah syahir dah dapat baju dari aunty ayu terus pakai. baru belah bawah je. yang atas belum pakai lagi. kat dalam ada baju dan seluar lagi selapis. stokin 2 lapis.)
akhirnya dpt juga jumpa ayu dan arif dan tina adik ayu. sebelum pergi asyik online dgn dorang tp masih tak ada keputusan nak ke mana. dorang pun beriya ajak gi rumah dorang. mmg nak pergi sgttt.. ( yer la dari jauh dtg) tp sbb kena tgk dulu budak2 ni mcm mana br leh tahu. ok ke tak jalan kat luar lama2 dalam sejuk, campur penat jalan. hasya pun nak kena di monitor takut kena astma balik. (alhamdulillah dah sethn tak kena yg teruk, bila mcm nak kena cepat2 bg seretide). daddy pun sejak balik shanghai, sakit tekak dan selsema. hasya dan syahir pun mmg selsema sejak balik dari benut. mummy je yang agak ok, tp risau juga kena virus2 sama.

jumpa dorang bg surat beranak ayu dan arif dulu. dorang nak kena settlekan pasport baby izzah kat kedutaan malaysia yg tak jauh dari hotel. ayu bawa hadiah baju2 sejuk bg kat hasya dan syahir.mmg suka sgt sbb insyaAllah kali ni membantu dari sejuk yg macam semalam. alhamdulillah mmg muat. balik bilik, solat dan pakaikan baju utk budak2 ni. dah pakaikan syahir baju, lepas tuh yak yak pulak. terpaksa buka balik dan ' berperang' balik nak pakai baju. sementara nak tunggu, syahir sibuk betul dgn aktiviti dia dalam bilik hotel. x larat nak kejar ke sana sini.

haziq dan faris mula2 jumpa hasya mcm senyap je, tp kejap je. lepas tuh mula la adegan berlari2 dan bermain. risau juga takut terlepas, nasib baik juga jalan ramai2, tina pun tolong tgk2kan budak2 ni. berlari, pegang tangan, tolak menolak- budak2 main. kadang best pulak tgk.

keluar dari hotel, rasa semalamnya lg sejuk. naik tram dulu menuju ke station utama. naik turun tram. arif sempat tukar duit euro pada pound. nak buat pasport kena guna duit pound. jenguk2 kedai cendermata. mahaiii eh... tp setakat ni kumpul fridge magnet je. nanti lepas2 ni kumpul gelas ke mende lain pulak.

sampai ke arca euro ni. mmg tumpuan pelancong bergambar. nak citer kat mana pun tak reti sgt. ikut je mana arif nak bawa kitaorg ni.. hehe.. hasya dan haziq pun bukan kemain lagi nak bergambar ber2. yer la, sekali sekala haziq dgn faris dapat jumpa kawan jauh ni. hmm, sepanjang jalan ni syahir tido je kat dalam tuh. nyenyak pulak dia tido.

hari dah makin gelap dan berangin. sejukk... arif tanya nak naik menara kat bangunan apa ntah x ingat, tp memandangkan takut budak2 ni sejuk x jadi la.. next time.. hehe..

naik tram lagi, pergi macam kat bangunan lama. old town... kat sini pun banyak pelancong dan ada beberapa kedai cendermata. murah sikit dari kat town. arif patah balik ke kedutaan nak settlekan bayaran tadi. tram ni arif dah ambil utk group 5 org sehari. nak kemana2 pun balik. nak ikut balik rumah dorang ke homburg dalam 2 setengah jam perjalanan pun dah tak yah bayar. dah include sekali.

lama juga kat old town ni. budak2 ni berlari ke sana sini. ada 2 kedai cendermata. murah sikit dari town. budak2 ni sampai kena tegur dgn makcik kedai ni sbb dia takut terlanggar barang2 dia. kejap je budak2 ni diam, pastu berlari balik. pastu uncle pulak tegur. tp dalam bahasa german la. tak faham pun.

hari dah makin gelap.. dah makin sejuk. kami dah tak leh nak tunggu kat situ. baby Izzah pun dah nak susu. kena jalan pelan2.. so, kami menuju ke shopping street... banyak kedai dan shopping complex kat sini. kalau nak panas masuk dalam kedai, pastu keluar balik. sambil2 tuh mummy mencari cookies cutter yg nurul pesan.
masuk 1 shopping complex.. tp dah lupa nama, sedap sikit panas2.. org ramaiii... sale lepas xmas kan. barang2 kalau tgk harga dia mcm murah, tp bila pk kali 5 tak jadi ahhh... haha.. syahir masih tidur waktu ni. tido dalam dukungan mummy yang pinjam beg dukung ayu. nasib baik dia bawa. kalau tak, mmg lenguh dan tak larat. sedap pulak syahir tido. risau gak, sampai terpaksa kadang2 letak tgn kat hidung dia nak make sure dia ok.

sambil ayu bagi susu, budak2 ni dah lapar. mummy pun bukala beg sandang doramen mummy. keluarkan biskut2, air milo, roti Gardenia.. hehe... Faris punyala minum dan pegang air kotak tuh lama. agaknya lepas kempunan eh.. roti gardenia pun sbnrnya dari m'sia, tak habis makan.. nak buang sayang... banyak lagi, dan expired date pun lama lagi, so bawa ke fra. alhamdulillah jadi rezeki ramai2.. dah lama tak makan roti dari M'sia. dgn biskut2 oat yg mummy bawa. kurang la sikit beban beg tu.
dari shopping complex naik tram balik ke main station. perut dah berkeroncong minta diisi. arif ajak makan kat Thai Fun. rest ni halal.nama Thai tp pekerja mcm org2 timur tengah. order nasi dan lauk pauk, keow teow dan nasi goreng. banyakkkk sampai tak larat nak makan. terima kasih banyak2 pada arif sbb belanja eh. dgn karenah hasya yg buat hal nak minum air tin kelapa. kat msia tak pernah pula nak minum air kelapa... saje je dia..waktu ni baru syahir bangun, tu pun beriye kejutkan sbb risau. bagi makan dan susu.

lepas makan, naik tram menuju ke main station. stop kat sini lama sbb nak beli tiket utk ke heidelberg esoknya. lama juga kat sini. ayu dgn arif mmg ajak balik rumah dorang tp daddy nak budak2 ni rest, tak berani ambil risiko sbb kena balik hotel dulu kemas barang, ikut dorang balik dah 2jam setengah jam perjalanan- sampai tgh pagi malam, dan esoknya ke heidelberg pun dalam 1jam setgh naik train lagi. takut budak2 ni penat dan lusanya pula daddy team A kerja. nanti kalau selsema sakit tekak melarat, susah sbb keje. jadinya pilihan utk pergi sendiri esoknya dan jumpa ayu&arif kat sana. tp masa kat station ni, ada masalah beli tiket, mummy tak faham sgt tp luar kawasan ke mcm mana. Akhirnya, heidelberg pun tak jadi pergi.. hikss... kat sana byk castle lama atas bukit. tgk gambar cantik je... legoland pun tak jadi gi, stutgart tpt kilang mercedes pun tak jadi gak. tak pe, mana tahu ada rezeki lagi dapat ke sana.. kan daddy kan..
masa kat station, mummy kesejukan. ntah, tp terasa tak tahan pulak.. sejukkkkknya... hasya maintain je main dgn haziq. masuk tram rasa lega sgt, tp bila keluar sejukkk balik. masa ni suhu -2 celcius.

alhamdulillah sampai hotel 9 lebih malam kut. naik atas jap ambil barang2 makanan ayu&arif. ada 1 kotak rempah2 dan mende2 goreng (pepedom kan) , MILO , kicap, sos etc. maggie yg mummy bawa pun bg gak sbb rasa tak sempat makan. kalau tak, nanti penuh beg je bawa balik.
sedih pulak dorang nak balik. dan ralat sgttt tak dpt gi rumah ayu. x pe ayu, tq banyak2 atas jemputan. insyaAllah ada rezeki kita jumpa lagi. masa program alumni Hira' ke, kat UTM ke. mana2 la yg ada...
naik VIP lounge- minum air coklat panas dan masuk bilik...
picasa mummy-
http://picasaweb.google.com/hanashakirah/FrankfurtGermany#
picasa ayu -
http://picasaweb.google.com/ariefruhullah/FRANKFURT29DEC#
antara pic camera ayu