Thursday, February 25, 2010

cerita rome dan amsterdam

tak habis2 lagi entry pasal amsterdam dah sibuk nak buat yang rome. aduhh..bila nak siap ni.

Rome 15,16Feb 2010

Plan nak ke Rome sebenarnya dah lamaa... sejak syahir dalam perut mummy lagi. masa tu dah apply FOC ticket masa Raya 2007. tapi staff ticketing tak buat kerja kut waktu Ramadhan..bila tanya cakap x boleh, x sempat, x cukup masa. tapi, bila daddy dah pergi kerja ada pula nama... masa tu memang la nak marahhh tp redha je. ada hikmah yg kita tak tahu kan. alhamdulillah

Dan waktu2 lain daddy dapat flight ke Rome waktunya kurang sesuai nak ikut. dan trip kali ni pula kebetulan waktu CNY. tok mama ada xtra cuti sehari dan ada pula bibik Mus utk tinggalkan Hasya dan Syahir. mmg sebelum ni sussaahhhh sangat kalau nak tinggalkan hasya dan syahir sbb tak ada yg betul2 boleh monitor budak2 ni.masing2 ada kerja kan. waktu makan,mandi,tidur etc. bila mus ada, dia yg akan uruskan hasya dan syahir.

mummy dah masakkan siap2 makanan utk hasya syahir. mummy masak ayam tandoori, daging kurma, kuah sphaggeti (frozenkan..nak makan panaskan balik) dan tinggalkan makanan2 lain yg Hasya dan Syahir suka makan kat rumah. dan juga tinggalkan duit kalau nak beli apa2. dekat bibik Mus pun dah ada jadual makanan dan note lain2. kat mama pun siap tinggalkan duit, Medical Card, pasport Hasya Syahir dan dokumen2 yg perlu kalau berlaku apa2.

Sebelum pergi, Syahir mula tak sihat. 2 hari sebelum mummy pergi, Syahir langsung tak nak makan..susu pun sikit je minum. sampai muntah sebab perut kosong.. daddy dah cakap kalau Syahir masih tak sihat, mummy kena cancelkan trip ni. mmg suspen.. dan bila jumpa Dr - tekak syahir merah dan mmg musim. cuaca tak menentu sekarang. dapat ubat antibiotik yg kena habiskan dan ubat2 lain. Alhamdulillah esoknya syahir dah makan sikit2 walaupun masih susah.. tp nampak makin ok. (mungkin syahir ada aura yg mummy nak tinggal dia.. hasya pula ok je sbb mummy dah cakap awal2 nak ikut daddy kerja- mula2 nangis juga tp lepas tu makin ok)

14 dan 15 Feb dah mula bawa barang ke rumah mama... 2 kali trip juga! banyakkk barang bawa- toys pun penuh, baju syahir hampir semua bawa (skrg syahir sangatttt la memilih pilih baju - kalau tunjuk 10helai pun belum tentu dia pilih 1).makanan pun banyak- susu kotak, susu Syahir, biskut2, koko kruch etc.

Petang waktu nak hantar Hasya , Syahir dan Bibik Mus ke rumah mama, kami singgah tapau beli soto dan nasi ayam. alhamdulillah banyak juga syahir makan soto cuma kena suap masa dia main. mmg lega sangat nampak dia nak makan. balik dari rumah mama pun nyorok2 takut syahir sedih (baba bawa syahir naik atas) cuma hasya je yg happy masa nak salam. siap menari2 lagi.. isyyy anak dara ni.

tengah tunggu transport. kebetulan sangat sekali transport dgn Anas( jiran AI) juga yg kena called up ke Narita. jadinya call Anas dan driver tu bagitahu yg nak tumpang sorang lagi. bayar rm30 kat driver tu. jimatlah rm30+ sbb tambah penumbang tambahan ni.kalau naik airport limo kan (AI ke KLIA dalam rm 60+).

mmg waktu ni dah rasa macam sunyi je... tak ada budak2 nak bising.. esp Hasya kalau tgh tunggu taxi mesti tanya mana ni, bila nak sampai. bawa 2 beg besar dan 1 beg kecil. beg tu bawa macam ramai je kan.. tp tak penuh mana pun..(ye ke tak penuh?hihi)

gambar dekat KLIA dan dalam flight tak ambil. rasa segan pula waktu tu sbb dah jalan sekali dgn crew lain dan wife Captain Steve. oh ya, trip kali ni meriah juga. Captain Steven bawa wife - Sharos dan Captain Azmi bawa wife dan 3 anak( form5,form2,drjh2). Oja tak bawa wife(Seri dah pernah ikut) dan ada 1 cabin crew yg bawa suami, 1 bawa mak dan 1 bawa boyfriend..

crew yg bawa suami dan mak tu pergi Venice sekali. tp kami mmg dah plan tak nak pergi Venice atau Florence sbb nak cover Rome dulu. InsyaAllah bila ada trip ke Rome lagi, barula pergi sana. tak nak touch and go je.. biarla pergi dan dapat menghayati sekali tempat2 tu. mudah2an ada peluang lagi lain kali.

Nikmatnya dpt tidur dlm flight dengan aman.selama ni mesti susssahh nak tidur atau terkejut2 sbb budak ber2 tu.Alhamdulillah.. lagipun kami plan sampai Rome nanti rehat kejap je dan lepas tu terus jalan2.

Sampai kat airport, hujan rintik2. suhu dalam 6 celcius. naik bas ke Sheraton Roma Hotel. dalam perjalanan highway agak sesak sbb waktu org nak pergi kerja. dah nampak suasana Rome ni macam bandar lama. nampak mendung je cuaca pagi ni.

Check in dan mandi, abang tidur kejap. plan nak ambil shuttle pukul 11 am. tp asyik ada bunyi ketuk2 kat bilik atas, abg bangun siap2 dan terus keluar. jalan kaki dari hotel menuju ke Metro Station Magliana dalam 10-15 minit kut- kena melintas jalan besar .

Station ni dekat2 dgn apartmen/flat2 kos rendah sederhana.. nampak dari segi kebersihan tu agak kurang... conteng2 pun banyak..(kurang pasti vandalisme atau seni graffiti).. siap ada polis yang jaga dengan senapang lagi..

beli tiket untuk 1hari 24jam terus- 4 Euro seorang. kalau utk 1hala saja 1 Euro (guna dalam tempoh 1 jam). dan kalau beli untuk 3 hari terus 11 Euro. tak pasti esoknya nak naik metro atau shuttle atau lepas tu naik hop on hop off. jadi kami beli tiket untuk 1 hari je - 8Euro utk 2 orang.

Dalam Metro pun banyak conteng2... kat luar gerabak mmg penuh la dgn graffiti atau conteng2.. mmg nampak kotor/tak terjaga. Mula2 tersalah naik .. ternaik yang ke arah berlawanan.. masa turun kat station tu dan tukar arah pun nampak banyak la sampah2 kat tangga dan macam kurang terjaga.. ala2 kat komuter Malaysia ni juga.


Plan terus ke Colosseo/Colosseum . Turun kat Station Colosseo dan keluar je dari station terus nampak bangunan Colosseo yang tersergam indah.

The Colosseum or Roman Coliseum, originally the Flavian Amphitheatre (
Latin: Amphitheatrum Flavium, Italian Anfiteatro Flavio or Colosseo), is an elliptical amphitheatre in the center of the city of Rome, Italy, the largest ever built in the Roman Empire. It is considered one of the greatest works of Roman architecture and Roman engineering.

Colosseum memang monument yang paling masyhur kat Rome. dibina pada 70-72 AD (sebelum Masihi) dan siap pada 80AD. Colosseo berbentuk stadium dan boleh muat sehingga 50,000-80,000 penonton. Dulu colosseo digunakan sebagai tempat pertarungan gladiator dan binatang buas. dianggarkan lebih dari 500,000 gladiator dan lebih 1 juta binatang buas dan terkorban kat colosseo ni. tapi bahagian dalam dan luar banyak dah rosak dan roboh - faktor usia dan faktor bom/tembak waktu perang Dunia dulu.

cuaca waktu ni berangin -sejukk kat tangan sebab angin. badan tak sejuk pun. nak pakai glove macam kurang best sbb susah nak click camera. orang memang ramai walaupun waktu winter.. agaknya waktu lain lagiiila ramai org. yang beratur nak beli tiket masuk colosseo pun panjanggggg!

TIPS
- tiket masuk bukan untuk colosseom sahaja tp boleh masuk 3 tempat- Colosseom, Palatine Hill dan Roman Forum. Jadi ada 3 tempat masuk dan 3 tempat beli tiket. Beli la tiket kat 2 tempat selain colosseom tu...memang lenganggggg la sangat..5-10min je beratur berbanding beratur kat colosseom 1 jam lebih! boleh juga beli tiket online tp kena tengok juga sbb beli online pun kadangg rugi juga sbb tak pasal2 beli tiket kat tpt yang tak perlu pergi. ada contoh kat entry Vatican City nanti.

Tiket masuk Colosseom, Palatine Hill dan Roman Forum adalah 12 Euro seorang dan tempoh masuk 3 tempat ni untuk 2hari. (ramai tak tahu dan tak sedar). tak ada la penat sangat nak cover semua sbb penat juga nak cover serentak.

Antara colosseo dengan Roman Forum ada Arch of Constantine. Tugu ni dibina sebagai penghormatan kepada Maharaja Constantine setelah memenangi peperangan pada tahun 312M.

Masa ni dah mula hujan rintik2 dan ramai juga yang jual payung. Tapi kami dah bawa siap2 2 payung lipat dalam beg galas. Kalau tak salah harga payung2 ni dalam 2-5Euro bergantung pada siapa yang pandai tawar dan tahu ke tidak harga tu:)

Hari pertama ni tak bergambar sangat sbb memang cuaca sejukk berangin dan hujan rintik. Orang pun ramai.. nak bergambar kena berebut lokasi yang menarik. Kalau nak jalan2 rasanya baik keluar awal pagi.. orang belum ramai dan penuh lagi.
Kami jalan beli tiket kat Palatine Hill dan patah balik ke colosseom. tak jauh pun..memang 3 tempat ni dalam kawasan yang sama.

Kat luar colosseom ramai la tour guide yang mencari pelanggan... nak guna khidmat dorang kena bayar 8euro seorang dan boleh beli tiket masuk terus tanpa beratur. mereka akan terangkan utk colosseom sahaja.. tp ada pakej kalau nak ambil tour guide palatine hill dan roman forum sekali. harga tak ingat pula. Tp kalau tak nak guna khidmat ni, boleh juga sewa audio tour. harga dalam 4-6euro tak salah. Kami tak ambil mana2 pun... ada beli buku info Rome dan sesekali menumpang juga group tour ni.. hehe.. (pada kami tak berbaloi sangat sebab ada juga info kat situ dan boleh baca juga... lagipun tour nye macam ramai sangat-dalam 20-30org lebih kut.. kena ikut je tour ni bergerak.. kalau jalan sendiri boleh la nak tengok lama sikit ke kejap ke) kalau dah beli buku info Rome banyak je info kat dalam tu boleh baca

kat dalam ni kebanyakkan nye tiang, patung dah musnah dan runtuh. tangga dan tempat duduk pun dah tak ada... dah berumput, licin dengan rumpai. kalau yg tak minat sejarah dan tak suka pergi tempat sejarah mmg tak ada maknanya nak dtg sini tengok batu-batu je..:) apatah lagi budak2 kan. tak boleh nak bayangkan macam mana rupanya kalau tak tengok gambaran coloseo yang asal.

sebenarnya kat tengah2 coloseo ada dataran tempat pertarungan... tp dah runtuh.. yg sikit tu konon2 contoh dulu (tp tak real sgt sbb mula2 mummy pun tak faham) dan kat bawah tu ada laluan dan tempat kurungan binatang buas dan gladiator yang bertanding. kena tengok movie dulu kut.

sebenarnya cuaca sejukkk waktu ni.. tahan aje la.. tp ramai juga orang walaupun musim winter. sejuk sbb angin kuat..kalau angin tak kuat..ok je.

ni la laluan dan tpt kurungan kat bawah pentas tu. ada beberapa tempat mcm anjung utk ambil gambar dari posisi yang berlainan.


kalau masa perlawanan... vvip duduk kat depan.. dan org2 biasa sampai la ke golongan bawahan kat atas.. ikut darjat. (macam beli tiket -mahal kat depan.. yang murah kat belakang ..hehe)


kalau dari bawah nak naik ke atas.. boleh naik dengan lif. mula2 tercari2 juga kat mana nak naik. dari pintu masuk tu terus jalan ke hujung dan akan jumpa lif. kat atas tu ada pameran dan penerangan sikit. ada tulang2 binatang buas yang bertanding.. patung2 yang dah pecah, dan penerangan juga.

kat atas pun ramai, siap ada yang jerit2 macam2 bahasa- nak dengar gema sendiri kut. kadang minta tolong pelancong jepun ambilkan gambar.. dan ambilkan gambar dorang pula.


berlatar belakangkan paletine hill dari atas coloseo. tak bercadang nak pergi terus sbb tiket masih valid sampai esok. perut pun dah lapar... nak cari tempat makan dulu.

naik metro depan coloseo terus ke Termini. station Termini ni agak besar macam KL sentral fungsinya sbb pertemuan train yang lain. boleh ke airport, ke florence etc. ada 2 jenis metro yang kami naik.. yang banyak sgt graffiti conteng2 macam kat dalam gambar tu dan lagi satu cat putih je.. mungkin jenis yang berbeza (komuter/LRT etc) tp masih valid utk tiket unlimited tu.

dah beberapa kali daddy ke Rome.. masa tu macam susah nak jumpa restoren halal.. tp kali ni survey lebih sikit dan jumpa sebenarnya banyakk je restoren dan tpt makan halal kat sini. kebanyakkannya di Termini. kami pusing2 dan jalan jauh juga sbb daddy dah pilih siap2 restoren mana nak pergi dlm list dia tp tak jumpa.. akhirnya pilih je Ristorente ni sbb dah kelaparan. nanti2 boleh cari lagi yg dalam list tu. gambar kebab tak ambil sbb dah lapar..ngapp terus. beli kebab -sedappp dan tak ada lemak (harga 3.5 euro) dan nasi beriyani ayam 5 euro.

dah kenyang naik metro balik ke station coloseo semula. ohh...sebelum tu singgah masuk toilet kat Termini yang kena bayar 0.70 euro.. nasib la kan, toilet kat Malaysia yang 20-50sen nak masuk pun bising.. haa.. ni kena 0.7kali 5. nasib baik bersih.

dari stesen coloseo jalan kaki... memang banyak trak kecil ? lori kecil ? yang jual makanan ringan- roti,pizza, fast food dan makanan ringan. kalau tgk muka macam org bangla pun ada. gerai kecil yang guna meja jual souvenir pun banyak.boleh poskad, keychain, barang hiasan.. yg jual kat tepi kaki lima pun ada mcm jual tripod camera.. itu mungkin tak ada permit. yang jual payung lagi ramaii- kat mana2 pun bersepah.
Gambar depan Monumento a Vittorio Emanuelle II - Museum Memperingati Pejuang2 semasa Perang. kebanyakkan tentang sejarah perang dan tentang tentera. kat bahagian tepi ada baikpulih bangunan... pagar besar tu tutup.

waktu ni dah hujan dah renyai2 sikit. tp masih malas nak pakai payung.. sejukk.. nak ke Time Elavator Roma. mula2 tak tahu sgt tempat ni, tp Oja yang cadangkan.. dan plan pergi hari pertama utk lebih faham tentang Rome. kalau dah pergi hari akhir-rugila jalan2 tapi tak tahu tempat dan cerita disebaliknya. bagus juga utk yang malas nak baca banyak2 sangat.

mencari2 juga tempat ni. rupanya kena masuk lorong dulu. terlupa nak bawa GPS dan mmg 100% guna map yang dapat kat hotel. hari ke 2 dan ke 3 memang daddy tak refer sangat map. dah hafal jalan pun.. mummy je yang terkebil2 dan 100% ikut kaki daddy pergi mana. nasib baik daddy cekap kan:)

Ada beberapa pakej yang boleh pilih kat Time Elavator Roma ni. kami pilih yang basic je.. malas nak tengok 3D dan 4D tu. tak ada gambar sbb gelap kat dalam. bayaran pakej yang kami ambil 12 euro seorang.

mula2 dgr penerangan dari skrin.. lepas tu masuk dan duduk dalam capsule masa.. macam kembali ke zaman silam.. bergoyang2 la capsule tu terbang.. turun.. ke tepi dan effect2 lain. ok je mula2 tu sampai la masa tengah2 kepala rasa pening, makanan mula naik ke tekak.. dannnnn terkeluar kat mulut... sempat tahan tu..goyang2 kan tgn daddy kat sebelah.. ambil tisu dan keluarkan mu*tah.. dan tiba2 lampu buka .. mesin berhenti.. nasib baik ada yang senasib dgn mummy... 2 org turun dari mesin dan duduk tempat biasa..-mummy dan sorang minah saleh... haha..

sampai habis duduk kat kerusi, tp cerita dah tak masuk kepala sangat.. daddy kata tgh syok2 tengok.. boleh pula nak muntah.. nak buat macam mana kan.. sejak kecil mmg tak tahan.. balik kampung Tgganu-muntah.. naik cameroon anak dah 2 pun muntah.. nasib baik naik bot ke dalm flight tak muntah.. (walaupun pening tu ada) huhu .. bila balik citer kat mama pun kena gelak.

(Antara kisah kat Time Elavator Roma ni bagaimana Rome bermula. Nama tempatan ialah Roma ialah ibu negara Italy. Nama lain ialah 'Eternal City' yang bermaksud kota yang kekal. teramat kaya dengan nilai sejarah, monumen2, lagenda, kisah peperangan, bangunan lama. Menurut lagenda, pengasas kota Rome ialah Romulus dan Remus, dua beradik yang dipelihara oleh serigala betina. Masa tayangan tu tunjuk serigala jumpa bawah pokok. Sepatutnya kena bunuh tapi tak jadi. dan bagaimana Rome terus berkembang menjadi empayar yang hebat)

naik metro lagi dan menuju ke Hard Rock Cafe. bergambar dgn water fountain yg ada.mmg banyak kat Rome ni. kalau winter- sekadar hiasan bergambar je.. tp kalau summer- ramai la yg celup2 kaki dan ada yg mandi. suhu waktu summer di Rome boleh cecah suhu 40 celcius!


pembaca peta yang cekap. waktu ni dah agak lebat sikit. jarang pakai payung sbnrnya sbb malas nak lipat balik- asyik keluar masuk bangunan, station metro dan malas sikit nak bergambar dgn payung. angin pun kuat waktu ni. macam nak terbang

Akhirnya lepas jalan lagi, jumpa Hard Rock Cafe. dah jadi macam acara wajib pula gi mana2 nak cari HRC ni.. sebelum ni tak minat pun, tp lepas ada sorang kawan blogger pesan Fridge magnet dan shoot glass masa kat gold coast dulu, akhirnya gi mana2 mesti cari HRC dan sekadar beli FM je pun. t-shirt tu jarang la sangat. cuma masa kat Bali tak ada stok FM dan kat gold coast beli utk kawan je.. bila daddy pergi balik Gold Coast stok FM Hard Rock dah habis pula.

dari HRC naik metro lagi dan jalan menuju ke Fontana di Trevi.

Kalau ikut jam masih petang.. tp sebab winter, siang lebih pendek dari malam. suasana dah makin gelap. tapi orang masih ramai kat situ. nak bergambar pun agak payah kalau guna tripod. dan setting camera pun agak kureng. pakai camera compact biasa je, belum ada seru nak beli dslr :)


hujan renyai. kalau dalam gambar nampak tompok2 putih. daddy tak puas hati. esoknya kena dtg lagi.


cuaca pun makin sejuk. hujan kadang renyai2 manja.. kadang renyai ganas sikit. tp ada hati nak makan icecream/gelato. kedai icecream penuhhhh! dan masa kami pergi nampak yg mata2 sepet.dari gaya macam dari Jepun.

beli 2 kon dan setiap satu 2 perasa. mummy cuba pistachio dan strawberry. daddy ambil kiwi dan apa ye.lupa. sedapppnya pistachio. suka ! sedapp! daddy punya masam2 sikit. lidah mummy dan daddy kureng sikit. 1 gelato kon macam tu dalam 2.50 euro

habis je icecream, daddy tanya nak balik ke jalan lagi. decide utk balik sbb ada lagi 2 hari nak berjalan. rehat dulu. tapi kena jalan kaki jauhhhh ke tempat pickup Hotel Sheraton! kalau jalan pelan2 ok je tp macam nak tercabut kaki dah sebab kena jalan laju2 nak kejar waktu shuttle bas datang. kalau terlepas kena tunggu lagi 1 jam lagi.

aduhhh... kaki daddy panjang. tak terkejar nak jalan laju2. tapi nasib baik lepas tu daddy pegang tangan mummy. jalan sekali. baru la rasa agak selari langkah. dan rasa kuat sikit sokongan nak jalan laju. hehe..

sampai hotel, kena rendam kaki kat air suam sebab kaki sakit. hehe..rasanya hari ni dah 15km kut jalan kaki je.

Monday, February 15, 2010

rome

tengah malam ni ikut flight en suami ke rome. kali pertama tinggalkan Hasya dan Syahir serentak. sebelum ni pernah tinggalkan Hasya ( tahun 2005) masa pergi Phuket dan Umrah. sudahnya Hasya demam dan kena astma. Harap sangat kali ni Hasya dan Syahir sihat dan tak meragam.

memang susah juga nak tinggalkan anak2... tgh cuba kuatkan hati ni. bekalan makanan, pakaian, toys ..semua mummy dah siapkan.. dah siap masak makanan yg dorang suka.. bekukan.. dan nanti bibik panaskan balik. duit, ubat2 semua dah siapkan juga.smlm dah jumpa Dr masa Syahir tak nak makan. tekak syahir merah- dah dpt antibiotik. kena habiskan ubat tu sbb skrg pun tgh musim.

harapnya perjalanan mummy dan daddy selamat pergi dan balik. Ya Allah, permudahkan urusan kami. pelihara perjalanan kami dan pelihara juga anak-anak kami. Ameen

Friday, February 12, 2010

Day 4- Volendam