Wednesday, October 28, 2009

Bali Trip- Day 4

Day 4

20 Oktober 2009 (Selasa)Alhamdulillah pagi tu nampak Hasya dah makin sihat walaupun ada suam2 juga. nak cancel tour rasa sayang sebab dah hari ke 4 tapi masih tak jalan2 jauh lagi kan. cakap2 dengan Hasya bagi dia kuat semangat sikit, kena gosok2 badan dia selalu dan layan je dia. tak nak dan tak best la kan kalau dia merengek2 ke apa ke.


Janji dengan Pak Sonor pukul 8.30am tp dia salah cakap kat Pak Supir ni (Pak Nur) pukul 9am. Tunggu je kat lobi bergambar2 dulu. Tengok Hasya dalam gambar.. muka masih penat lagi kan? siap dgn jaket tu sbb dia kejap sejuk..kejap panas. Luka kat dahi pun belum hilang... dah jadi macam org Bali ada tanda kat dahi.
(orang Bali letak beras kat dahi. beras tu lekat guna air suci dorang... untuk hapuskan dosa gitu)

Destinasi tour ni ikut kita gi juga... boleh pilih nak ke mana. kalau tak tahu nak ke mana, mmg diaorg dah ada plan juga. bisa diatur dong!

Mula2 tengok tarian Barong. masa sampai, tarian baru mula. Ramai juga penonton-mummy tengok kat Bali ni banyak pelancong Australia, Jepun, dan sekarang banyak Rusia. Pak Supir pun kadang boleh cakap bahasa2 asing tu. macam Pak Nur boleh cakap Jepun. belajar sendiri je- cuba2 cakap dgn org Jepun... hebatt




Tak faham langsung jalan cerita walaupun masa nak masuk tu ada dapat penerangan tentang tiap2 babak. Tp Pak Nur cakap jalan cerita berkisar tentang yang baik melawan yang jahat dan yang baik mesti menang.


Syahir sebut takutt,takuttt waktu keluar watak monyet... dan macam naga pun ada. nak kena main psikologi juga dgn budak2 ni. sebelum masuk tpt ni pun baca2 sikit kat telinga dorang. Hasya pun masih tak larat lagi. tp Hasya tengok je tarian ni.

Masa tarian, ada kumpulan yang mainkan muzik latar. alat2 tradisional dorang la.
(Nak masuk tengok Tarian Barong- bayaran 80 ribu rupiah seorang. kanak2 percuma. Mahal kan. Nak kata set tu hebat sangat idak la juga. )


Kami skip lawatan ke Kilang emas dan perak di Celuk. malas nak pergi sbb tak berminat. dan tak ada niat nak beli apa2 pun. Terus ke Tohpati untuk tengok batik Bali. cara diaorg buat batik dan jual di situ. Mula2 terus ke kedai batik dan dapat harga diskaun. tp tak lawa sangat (sbb tengok batik Tgganu lagi lawa) dan harga pun mahall... serba serbi mahal kalau dtg sebagai pelancong kat Bali ni. sekadar tengok2 je dan jalannn... itupun mummy dgn Hasya je yang turun. Daddy teman Syahir tidur dalam APV Suzuki Pak Nur.


Menuju ke Perkampungan Seni Ubud pulak. kat sini mmg banyak kedai2 tepi jalan yang jual lukisan. Diaorg cakap kualiti lukisan kat sini lebih bermutu dan elok. (ye,mmg betul). mula2 sampai dia offer air-ingat free rupanya berbayar la. mana ada free! hehe.

Daddy memang ada niat nak beli lukisan letak kat ruang tamu. mummy pula macam kureng sikit tp tak apa la.. ikut je daddy. kak syuroh pun kata kat Bali harga lukisan murah.Harga letak? lebih 1 juta rupiah untuk yg dlm gambar tu. memang nak yg besar.. tp harga pun mak aii... daddy KIV dulu.. sbb bila tawar2 tu tak mencapai persetujuan.

Kat Ubud, ternampak banyak kereta tulis crew. production itu ini. Rupanya Julia Roberts tengah berlakon filem apa ntah kat Ubud. dalam berita Indon pun hari2 keluar pasal Julia Roberts.


Singgah di Taman Herba dan ladang kopi dalam perjalanan naik ke Kintamani. Ladang kopi yang pergi ni kepunyaan penyanyi terkenal Bali. boleh minum beberapa jenis kopi secara percuma dan kalau suka boleh beli.


Sempat cuba panggang/bakar/goreng?? (tak tahu ayat yang sesuai) kopi. dari buah kopi tu di bakar. cerek kat sebelah tu tgh masak air kopi. bahang la juga duduk sini dengan api dari kayu tu.


sebelum kat tempat bakar kopi ni ada kandang?reban? musang. ada beberapa ekor kat dalam. sebab nya? khas untuk buat kopi luwak (gambar belah kiri bawah sekali). musang2 tu dibela dan di bagi makan kopi. musang memang akan pilih hanya biji kopi yang terbaik dan bagus. lepas dah makan? hasil tinja/najis musang tu akan keluar biji2 kopi (musang hanya dapat makan kulit biji kopi). biji2 tu akan dibasuh bersih dan akan buat air kopi luwak. diaorg kata kopi luwak lebih berkhasiat dan sedappp.. dan harga pun lebih mahal dari kopi biasa. tapi kalau dah dari hasil tinja- maknanya najis kan? x sanggup den


gambar atas: konon2 la buat demo nak tumbuk kopi. kat Bali masih banyak guna peralatan tradisional. kurang pasti samaada kurang uwang mau beli barang atau untuk kekalkan keaslian. Syahir punya nak buat juga sampai ngamuk jap bila nak gerak kat tempat lain.
bagi syahir dan Hasya pegang biji kopi. syahir pegang je dan tanpa disedari ada dia simpan kat tangan nak rasa... hehe..

(nak tuai padi tak guna mesin- masih guna kerbau. tp pagi 3 kali setahun!!!, kat pasar -tempat timbang yg guna pemberat.... masa tengok tu macam betul ke dia timbang)

gambar atas: sementara nak tunggu kopi2 free dihidang. tengok Hasya masih tak larat lagi


berlatar belakang kan padi tingkat. ladang kopi pun ada.. syahir sibuk nak turun tp bahaya sbb tepi tu agak curam

Hasya suka minum Hot Cocoa. yang lain- Bali Cofee (Female)- uhhh pahit, Bali Ginseng (sedap), Ginger Tea (ok juga ) dan Lemon grass Tea (agak pedas)...ni ikut tekak mummy la ye. kalau nak tambah minum lagi pun boleh. free juga.. nak bawa balik uncang kena la beli kat kedai ladang ni. siap ada jual buah2an dan barang2 spa juga.

Perjalanan di teruskan ke Kintamani. cantik kat pemandangan Mount Batur ni. volcano ni masih aktif ye- harap maklum! kat belah tepi kanan gambar tu tasik Batur.
(nak naik ke Kintamani ni kena ada bayaran masuk. 20ribu rupiah untuk 1 kereta)


Masa sampai ni dah dalam pukul 2 lebih kut. Terus singgah di Restoren Batur Sari (halal). kat sini memang buffet. kalau order makanan, harga kurang sikit je dari buffet. rugi. Nasib baik dia kira 2 dewasa je. Hasya dia tak kira. Hasya pun cuma makan sikit je.... masa kat Bali ni Hasya tak selera sangat nak makan. kalau nasi tu makan kosong je. tak pun kitaorg beli KFC untuk Hasya.

(Harga buffet lunch - 75ribu rupiah seorang + 21% gov tax. 2 org dewasa jadi 180 ribu rupiah. Agak mahal sbb kami tak makan beriya pun.. sekadar nak kenyangkan perut, bukan melantak)




Pak Nur cakap kalau dtg pagi2 boleh nampak asap merah sekitar gunung. Yang hitam kat bawah gunung tu pasir/tanah dari limpahan gunung. tanah2 tu yang org Bali ambil untuk buat bangunan/rumah2/binaan kat Bali. sebab tu kebanyakkan warna binaan kat Bali ni gelap. sebab dari tanah gunung ni.


gambar atas: sate Bali (ayam+kelapa yg lidi tebal) -, sate Sunda (warna merah,lidi kecil), bubur, buah2an dan suasana dalam Batur Sari. ada 2 tingkat. tp masa kami sampai yg tingkat atas tu penuh sangat orang. kat bawah- lebih selesa untuk yg ada anak kecil. ada musolla kat tgkt bawah.

makan pun pelan2 je sambil menikmati pemandangan. waiter tu kejap2 dtg suruh tambah... dan tak habis2 puji mummy dan hasya (perasan comel jap- alaa... dgn semua org pun dorang puji...hehe)



sempat mandikan syahir dan solat jama' di musolla. Hasya dalam tak larat kuatkan diri. nampak dia mmg kuatkan diri sbb nak cerita kat tok mama tok baba Hasya sampai kat volcano.

ingat naik atas terus balik... ehhh..tidakk... sambung bergambar kat bahagian atas... kali ni lengangggg... ada 2-3 org je. lebih open dan lapang... cuma panas sikit kalau nak makan dgn budak2. siap ada pondok makan untuk bersila.


1 family sambung minum tea.. tengok gaya anak2 bertuah... enjoy kan. sbnrnya takut juga kalau syahir berdiri.. sbb kat bawah tu curamm!

memang syok minum2 makan2 sambil menikmati suasana. subhanallah..


gambar atas: Hasya terjauh sikit dari daddy. hasya dah tak larat.Pak Nur dtg bagitahu tak boleh lama2.. nak kena berkejar ke Tanah Lot. 2 jam dari Kintamani. nanti ngam2 je sampai atau tak sempat tengok sunset.




ok2..bagi can mummy daddy posing ber2. jom gerak. Nak masuk kereta kena kerumun dgn penjual2 barang cendermata, t-shirt. merayu ibu2 tu minta beli.... kesian juga.. tp pak Nur cakap barang kurang kualiti. harga t-shirt murah tp untuk takat pakai sekali je la..


dalam perjalanan... tersekat dgn upacara. diaorg kalau bab agama depa mmg taat sangat. dan kalau kumpul ramai2.. ala2 marhaban tu mmg polis pun tak leh buat apa. nak hon? jangan?dorang ramai- lagi la tersekat nanti... nak tak nak memang kena jalan slow sangat dan tunggu diaorg.

undang2 kat Bali lebih ikut ketua adat. dan ketua masyarakat. polis kurang sikit kuasa. pechalang lebih kuasa (macam polis) kalau ada pencuri- lagi teruk kena hukum dgn ketua adat dan pechalang dari kena hukum dgn polis.


Syahir dah tido dalam kereta masa lalu kat Tegallalang. almaklum badan dah segar dan sedap lepas daddy mandikan kat Kintamani. nak tak nak, daddy je turun dan Pak Nur ikut ambilkan gambar. ni pemandangan pagi yang ditanam bertingkat-tingkat. very nice view... tp tak dpt nak tengok sangat. nak parking sekejap pun kena bayar 2ribu rupiah (parking biasanya Pak supir yang bayar, nak masuk park , tarian kena bayar sendiri)




Berkejar2 juga Pak Nur bawa kereta menuju ke Tanah Lot. alhamdulillah sampai ngam-ngam. Nak masuk Tanah Lot kena bayar kat entrace 20 ribu rupiah untuk pelancong domestic (Indonesia) dan 30 ribu rupiah untuk international (bayaran 1 kereta). tp Pak Nur kata kami dari Jakarta.. dapatla murah sikit kan.

dan sepatutnya juga kena parking kereta dan baru jalan lalu kedai2 dan baru nampak sunset. tp Pak Nur kata jauh kalau nak jalan.. tak sempat tgk sunset jadinya Pak Nur bawa kereta lagi dan menuju ke hujung sikit. ada pondok guard yang jaga tak bagi masuk. tp Pak Nur kata nak bawa makan kat restaurant kat hujung tanah lot. dapat masuk. alhamdulillah on time tgk... sangatttttt cantik tak terkira. mmg mengkagumkan.


Ada 2 tempat yg cantik kat tanah Lot. yang bawah tu berlubang dan kat atas ni. Bila air surut , orang boleh jalan dan menuju ke temple hujung tu.. masa ni air surut. sempat nampak ada PS pengantin baru.



nampak pengantin baju merah kat bahagian bawah? kalau parking kat dpn tadi akan lalu kawasan tu.. tp kami dah skip:) malas nak lalu kedai2 bagai.

Pak Nur kata kalau Msian, Sporean dtg selalunya shopping dan shopping dan shopping.. tp kami ni terbalik.. haha.. tak ada sibuk2 nak shopping...
Pak Nur- kami datang nak berjalan.. hehe... nak shopping tak tahu nak beli apa.. mahal2 dong! poket pun dah bocor.. hahaha


ni je pemandangan yg jadi hasil beberapa kali mummy snap guna camera bukan DSLR .. haha.. yg lain semua gelappp..


Perut dah lapar... dari tanah Lot balik ke Kuta dalam berapa jam eh? tak ingat pulak..

Dah tak nak makan nasi padang lagi... (kes dah muak) kami pun cakap kat Pak Nur nak makan kat Wang Solo. kat Bali ada 2 cawangan- di Kuta dan Legian. Seluruh Indonesia ada lebih 40 cawangan.. kat Msia pun ada. kat B.b.bangi dekat tp tak pernah sampai pun...:)

masuk je restaurant terus dengar lagu Siti Nurhaliza.. .. makan kat tingkat atas (ruangan duduk bersila) kat bawah duduk atas kerusi. daddy order ikan garapu masam manis dan mummy nasi goreng je. tak larat nak order banyak. order mee goreng hasya takat makan 1 mulut je. mee kat sana agak kenyal banding Msian. nasi pula kat sana lebih kanji dan macam pulut sikit.. tu yg jadi muak makan nasi padang hari2.
Pak Nur cadangkan minum jus poligami... ada banyak buah kat dalam tu... sedapppp... dan kami order jus buah pun sedap.
Total bil kat Wang Solo- 127ribu rupiah... main puluh2, ratus2 ribu je bila makan kan


okeh... jom balik.. badan dah penat.. mata dah ngantuk..perut dah kenyang...alhamdulillah.

pak nur hantar balik hotel dan dah janji lusa ambil lagi 1 hari lagi tour pusing Bali. esok nak rehat dulu. bagi Hasya sihat lagi. sms kak syuroh ajak gi spa . pak nur tolong booking tempat spa yg elok . harga pun dapat murah dari brochure dan siap ada free pick up dari hotel dan balik hotel.

- Biasanya pak supir akan ada komisyen kalau tolong rekemen pelancong. dan biasanya dari Msia boleh la dapat kurang sikit compare to yg lain guna USD.
- kalau pak supir bawa gi tpt makan yg buffet dorang pun akan dpt makan free. kalau tak nak makan buffet, minta la pak supir carikan restoren halal yg lain.

0 comments: