Tuesday, July 29, 2008

last entry Joburg

masih tak ada laptop ... tgk la hujung minggu ni kalau daddy nak cari kat PC Fair di KLCC convention centre. daddy dah terbang ke melbourne lagi, dan tak bawa laptop, boleh la guna dulu.

ok..nak habiskan cerita ke Johannesburg..
Ahad 13 July 08

Hari ke2 terakhir di Sandtown, Joburg. Tak plan ke mana2 selain ke Nelson Mandela Square lagi. Tpt ni mcm KLCC- banyak juga kedai nak pusing, kedai2 branded dan dekat juga la untuk kami jalan kaki. Hari ni Hasya tak larat sgt nak jalan- sampai jatuh2 sebab penat, tp Hasya sejak ada Syahir- mmg tak duduk atas stroller lagi. dukung pun tak juga. kuat juga la semangat Hasya ni. Merengek nak nangis tuh ada juga-kebetulan pergi supermarket - kami belikan air juice dan coklat, Hasya pun ok. pegang je coklat tuh- nak makan kat hotel.


konon2 hari ni nak beli2 barang yg berkenan sebab dah beberapa kali ke sini adala yg mummy mcam nak beli. tp, tak ada rezeki mummy kut-semua yg mummy nak tuh tak dpt-kedai tutup atau barang dah habis.. huhu.. mmg tak ada rezeki betul. hari Ahad- banyak kedai tutup separuh hari! Balik dari Nelson Square-menuju ke Village Walk pula. lagi sunyi sepi. nak beli pie kat London Pie (halal). daddy dok sebut2 pie ni sampai mummy terliur nak rasa juga. hehe.. tutup juga!! daddy kata sblm check out pagi esok, daddy lari jap ke kedai ni... :) kedai crystal Wan pun tutup juga. ingat nak tengok pokok2 permata. Tak pela, mungkin daddy beli akan dtg. nak beli skrg pun, tak ada tpt nak letak. ada jual brg2 kraftangan africa tp tak beli pun- buat habuk je kat rumah nnt kalau beli yg kecil2.


Isnin 14 July 08 dan Selasa 15 July 08

Baju dah mula kemas dari malam sebelum, so, tak kelam kabut nak kemas beg lagi. pagi tuh, kami habiskan biskut2 dan makanan yang ada. dalam pukul 9.30am tuh, daddy keluar ke Village Walk ke kedai London Pie... alhamdulillah, merasa la mummy pie itu... hehe... mmg sedap.. sampai perut ku sungguh penuh nak menghabiskan semuanya. ada captain tu siap beli sekotak lagi utk family dia.. beli yg belum masak. Masa kat lobby utk check out... mummy agak terperanjat tgk ramai sungguh crew yg ada. pilot ada 8 org kot! dan cabin crew berpuluh2... rupanya separuh dari tuh adalah paxing balik. dan ada 2 captain yg bawa wife juga. masa ni susah hati jugak la tgk ramai2 sbb takut kapal tuh penuh sgt. mummy, Hasya dan syahir ni open ticket tau, bukan firm!! bayangkan ada 2 bas untuk crew! mmg ramai kalau tgk masa tuh.

seat utk economy ada lagi kosong, tp seat first class penuh! seat bussiness tinggal 2 je dan mummy dan hasya la yg memenuhkan seat tu. barula mummy ada peluang dok kapal tgkt atas. tp susah juga sbb daddy dok kat first class kat bawah. payah juga mula2 sbb tak ada bassinet, tp alhamdulillah ada lepas 2 jam flight. kalau tak ada bassinet, maunya keras tgn mummy dalam flight 10 jam tu.

alhamdulillah semua ok dalam flight. syahir tak meragam juga. hasya pula mcm biasa-mmg senang nak bawa jalan. sampai di KLIA 6.30am Malaysia. Alhamdulillah.... sampai tanahair. berakhir percutian ke Johannesburg, South Africa. daddy- next destination mana pulak?kuang kuang... haha... jgn mare...

Cuti kali ni agak mengubah persepsi mummy ttg South Africa ni. sorry la ye, tp dulu ingat kat sini ingat banyak jahat2, ganas, tempat mcm kpg2 tak cantik,mundur, panas.... teruk kan mummy fikir mcm tu... tp bila sampai tak ada lah mcm tu. mungkin di tpt pendalaman keadaan agak susah tp kat bandar ni, mmg cantik, sedang pesat sgt membangun. org kulit putih mmg byk je. banyak je restoren sushi, rest cina, rest italian etc. tak la semua nampak gelap pun. masa flight balik tu pun, banyak juga org jepun tau... diaorg mmg ok je. yg mcm ganas 2 tu mungkin dulu keadaan diaorg yg kena tindas dgn isu perkauman dan apartheid ni. kalau di cape town ramai ckp lagi cantik.. tepi laut je.. kat mall pun nampak ramai juga yg pakai tudung.. ok sgt je kat sini.. jgn terpedaya dgn media selagi tak dtg sini.. hehe

satu lagi..barang2 kat sini agak mahal juga.. kalau nak shopping tu beli kat malaysia je..lagi murah dari sini.. kalau makan pun sama juga.. mahal. duit rand (R) dpt double R2=RM1 tp nak beli berganda mahal. utk cendermata pula kat sini dgr ramai beli aksesori2 gelang rantai, pokok2 crystal dan telur ostrich yg dilukis (mmg cantik).


Info lain di Joberg dan South Africa

Go Gauteng - http://www.visitgauteng.net/
weather - http://www.weathersa.co.za/
restaurants - http://www.eating-out.co.za/
Museums - http://www.museum.co.za/
Tour operator - http://www.jmttour.co.za/
Soweto Information - http://www.soweto.co.za/
National Zoological Gardens of South Africa - http://www.zoo.ac.za/
Bryanston organic Market - http://www.bryanstonorganicmarket.co.za/
Monkeyland - http://www.monkeyland.co.za/
Birds or eden - http://www.birdsofeden.co.za/
Efaf Dinokeng (Elephants for Africa forever) - http://www.efafdinokeng.co.za/
Crocodile Farm - http://www.croccity.co.za/
Joberg Hop On-Hop Off - http://www.tournetsa.com/
Moratiwa Tours - http://www.moratiwa.co.za/
LESEDI Cradle of Living African Culture - http://www.lesedi.com/
Tax refund - http://www.taxrefunds.co.za/
Lion Park - http://www.lion-park.com/
Whale and dolphin watching - http://www.oceansafaris.co.za/
Nelson Mandela Square - http://www.nelsonmandelasquare.co.za/

Apartheid Museum

Dari Gold Reef City ke Apartheid Museum dalam 5-10min dgn berjalan kaki sahaja. dalam kawasan yang sama juga. Bayaran masuk dewasa R30pp (RM15). Kanak-kanak mcm Hasya tak ada bayaran masuk. untuk habiskan keseluruhan museum dalam 2 jam setengah.

di museum ni tunjuk sejarah Apartheid di South Africa. dulu kan org europe ni eksyen terlampau.konon2 diaorg la paling hebat.. paling putih..paling berkuasa.. yang kulit hitam ni jadi hamba.. kuli..kena tindas.. padahal di tpt sendiri.. org Asia pun kena tindas juga tau. org Belanda yg mulakan aparteid ni kalau tak salah. mummy tak dpt baca detail sbb syahir dah penat.. nak susu.. nak tukar pampers.. dan terpaksa melayan Hasya yg asyik berlari ke sana sini.. bukan tpt dia kan.. dia boring. ye la.. baru keluar main kat Gold Reef City.
kalau dulu, pantai2 ada kawasan utk org europe.. kulit hitam dan asian tak boleh masuk.. jalan2 pun mcm gitu juga.. kad pengenalan berbeza.. dan macam2 la diskriminasi kaum.. yang tentang kena masuk penjara.. kena gantung.. bilik penjara pun terlalu kecil.. salah satu tokoh yang tentang aparteid ni Nelson Mandela atau org sana panggil Madeba. dia kena penjara berpuluh tahun untuk tentang apartied ni. nampak org sana sayang sgt kat Madeba ni. kami keluar museum waktu dah habis melawat. tiba2 hujan renyai2 dan kami mmg kesejukan betul.. taxi tak sampai lagi, dkt 15min beku kat luar. (tak ada tpt berteduh..huhu) rupanya taxi tunggu kat tpt parking GRC. salah info.



Gold Reef City




Sabtu 12 July 08 ke Gold Reef City (GRC)

Hari ni kami plan ke Gold Reef City. pemandu teksi yg cadangkan kami pergi untuk bawa Hasya main2. Sebagai persediaan, hari ni Hasya pakai 5 lapis baju termasuk jaket tu! mummy maintain- banyak lapis susah nak bagi susu kat Syahir nanti. Syahir pun baju dan seluar berlapis juga.
Sebelum keluar bergambar sekitar hotel dulu sebagai kenangan. Cuaca mmg sejuk juga hari ni.

Bayaran yg dah dipersetujui dgn driver ni sebanyak R360 (RM 180) untuk return. Naik taxi mercedes lagi.Kalau ambil dengan hotel, bayarannya R450!! lagi mahal. Perjalanan dari hotel ke GRC sekitar 30-45 min.

Bayaran masuk ke GRC utk hujung minggu ialah R110pp dan weekdays ialah R80pp(tp hari biasa tak semua ada). utk children below 1.2m pula ialah R60pp. kalau nak sekali masuk lawatan ke lombong emas yg betul pula ialah R170. best juga kalau dpt masuk tp baby tak boleh masuk (ye la, bawah tanah.nnt lemas pula)


Hasya mmg seronok main kat sini. mainananya lebih kurang sama je dekat Gold coast dulu. Bezanya tak ada karektor cartoon yang biasa tgk kat tv. dan nak main tuh senang sgt. kadang Hasya main sorang je ride tuh!hehe.. nak main 10x pun tak apa, tak yah beratur. Nak kata tak ramai org-ramai je. ntah la.. mungkin kawasannya besar. kami sempat juga naik Big Wheel...(mcm eye of Malaysia) hehe.. eye of Malaysia pun tak naik lagi...
Hasya takut bergambar dengan org silver dan gold tuh.. ntah la.. kat sini Hasya mcm takut sikit nak bergambar dgn karektor yg ada... Adakah sbb warna kulit yg berbeza ( gelap)??? ntah.. tak baik pula.
Bawah ni gambar persembahan tarian budaya kaum kat sini. Tak sempat ke calture village pun tak apa. kat sini pun macam2 ada...cuma cuaca sejuk, terpaksa penari tuh pakai jaket. kurang real la sikit. sepatutnya pakai baju kulit2 gitu..
penat la juga berjalan kat sini. Kami keluar dalam pukul 2pm. sebabya kami nak ke Aparteid Museum. dekat sgt dari GRC ni, boleh jalan kaki.rugi la kalau tak ambil peluang ke sana kan. GRC kami tinggalkan walaupun byk ride dewasa yg kami tak naik. tak pe, dah main kat gold coast... hehe..

www.goldreefcity.co.za

rehat je

Masih agak payah nak update cerita sbb laptop mmg la tgh problem..nampaknya nak kena tukar yg baru ni.. tunggu pc fair. Sayang sgt laptop tuh sbb monitor nya besar 17 inci. besar la dari laptop biasa. masa beli 5 tahun lepas pun, harganya boleh tahan juga tu. konon2 waktu tuh, daddy belikan utk mummy buat assgmt waktu sambung master, tp tak ada rezeki, separuh jalan je sambung study.

ni daddy tak bawa laptop, boleh la pinjam. daddy gi auckland. sebelum tuh gi melbourbe. balik auckland gi melbourne lagi. selang berapa hari lepas tuh gi melbourne lagi. kalau ada kawan kat sana, boleh la mummy pergi kan.pastu tunggu daddy datang baru balik sekali.. hehe..

sambung citer joberg..
11 July 08 (jumaat)
Hari ni daddy bangun awal sgt... yg pasti lebih awal dari waktu subuh joberg. Sebabnya hari ni daddy kerja utk flight dari joberg-cape town-joberg. balik tgh nanti. hasya dan syahir pun bangun sekali. hari2 bangun ikut waktu msia lagi, pastuh nak suruh tidur balik susahnya. tidur pula lewat sbb hasya check dulu mlm ke siang. tp hari ni hasya kena paksa tidur juga dgn mummy.kalau kat msia lepas isya' dalam 8.30-9pm biasanya dia dah masuk bilik dia tidur. tp kat joberg ni tidur dalam 9pm (waktu m'sia 3am!)

Mummy,Hasya dan Syahir duduk dalam bilik je hari ni... berehattt selepas semlm nya kesejukan. Sapu cream dan baby oil kat kulit Syahir dan Hasya. kulit Hasya dan mummy dah mula nak teruk.merah2 dan kering.daddy balik lewat sikit ada masalah kapal kat cape town. hari ni hasya asyik tanya daddy mana. dan asyik2 ckp "I miss my daddy"...mmg anak daddy betul Hasya ni.Suhu hari ni 3pm- 9celcius.

bulan March lepas daddy ada flight ke Joberg ni juga. Ada peluang ke Lion's Park dan Lesedi Caltural Village. (pergi dgn Wan). kalau nak pergi dgn pakej mahall sgt- r600 seorg (rm 300 seorg)!! hanya ke Lion's park. dengan Wan jauh lebih murah dari harga ni dan dpt pergi 2 tpt. Tgk gambar je la ye. Lion's Park ni besar. nasib2 la kalau dpt tgk jenis2 binatang yg ada kalau dia nak tunjuk muka. Daddy pergi dengan 5-6org crew yg lain. kat sini boleh pegang binatang mcm anak singa, zirafah. ostrich pun ada kat sini.


Ni di perkampungan budaya Lesedi. ada tarian tradisional sekali.

Ni gambar cooker utk panaskan nasi dan lauk.setahu mummy, tak dijual di Malaysia. yg tahu, ada jual di Singapore, Jepun, Dubai. tpt lain tak tahu pula. senang ada ni, tp pandai2 la nak masak kat hotel yg sepatutnya tak boleh. Nasi tuh cukup banyak juga untuk kami ber3 makan. Lauk bawa yg mmg beku habis. sampai hotel masukkan dalam fridge.