Dari Gold Reef City ke Apartheid Museum dalam 5-10min dgn berjalan kaki sahaja. dalam kawasan yang sama juga. Bayaran masuk dewasa R30pp (RM15). Kanak-kanak mcm Hasya tak ada bayaran masuk. untuk habiskan keseluruhan museum dalam 2 jam setengah.di museum ni tunjuk sejarah Apartheid di South Africa. dulu kan org europe ni eksyen terlampau.konon2 diaorg la paling hebat.. paling putih..paling berkuasa.. yang kulit hitam ni jadi hamba.. kuli..kena tindas.. padahal di tpt sendiri.. org Asia pun kena tindas juga tau. org Belanda yg mulakan aparteid ni kalau tak salah. mummy tak dpt baca detail sbb syahir dah penat.. nak susu.. nak tukar pampers.. dan terpaksa melayan Hasya yg asyik berlari ke sana sini.. bukan tpt dia kan.. dia boring. ye la.. baru keluar main kat Gold Reef City.
kalau dulu, pantai2 ada kawasan utk org europe.. kulit hitam dan asian tak boleh masuk.. jalan2 pun mcm gitu juga.. kad pengenalan berbeza.. dan macam2 la diskriminasi kaum.. yang tentang kena masuk penjara.. kena gantung.. bilik penjara pun terlalu kecil.. salah satu tokoh yang tentang aparteid ni Nelson Mandela atau org sana panggil Madeba. dia kena penjara berpuluh tahun untuk tentang apartied ni. nampak org sana sayang sgt kat Madeba ni.
kami keluar museum waktu dah habis melawat. tiba2 hujan renyai2 dan kami mmg kesejukan betul.. taxi tak sampai lagi, dkt 15min beku kat luar. (tak ada tpt berteduh..huhu) rupanya taxi tunggu kat tpt parking GRC. salah info.








11 July 08 (jumaat)
bulan March lepas daddy ada flight ke Joberg ni juga. Ada peluang ke Lion's Park dan Lesedi Caltural Village. (pergi dgn Wan). kalau nak pergi dgn pakej mahall sgt- r600 seorg (rm 300 seorg)!! hanya ke Lion's park. dengan Wan jauh lebih murah dari harga ni dan dpt pergi 2 tpt. Tgk gambar je la ye. Lion's Park ni besar. nasib2 la kalau dpt tgk jenis2 binatang yg ada kalau dia nak tunjuk muka. Daddy pergi dengan 5-6org crew yg lain. kat sini boleh pegang binatang mcm anak singa, zirafah. ostrich pun ada kat sini.


Hasya memang seronok pergi zoo. Dah lama nak bawa dia pergi Zoo Negara tp asyik tak berkesempatan. Akhirnya sampai juga zoo walaupun jauh. Bayaran masuk utk kanak-kanak 3-12tahun -R22 (rm11) dan dewasa R38 (rm14) seorg. Dalam zoo pula boleh sewa buggies atau naik mcm trak panjang.
Antara haiwan yg mula2 kami jumpa ialah jenis2 monyet, burung-burung, gorilla (namanya Makoko), orang utan Sumatera (jauhnya dia datang) , cape vulture (hati2, haiwan ni makan daging- jgnla hulur tgn).Hasya asyik mencari zebra. mana giraffe?mana giraffe? tp ada 6 zone. kenala mencari utk Hasya tengok. Jumpa giraffe sukala kakak Hasya. Ada 2 ekor. Dah tengok giraffe nak tengok zebra pula... mencari zebra pula... tengok juga buaya - buaya kecil duduk dalam rumah khas-suhu panas sikit. Masa tengok lion teringat cerita Narnia. Duduk kat situ sambil Hasya makan biskut.Kami kesejukan juga tp masing2 tahan je. nampak kulit Syahir dah mula kering kat pipi dan dagu. 
Dah beberapa jam kat zoo ni kami dah mula tak tahan kesejukkan nya dgn baju yg tak cukup.jalan pun laju je. ada yg tak sempat snap pun mcm harimau, cheetah... elephant pun dari jauh je (bau nya kurang menyenangkan).
Lupa pula berapa lama kat zoo ni. 3-4jam kut. itupun tak bertapa lama2 kat setiap haiwan yg ada. Alhamdulillah dpat tgk haiwan2 yg ada walaupun tak berpeluang ke safari. Nak tahu, safari kat sana sebesar Negeri Selangor! besar kan... tak habisnya 1 hari kat safari. itupun kalau binatang tu keluar tonjolkan diri, kalau dia main nyorok2 tak nampak juga.