Tuesday, July 29, 2008

Apartheid Museum

Dari Gold Reef City ke Apartheid Museum dalam 5-10min dgn berjalan kaki sahaja. dalam kawasan yang sama juga. Bayaran masuk dewasa R30pp (RM15). Kanak-kanak mcm Hasya tak ada bayaran masuk. untuk habiskan keseluruhan museum dalam 2 jam setengah.

di museum ni tunjuk sejarah Apartheid di South Africa. dulu kan org europe ni eksyen terlampau.konon2 diaorg la paling hebat.. paling putih..paling berkuasa.. yang kulit hitam ni jadi hamba.. kuli..kena tindas.. padahal di tpt sendiri.. org Asia pun kena tindas juga tau. org Belanda yg mulakan aparteid ni kalau tak salah. mummy tak dpt baca detail sbb syahir dah penat.. nak susu.. nak tukar pampers.. dan terpaksa melayan Hasya yg asyik berlari ke sana sini.. bukan tpt dia kan.. dia boring. ye la.. baru keluar main kat Gold Reef City.
kalau dulu, pantai2 ada kawasan utk org europe.. kulit hitam dan asian tak boleh masuk.. jalan2 pun mcm gitu juga.. kad pengenalan berbeza.. dan macam2 la diskriminasi kaum.. yang tentang kena masuk penjara.. kena gantung.. bilik penjara pun terlalu kecil.. salah satu tokoh yang tentang aparteid ni Nelson Mandela atau org sana panggil Madeba. dia kena penjara berpuluh tahun untuk tentang apartied ni. nampak org sana sayang sgt kat Madeba ni. kami keluar museum waktu dah habis melawat. tiba2 hujan renyai2 dan kami mmg kesejukan betul.. taxi tak sampai lagi, dkt 15min beku kat luar. (tak ada tpt berteduh..huhu) rupanya taxi tunggu kat tpt parking GRC. salah info.



Gold Reef City




Sabtu 12 July 08 ke Gold Reef City (GRC)

Hari ni kami plan ke Gold Reef City. pemandu teksi yg cadangkan kami pergi untuk bawa Hasya main2. Sebagai persediaan, hari ni Hasya pakai 5 lapis baju termasuk jaket tu! mummy maintain- banyak lapis susah nak bagi susu kat Syahir nanti. Syahir pun baju dan seluar berlapis juga.
Sebelum keluar bergambar sekitar hotel dulu sebagai kenangan. Cuaca mmg sejuk juga hari ni.

Bayaran yg dah dipersetujui dgn driver ni sebanyak R360 (RM 180) untuk return. Naik taxi mercedes lagi.Kalau ambil dengan hotel, bayarannya R450!! lagi mahal. Perjalanan dari hotel ke GRC sekitar 30-45 min.

Bayaran masuk ke GRC utk hujung minggu ialah R110pp dan weekdays ialah R80pp(tp hari biasa tak semua ada). utk children below 1.2m pula ialah R60pp. kalau nak sekali masuk lawatan ke lombong emas yg betul pula ialah R170. best juga kalau dpt masuk tp baby tak boleh masuk (ye la, bawah tanah.nnt lemas pula)


Hasya mmg seronok main kat sini. mainananya lebih kurang sama je dekat Gold coast dulu. Bezanya tak ada karektor cartoon yang biasa tgk kat tv. dan nak main tuh senang sgt. kadang Hasya main sorang je ride tuh!hehe.. nak main 10x pun tak apa, tak yah beratur. Nak kata tak ramai org-ramai je. ntah la.. mungkin kawasannya besar. kami sempat juga naik Big Wheel...(mcm eye of Malaysia) hehe.. eye of Malaysia pun tak naik lagi...
Hasya takut bergambar dengan org silver dan gold tuh.. ntah la.. kat sini Hasya mcm takut sikit nak bergambar dgn karektor yg ada... Adakah sbb warna kulit yg berbeza ( gelap)??? ntah.. tak baik pula.
Bawah ni gambar persembahan tarian budaya kaum kat sini. Tak sempat ke calture village pun tak apa. kat sini pun macam2 ada...cuma cuaca sejuk, terpaksa penari tuh pakai jaket. kurang real la sikit. sepatutnya pakai baju kulit2 gitu..
penat la juga berjalan kat sini. Kami keluar dalam pukul 2pm. sebabya kami nak ke Aparteid Museum. dekat sgt dari GRC ni, boleh jalan kaki.rugi la kalau tak ambil peluang ke sana kan. GRC kami tinggalkan walaupun byk ride dewasa yg kami tak naik. tak pe, dah main kat gold coast... hehe..

www.goldreefcity.co.za

rehat je

Masih agak payah nak update cerita sbb laptop mmg la tgh problem..nampaknya nak kena tukar yg baru ni.. tunggu pc fair. Sayang sgt laptop tuh sbb monitor nya besar 17 inci. besar la dari laptop biasa. masa beli 5 tahun lepas pun, harganya boleh tahan juga tu. konon2 waktu tuh, daddy belikan utk mummy buat assgmt waktu sambung master, tp tak ada rezeki, separuh jalan je sambung study.

ni daddy tak bawa laptop, boleh la pinjam. daddy gi auckland. sebelum tuh gi melbourbe. balik auckland gi melbourne lagi. selang berapa hari lepas tuh gi melbourne lagi. kalau ada kawan kat sana, boleh la mummy pergi kan.pastu tunggu daddy datang baru balik sekali.. hehe..

sambung citer joberg..
11 July 08 (jumaat)
Hari ni daddy bangun awal sgt... yg pasti lebih awal dari waktu subuh joberg. Sebabnya hari ni daddy kerja utk flight dari joberg-cape town-joberg. balik tgh nanti. hasya dan syahir pun bangun sekali. hari2 bangun ikut waktu msia lagi, pastuh nak suruh tidur balik susahnya. tidur pula lewat sbb hasya check dulu mlm ke siang. tp hari ni hasya kena paksa tidur juga dgn mummy.kalau kat msia lepas isya' dalam 8.30-9pm biasanya dia dah masuk bilik dia tidur. tp kat joberg ni tidur dalam 9pm (waktu m'sia 3am!)

Mummy,Hasya dan Syahir duduk dalam bilik je hari ni... berehattt selepas semlm nya kesejukan. Sapu cream dan baby oil kat kulit Syahir dan Hasya. kulit Hasya dan mummy dah mula nak teruk.merah2 dan kering.daddy balik lewat sikit ada masalah kapal kat cape town. hari ni hasya asyik tanya daddy mana. dan asyik2 ckp "I miss my daddy"...mmg anak daddy betul Hasya ni.Suhu hari ni 3pm- 9celcius.

bulan March lepas daddy ada flight ke Joberg ni juga. Ada peluang ke Lion's Park dan Lesedi Caltural Village. (pergi dgn Wan). kalau nak pergi dgn pakej mahall sgt- r600 seorg (rm 300 seorg)!! hanya ke Lion's park. dengan Wan jauh lebih murah dari harga ni dan dpt pergi 2 tpt. Tgk gambar je la ye. Lion's Park ni besar. nasib2 la kalau dpt tgk jenis2 binatang yg ada kalau dia nak tunjuk muka. Daddy pergi dengan 5-6org crew yg lain. kat sini boleh pegang binatang mcm anak singa, zirafah. ostrich pun ada kat sini.


Ni di perkampungan budaya Lesedi. ada tarian tradisional sekali.

Ni gambar cooker utk panaskan nasi dan lauk.setahu mummy, tak dijual di Malaysia. yg tahu, ada jual di Singapore, Jepun, Dubai. tpt lain tak tahu pula. senang ada ni, tp pandai2 la nak masak kat hotel yg sepatutnya tak boleh. Nasi tuh cukup banyak juga untuk kami ber3 makan. Lauk bawa yg mmg beku habis. sampai hotel masukkan dalam fridge.

joberg zoo


10 July 08 (khamis) -Joberg Zoo

Hasya dan Syahir bangun awal sangat hari ni. 4am waktu Joberg atau 10am (M'sia). Kat luar gelap lagi. Jet lag? ye kut. bila budak 2 org ni dah bangun, mummy dan daddy pun kenala bangun juga. terasa perut berkeroncong. Daddy kata nak masak nasi, makan berat sikit sebelum keluar - nnt dah jalan lambat pula nak berhenti makan.

lepas mandi,makan- daddy keluar ke cafe di Village Walk. sambil minum honey, daddy guna free wireless nak check harga kereta sewa dll. asalnya kami plan nak guna khidmat Wan je (org Msia yg dah menetap di sini). tp dah tak de, nak buat mcm mana kan. akhirnya daddy decide naik taxi. dah siap2 kami menuju ke lobby hotel menunggu taxi. Nak sewa kereta - mahal insurans nya. dalam rm200 juga sehari. belum lagi minyak petrol yg 1 liter- R12 (rm6).mahal kan. Nak ambil taxi kat luar mcm takut2, jadinya jalan selamat ambil hotel punya. R140 (RM70) sehala untuk ke zoo. Pergi balik dah R280 (RM140). Mahal kan untuk perjalanan yg lebih kurang 15-20min.

hari ni konon2 mcm boleh tahan sejuk. hasya pakai 2 shirt lengan panjang dan jaket selapis. mummy pula saja bawa baju xtra sehelai. tapiiii... perkiraan kami silap.... hari ni sejukkk... tak tahan bila ditiup angin. kesian Syahir kesejukan kat kaki, tp dia senyap je. mcam menahan, tak nangis pula. mummy pula lupa bawa beg dukung Syahir dan plastik utk stroller (utk hujan sbnrnya tp boleh cover dari angin sejuk kena muka Syahir). terpaksa la dukung Syahir dan bila dia dah tidur baru letak dalam stroller. Hasya memang seronok pergi zoo. Dah lama nak bawa dia pergi Zoo Negara tp asyik tak berkesempatan. Akhirnya sampai juga zoo walaupun jauh. Bayaran masuk utk kanak-kanak 3-12tahun -R22 (rm11) dan dewasa R38 (rm14) seorg. Dalam zoo pula boleh sewa buggies atau naik mcm trak panjang. Antara haiwan yg mula2 kami jumpa ialah jenis2 monyet, burung-burung, gorilla (namanya Makoko), orang utan Sumatera (jauhnya dia datang) , cape vulture (hati2, haiwan ni makan daging- jgnla hulur tgn).Hasya asyik mencari zebra. mana giraffe?mana giraffe? tp ada 6 zone. kenala mencari utk Hasya tengok. Jumpa giraffe sukala kakak Hasya. Ada 2 ekor. Dah tengok giraffe nak tengok zebra pula... mencari zebra pula... tengok juga buaya - buaya kecil duduk dalam rumah khas-suhu panas sikit. Masa tengok lion teringat cerita Narnia. Duduk kat situ sambil Hasya makan biskut.Kami kesejukan juga tp masing2 tahan je. nampak kulit Syahir dah mula kering kat pipi dan dagu. Dah beberapa jam kat zoo ni kami dah mula tak tahan kesejukkan nya dgn baju yg tak cukup.jalan pun laju je. ada yg tak sempat snap pun mcm harimau, cheetah... elephant pun dari jauh je (bau nya kurang menyenangkan).Lupa pula berapa lama kat zoo ni. 3-4jam kut. itupun tak bertapa lama2 kat setiap haiwan yg ada. Alhamdulillah dpat tgk haiwan2 yg ada walaupun tak berpeluang ke safari. Nak tahu, safari kat sana sebesar Negeri Selangor! besar kan... tak habisnya 1 hari kat safari. itupun kalau binatang tu keluar tonjolkan diri, kalau dia main nyorok2 tak nampak juga.

Perjalanan balik dgn taxi. Taxi kat sana rata2nya kereta Mercedes tau.. hehe.. Kami minta dia hantar ke Nelson Mandela Square... nak makan kat kedai Akhawaya'- nasi dan kari. Ramai je nampak org Muslim kat sini- dari raut wajah macam Arab, Indian dan dari Africa sendiri. Balik ke hotel jalan kaki je.

http://www.jhbzoo.org.za/