Friday, May 16, 2008

Swiss Garden Damai Laut 12-14 May 08

Isnin 12May08
Bertolak dalam pukul 11am (pagi tu baru nak kemas beg). penat pun tak hilang lagi, dalam kereta mengantuk, tp tahan je sbb daddy pun penat. kesian bawa kereta sorang2. Sampai Swiss Garden Damai Laut, off Pangkor Island, Lumut, Perak dalam pukul 4pm lebih. Kami terlalu jalan lama dulu sblm masuk tol dan singgah makan dulu. Uhhh..rasa nak terus tidur. Tpt nih jauh ke dalam- kena lalu ladang kelapa sawit dan ladang buah dragon fruit. Duduk bilik apartment, ringkas je biliknya.


Selasa 13May08
Sarapan kat hotel. 3hari sblm dtg dah faks utk sarapan. utk 3adult or 2 adult&2 children RM40 tp kami ni 2adult je. Hasya masih free lagi. dah makan, turun pantai..pusing2 kolam dan hotel. Rasanya tpt ni sesuai untuk org yg suka alam semulajadi atau nak main golf. Pulau Pangkor nampak jelas, dari hotel ada boat ke sana. RM25 per adult. tp cuaca panas sgt dan ntah la, tahap adrenalin tak mencapai tahap sesuai nak ke pangkor. hehe... next time kita tido pangkor terus la daddy. penat nak angkut2 brg kalau balik hari.


Ptg- gi pasar malam kat pekan sitiawan. dekat je. ada satay 20sen secucuk!murah lagi kan kat sini. Nak cari buah bali atau pamelo? tp x jumpa. semua pakat jual kat r&r highway ke? mahal sgt la kat highway.ikut kg. x-jiran pernah beli 3atau4biji RM10.mana nak cari ye?


hasya mula2 x nak main ni.. dia takut sbb tinggi dan lalu titi tu panjang juga. mummy paksa.. lepas tu dia seronok pula.. ajak daddy.. lepas tu nak naik sorang...


Rabu 14May08
Check out awal sikit. Tak tahu nak buat apa lagi kat sini. Musim panas ke skrg?Menuju ke Uni Teknologi Petronas, Tronoh. Melawat adik mummy yang ke 6. hasya excited sgt nak jumpa aunty Ida. dah sebut2 sblm aunty ida sampai.

Makan kat v4. act tpt student, tp nampak lecturer pun ramai. ada beberapa pilihan tpt makan boleh pilih. mummy dan daddy makan kat tpt org pakistan masak. Nasi beriyani dan ayam tandoori 1set RM6 shj! roti nan RM1.20. murah banding kat lembah klang. dan mungkin dalam kaw U. makanan pun sedap.

Masuk bilik ida dan roomate nya Sya... posing2.. main2 dgn hasya dan syahir dekat 1jam... kami pun bertolak balik ke bangi. Ida tgh musim xm skrg... good luck dan moga Allah permudahkan utk semuanya.

Alhamdulillah sampai rumah dkt maghrib juga. Singgah ke pasar Sek3, BBB. Buah lagi murah kat sini dari pasar sitiawan. Daddy kata kita rehat dulu dari jalan2.. hehe... next trip ke mana ye?bandung?bali? ponin pale cik abg bila baca ni. huhu

Sunday, May 4, 2008

Day 8,day 9 -balik m'sia

Day 8 - MOVIEWORLD LAGI!!!! YEEAHHAAA

Pagi2 kami keluar ke movieworld... daddy mummy macam tak puas nak main lagi... hehe.. mlm sblm tu dah kemas2 barang dalam beg... balik nnt tinggal masuk yg lebih2 baju dan barang lain.


cuaca bagusss sgt dan kebetulan hari ni tak ramai sgt org macam sebelum tu. beratur kejap sgt nak main2 ride yg ada. mummy sampai je tpt Wild West falls Adventure Ride terus naik boat. beshhh... tapi takut gak la masa boat tuh jatuh dari atas. hasya naik dgn daddy... nangis kejap. terkejut kot. basah la baju sikit -itupun dah pakai ponchos... turun dgn kelajuan 70kmph tanpa brake.. mummy tutup mata kejap.

daddy main batman wings tuh. daddy kata macam jantung tertinggal kat atas. mmg laju sgt naik atas. dan lepas tuh turun balik. sempat ambil gambar dgn batman lagi sekali, show semua dah tgk jadi kami rilek sikit pergi kali ni. tak terkejar2.. saja nak puaskan hati sebelum balik.
hasya main lagi ride yg ada untuk budak2... dia seronok la ..kali ni daddy layan je dia naik main apa... mummy duduk dgn syahir. sesekali ada juga mummy main dgn hasya..
dalam tgh kami balik dari Movie World...ingat nak singgah harbour town lagi tp tak jadi la.. kami pi shopping complex mana ntah..lupa nama.. beli sikit2 je untuk bawa balik.. beli rempah2 MasterFood sekali.. murah dari Msia.. sampai apartment... daddy masak nasi, bakar ayam.. dah kenyang senang nak jalan nnt... dalam pukul 7 lebih kami bertolak ke brisbane... sampai airport, park kereta kat tpt sewa kereta..kunci masuk bonet.. pergi check in.. wrap dulu car seat syahit. $9.mahal ek.. kat msia rm7 je. sana x3 jadi rm27. beza tul.


beg pergi dan balik sama je. tak bertambah, tak berkurang... hehe

Saturday, May 3, 2008

Day 7- brisbane

Day 7- 22 April 2008 QUEEN STREET MALL, BRISBANE, BROADBEACH


sebelum ke brisbane, bergambar dulu sekitar Santana Apartment

Baru sempat sambung cerita lagi. InsyaAllah cerita goldcoast ni nak habiskan je. Tak pe, tulis je. Nanti Hasya dan Syahir nak baca balik bila2 nanti ye. tak pun, mana tahu nak pergi lagi. kita jalan2 tempat lain dulu. nanti Syahir dah pandai main, kita pergi lagi ek.

Hari ke 7 ni kami nak pusing2 tgk brisbane. Saja nak kenal tempat, alang2 dah sampai kan. lagipun, nak pergi pejabat sewa kereta kat Brisbane ni settekan pasal kereta sewa ni yg sepatutnya dapat Toyota Camry tp dia bagi Nissan Tiida/Latio. manager tu kata Camry dia baru lepas accident. So, company refund balik sewa kereta utk sehari. Settle.

Dah selesai, dgn bantuan GPS kami mencari Queen Street Mall. Berpusing2 juga sbb banyak bangunan dan kami mencari tpt parking kereta. Akhirnya jumpa tpt parking kat tepi jalan. 1jam- $3.20 kalau x salah. (itula, lewat2 tulis dah lupa). Nak parking kereta kena tengok2 juga. Ada tpt utk parking 1 jam, ada utk angkat barang je, ada utk waktu tertentu je. Kalau main parking silap2 kenala saman.


Call Onn Azraai utk beritahu kami dah sampai. Dia kata tunggu jap dia naik bas. Onn ni kawan sematrik dan kawan sekuliah dulu. Skrg sambung phD di UQ dan jangka balik hujung tahun ni. Sebelum Onn sampai, kami pusing2 la kat situ. Banyak tpt kalau plan nak shopping. Tapi kami sekadar jamu mata. lagipun tak ada sale. Tak lama sgt tunggu Onn sampai. kebetulan dah tengahari, Hasya dah kata lapar. Onn bawa kami ke mana ntah,dah lupa namanya. Ada Nandos halal dan kedai beriyani. kami makan nasi beriyani. Alhamdulillah kenyang. 1pinggan nasi beriyani dan 3 ketul ayam -$8. ok la kut harga tuh kalau duit sana. sampai malam, mummy kenyang dgn nasi beriyani!

Dah kenyang, kami pusing2 city. Mula2 abg bawa, then Onn bawa pula. senang skit. tunjuk tpt2 kat sana. Actually brisbane ni biasa je. nak kata sibuk pun, sbb bawa bangunan office kut. Onn tunjuk river, museum dan ke U tpt dia belajar. rumah dia pun kami lalu juga, tp dia tak bagi masuk, rumah bujang!dia kata sepahh sgt ...haha..dah habis pusing2, kami berhenti kat surau. dekat dgn rumah onn dan kami berpisah disitu. Thanks Onn belanja nasi beriyani.

Main kat playground tepi pantai

oh ya!mummy nak cerita sikit pasal Hasya. masa dah sampai tpt parking kereta. mummy nak angkat Syahir dan daddy nak simpan stroller. Ntah macam mana salah kami juga ni, terlayan Syahir dulu. Hasya tiba2 meluru berlari. dia kata nak pusing kereta. tp dah kat jalan masa tu juga kereta2 tgh laju. Onn sempat sambar tangan Hasya dan tarikkk!... Mummy mmg cuakkkk sgt waktu tu. Alhamdulillah dan syukur Onn tarik Hasya.
Mmg kereta laju. kami kena berhati2 lebih, masukkan Hasya dulu dalam kereta. dia mmg suka berlari.

Sebelum balik apartment, kami singgah tepi pantai broadbeach. Dah nampak taman mainan kat sana tu macam menarik je. Best la, banyak mainan. kat Msia kebykkannya yang asas- slide, swing, see-saw. kat tepi pantai ni banyak.. seronok Hasya main.

Friday, May 2, 2008

day 6- movie world



Day 6- 21 April 2008 MOVIE WORLD

Alhamdulillah cuaca hari ni sungguh baik. sama macam hari sebelumnya yg kami ke harbour town. best kalau cuaca baik mcm ni dapat ke sea world dan dream world. tak pe, ingatkan diri sendiri, ni kuasa Allah.

kami rasa mcm dah keluar agak awal, tp sampai sana, nampak ramai sungguh org dah beratur nak masuk dalam movie world. harga tiket $66 per adult, dan kanak2 3 keatas $46. tp sbb dah join ahli My fun dan bawa kertas offer tu, harga tiket $46 dan kanak2 $30. kali ni pun, hasya dapat masuk free... jimat lagi. tak ketat sgt la utk kanak2, main lepas je.lagipun tak beza sgt kut 3 dan 4thn ni. nak beli barang2, print ahli my fun dapat diskaun 5% lagi. kat depan kaunter tiket, ada beberapa bendera. wahhhh... terasa bangga nampak bendera Malaysia.

Tgk suasana kat dalam tu, seronok sgt. tiba2 ternampak org beratur. Shrek dah keluar... boleh ambil gambar.. tp ramai sgt tak sempat. mende2 ni keluar ada masa, x terlalu lama sgt. kebetulan hari ni ada rombongan dari negara yg byk mata sepet. x nak sebut la ye... aduhai.. geram pun ada... x reti nak beratur.. berebut2.. sorang dah beratur kat depan, 1 kumpulan dtg join sekali. yang dah berumur pun (rambut dah putih semua) berebut2 nak bergambar dan main ride kanak2... aiseh.. sabar je la.

Pergi kat tpt mainan for kids... best juga... hasya seronok main. dah main kejap, kami kejar Shrek 4D Adventure Show. ramai dah orang beratur nak masuk dalam. best juga show ni, terasa sekali kita kat dalam show juga. kali ni, kami duduk di bahagian reserved kat blkg. kurang sikit gegarn dan bunyi. kalau duduk kerusi biasa... gegaran dan bunyi lebih kuat.

keluar show ni, pergi balik tpt kids... mummy dan hasya naik Road Runner Rollercoaster... haha.. mummy kecut juga bila pusing2 senget2... laju... dan tiba2 stop... pegang hasya kuat2... hasya cakap takut tp best. ajak naik lagi dah tak nak. hasya main beberapa ride sblm kami beratur nak tgk Police Academy Stunt Show. mmg pelakon yg profesional... aksi2 bahaya bawa kereta.. tembak menembak... helicopter meletup...(terasa bahang api masa meletup). mmg best!! show ni dah nak tutup lepas ni.. dorang nak ubahsuai.

Hasya bersuka ria main ride yg ada

kami ke Wild West Falls Adventure Ride. nampak best... boat turun dari air terjun tinggi... main ni mmg basah la, tp kami dah prepare ponchos.. mmg x rugi beli hari tuh kat dream world.daddy dan hasya beratur... dah nak dekat turn, ride ni tutup sebab ada boat yg rosak.. tak leh naik... hrmmm.. daddy kecewa.

patah balik ada street parade... keluar la batman&robin, catwoman, shrek, tweety&sylvester, scooby-doo, dan karektor2 lain. meriah.. hasya sambung main kat Intencity Fun 'n' games & bumper cars. semua theme mmg sesuai utk kanak2 dan mak bapak budak. daddy ajak ke tpt batman... nak main ganas lagi... main Batman Adventure The Ride 2. mummy dok kat kawasan lapang... bagi susu kat syahir.. cuaca berangin sejuk..

sebelum balik, kami pusing2 kedai yg ada... kedai ikut character.. ada kedai batman, superman, lethal weapon, warner bros boutique, harry porter,shrek, Daily Planet, Hi-5 studio, etc... mmg best la semua theme. kami ke movie world ni 2 kali!... hehe.. nantikan.




*****more pics tgk kat my picasa ye.. *********