Hasya dah tak sabar tunggu taxi. Syahir sibuk nak pakai beg
Patut nya airport limo dtg 7am, tp sampai dalam 7.15-7.30am gitu. Hasya dah sebut2 mana taxi ni.. tak sabar dah tunggu kat luar. Naik Perdana- bayaran dari Shah Alam ke KLIA- RM 77.20! mahall! masa duduk Bangi dulu RM 55. makin jauh atau sbb naik Perdana? dulu naik Waja je, mungkin murah sikit dari naik Perdana. Tunggu baba offer nak hantar sebenarnya ..tapi tak ada pun.. haha.. dan tak nak susahkan baba mama .. x apala,dah biasa pergi sendiri sebelum ni pun.

budak ni main2, ketawa, lari2 keliling troli.
mummy daddy pula tengah suspen pasal tiket
Alhamdulillah dapat juga seat walaupun terpaksa duduk asing2. Syahir pula terpaksa duduk atas mummy walaupun dah beli full seat ticket.walaupun Syahir belum 2 tahun tapi kunun2 nak bagi Syahir selesa. Tak apala, asal ada tempat.
Dalam 3 jam flight sampai la kat Bandara Ngurah Rai dalam 12.50pm . bandara=airport. Keluar dah awal sbb keluar dari biz kan tp dengan tunggu stroller dan tak isi form masuk Indon lagi jadi la lambat. Mummy ingat masa daddy duduk berdua dengan Hasya dah boleh isi 2 form masuk Indon dulu, tapi nampaknya nak tunggu mummy bising kat airport kut (oppps).. dan boleh pula kami dapat salah borang. penat2 terkejar tulis borang rupanya isi borang utk rakyat Indon.. terpaksa cari borang yang betul. dah nak keluar lepas ambil barang pula tak ada 1 form lain- sbb dah koyak masa salah salah isi tadi, rupanya ada 1 yang betul. kena tulis lagi form lain.. mengah jap kat situ sebab kak Syuroh dan Abg Mie dah tunggu kat luar.(Family kak syuroh sekarang duduk di Bali (dalam 2 tahun) sbb abg Mie kena transfer kat sana- engineer MAS. untung juga merasa peluang duduk di tempat org (dah byk juga tempat kak Syuroh ikut). dapat elaun tambahan, anak2 masuk international school, kerete dan rumah dapat, duit minyak pun dapat. Duit gaji untuk makan je. tapi ye la, mana nak sama dengan duduk negara sendiri. pergi kejap2 memang seronok,nak duduk lama, sedih juga kan )
bergambar sementara abg mie ambil kerete. kat tepi2 ni banyak org sana yang tengah duduk2 mencangkung tunggu customer utk angkat barang-porter dan jadi pak supir. 1 beg dalam 3000rupiah.
di bandara Ngurah Rai di Denpasar dan sekitar pantai Kuta

Bilik 6360 untuk seminggu di Bali. ada dapur-microwave, dapur,peti sejuk,alatan memasak.
Alhamdulillah, cukup selesa
Abg mie terus hantar ke Club Bali @ The Jayakarta Residence di Legian-Kuta. Tercari2 juga la tempat tu , En Garmin pun tolong juga. Sign board arah memang sangat la kurang di sini. dan jalan2 pun kecik je itupun kereta parking tepi jalan. memang kena skill tinggi nak bawa kat sini. dan asyik dengar bunyi hon dan honnn je.
Hotel ni daddy booking guna RCI. dah join Leisure Holiday since August 08. untuk member boleh pilih 1 bilik,2 bilik atau 3 bilik. tapi Bali memang full sepanjang tahun. dapat 1 bilik pun agak selesa juga untuk kami ber4.
(masa masuk bilik, terus mummy nampak ada patung kat rak. minta porter keluarkan. dia tanya kenapa? nasib baik juga kak syuroh jawabkan "Kami Muslim") Lepas check-in, basuh badan syahir, kami solat jama' Zuhur dan Asar. perut pun dah berbunyi. Abg mie bawa kami lunch di Centro Discovery Mall. shopping complex yang terbesar kat Bali. ada beberapa tempat makan Halal di food court. Rasa ikan garami masam manis, nasi penyet, es teller dan jus alpokat. nyummyy.. Alhamdulillah
Sebelum balik hotel, daddy minta tolong singgah mana2 kedai untuk tapau dinner. tak payah nak mencari2 lagi nanti.lagipun Syahir masih demam, nak rehat kat bilik dulu. Abg mie bawa ke Restoren Nasi Padang dekat dengan airport. memang ramai crew yang tapau bawa balik Msia bila flight ke sini. beli 3 bungkus utk dinner dan sarapan. Simpan dalam peti sejuk dan panaskan dengan microwave pagi nanti.
dinner hari pertama. nasi padang memang sekali dengan daun ubi rasanya.
3 kotak tu dalam 65 ribu rupiah
Plan jumpa balik dengan family kak syuroh pagi esok. nak gi tour bali... tapi cancel sbb syahir masih demam. kesian pula bawa jalan2 waktu demam. lagipun esok Ahad,mesti ramai orang kat mana2.








Aksi-aksi nak bergaya ...kunun2 kat tpt sejuk sangat la kan.. hehe..budak2 ni siap glove tu
Ptg-pusing2 sekitar kawasan ... dan sebelum gi dinner. lepas hujan rintik2..sejuk biasa2... (ni cakap org eksen - daddy cakap mummy eksen kata tak sejuk) dah .. memang mummy rasa tak sejuk.. nak buat cam ne..hahaha

Aktiviti yg Hasya paling suka... dah lama cakap dgn dia... dan dah lama juga dia asyik sebut nak petik strawbery. akhirnya tercapai.. sambil petik sambil masuk mulut. tapi dengan izin ehhhh... org yg bawa kitaorg ni bagi makan sbb dia kata datang bukan hjg minggu.. tak ramai org.. dan petik pula kat tpt yg tak sembur racun. 

Kat honey bee farm. mummy yg terjerit2 sbb nampak lebah terbang. takut masuk dalam tudung ke seluar ke dan takut budak2 ni kena.
Petik strawbery lagi... Syahir pun suka sangat.....tp nak petik kena pilih2.. kalau nak makan terus petik la yg merah2.. tp kalau nak makan esoknya petik yg ada putih2 sikit.. baru la tak berair.
Tengok la semua makan ... terliur tak?hasya paling semangat tiap2 hari petik.
Lepas lunch akhirnya mama, baba,kak sai, iman, nana pun sampai. lambat sikit sbb tunggu kak sai habis kelas ke apa..
Lepas dorang dah rehat, baba ajak keluar walaupun waktu tu hujan. Pergi ladang tea Bharat.. kena turun bawah skit. tp macam tak best je.. so pergi ladang tea Boh pulak... perjalanan nye masyaAllah..memang mama berdebar2 kat mana la kitaorg ni bawa.. jalan pusing2.. dah la sempit.. jauh pulak tu.. tp berbaloi... puas hati.. Tapi kalau naik ladang Boh yg kat atas tu lagi puas ... tpt minum tea pun lagi cantik..
tea tarik sbnrnya guna kualiti daun teh paling rendah! hampas daun tea jee.... tp itula yg masyarakat Malaysia dok minum hari2 kat kedai mamak kan... hehe





tp kat depan ni susah sikit nak makan terang2 sbb ramai org... segan nak makan beriye..