macam biasa, bangun awal- gi sarapan dulu. nampak cuaca mcm ok. hari ni plan nak pusing2 city. pergi kat shopping street balik dan tak lupa nak beli coklat. plan nak ke heidelberg tak jadi. ralat gak, tp tak pe la.. mungkin akan dtg ada peluang lain kan daddy. kalau mlm sebelum tidur rumah ayu.. rasanya mmg sambung tidur balik dan tak jadi gi hiedelberg jugak kut.. jd sesi bersembang.. hehe... tp x pe ayu.. mana tahu ada kesempatan lg lepas ni.
nampak hasya sungguh selesa pakai baju oren aunty iu bagi ni. match pula dgn topi dan jaket oren tu.
hari ni kami plan jalan2 guna underground tram.. kalau guna tram, naik kat luar.. tp ni turun kat bawah station dan laju sikit.. mcm lrt kut tp bawah station... tiket ambil yg sehari ke mana2.. harga tiket dah lupa.. huhu.. tu la... lambat sgt nak tulis citer..masuk dan keluar shopping mall... cari apa?haha... kami berkenan dgn stroller izzah... brand quinny... dan saje la nak tgk2.. tp masuk keluar kat tpt kanak2 dan baby, tak jumpa 1 stroller pun. tanya la salesgirl kat situ.. nasib baik masih faham dgn campur bahasa english+german dia.. dan akhirnya dia lukis map kat mana nak cari. ada kedai khas yg jual barang2 baby shj.
cuaca hari ni ok sgggttt bagi kami.mungkin dah boleh terima sejuk tu..syahir pun dah gelak2.. dah tak terlalu nampak stress, hasya pun rileks.. kadang tak nak pakai topi dan gloves.tp paksa jugak sbb tak nak xposekan sgt sejuk. .mungkin tgk haziq dan faris rileks je semalam. malam awal2 nafas hasya berbunyi waktu tidur+selsema... masa tu mmg risau. dok bg ventolin+ seretide selang waktu.mummy daddy pun rileks.. kira ok sgt la.. boleh la nak pergi lagi masa winter kan daddy.. :P
masa jalan2 kat shopping street ni punyala ramai orggg... mmg ramai. sale! sale! tp alhamdulillah mummy ni bukan jenis giler purfumes dan bukan giler shopping.. hehe... tgk je la org membeli belah .. oh ya.. mercun besar2 banyak jual.. kat mall tu mmg banyak jual.. nak sambut new year.. agaknya kalau mummy daddy beli pasang kat apt ni boleh lawan budak2 yg main mercun masa raya.. haa... nak bising2 ek.. meh sini kitaorg pasang yg lagi besar.. tp takat cakap mulut je la.. tak de kuasanya dan tak de faedah pun nak lawan2 mende buang duit ni kan..
akhirnya kami jumpa kedai baby tu- Baby Waltz... makkk oii, banyak nye stroller..buggy.. dan yg besar2 roda tu.. mcm roda basikal je.. rambang la gak.. tp tgk2 yg chicco, mc laren mcm sama harga kat msia je. kami sekadar tgk je, nak beli pun yg JEEP syahir ni ok lagi... beli pun utk yg tahan lasak.. puas juga guna tu, cuma agak besar waktu lipat... makan space byk sgt dan cara lipat pun tpt duduk tu kat bhgn luar.. takut la kotor kan bila syahir nak duduk kalau dalam flight tuh dorang campak2 je kat mana2..
dinner nasi beriyani dan roti nan kat restoren Lahore.. jumpa capt hamid lin dan kak ju.. anak dorang dah 2 hari duduk bilik main game.. tak nak keluar sejukk.. wahh... hasya pulak suka... tak nak balik, siap nangis bila cakap dah nak balik.. puas la juga pujuk.. dia kata dah bawa baju banyak.. boleh duduk lama lagi.. hehe.. snow pun tak sempat tgk lagi kan.
kak ju kata pukul 6 pasaraya Plus nak tutup.. alamakkk.. dah risau ni tak sempat beli coklat... punyalah bekejar..hasya pula penat, tetiba minta dukung..sejak ada adik kalau jalan2 dah tak pernah nak dukung..penat sgt kut... tapi pujuk2 dia jalan juga.. cakap nak beli coklat... sampai kat plus tu rupanya tutup pukul8... hehe.. penat je jalan laju.. hasya pun nampak banyak coklat ok je dah ada tenaga balik. tak pergi yg kat u sbb kejar waktu... plus kat sana besar lagi... tp plus yg kat town ni kena lalu pub2 dan banyak gambar2 yg tak senonoh.. nasib baik hasya tak perasan gambar2 tu...
dapat la juga beli coklat2... jadi buah tangan kat family.. nak beli souvenier lain tak reti.. kami pun takat beli fridge magnet je... ok la utk skrg... dah pindah rumah- dah beli almari cermin, baru la best nak beli2 barang utk kenangan... skrg beli pun letak dalam kotak je
balik hotel, minum hot choc.. dan masuk bilik.... sebelum tidur, kemas2 dulu brang , tak de la esok pagi kelam kabut nak kemas semua

masuk bilik, syahir nak tidur lagi. bagi susu dan mummy pun tertidur gak. tp pagi ni syahir tidur lama sgt. agaknya sedap dgn cuaca sejuk. tu pun tak buka aircond dalam bilik langsung. hari ni dah janji dgn ayu&arif sekeluarga nak jumpa. tuh yg masing2 rehat sbb ptg nak keluar dgn dorang. ayu kata dalam tgh tuh dia sampai. kami sempat lunch dulu, tp kali ni maggie je sbb hasya tak nak bila tunjuk2 makanan kat lounge tuh. buka maggie, letak air panas, dan tunggu je. menu lunch hari tuh nasi dgn sayur2 utk vegetarian.
jumpa dorang bg surat beranak ayu dan arif dulu. dorang nak kena settlekan pasport baby izzah kat kedutaan malaysia yg tak jauh dari hotel. ayu bawa hadiah baju2 sejuk bg kat hasya dan syahir.mmg suka sgt sbb insyaAllah kali ni membantu dari sejuk yg macam semalam. alhamdulillah mmg muat. balik bilik, solat dan pakaikan baju utk budak2 ni. dah pakaikan syahir baju, lepas tuh yak yak pulak. terpaksa buka balik dan ' berperang' balik nak pakai baju. sementara nak tunggu, syahir sibuk betul dgn aktiviti dia dalam bilik hotel. x larat nak kejar ke sana sini.
haziq dan faris mula2 jumpa hasya mcm senyap je, tp kejap je. lepas tuh mula la adegan berlari2 dan bermain. risau juga takut terlepas, nasib baik juga jalan ramai2, tina pun tolong tgk2kan budak2 ni. berlari, pegang tangan, tolak menolak- budak2 main. kadang best pulak tgk.
keluar dari hotel, rasa semalamnya lg sejuk. naik tram dulu menuju ke station utama. naik turun tram. arif sempat tukar duit euro pada pound. nak buat pasport kena guna duit pound. jenguk2 kedai cendermata. mahaiii eh... tp setakat ni kumpul fridge magnet je. nanti lepas2 ni kumpul gelas ke mende lain pulak.
sampai ke arca euro ni. mmg tumpuan pelancong bergambar. nak citer kat mana pun tak reti sgt. ikut je mana arif nak bawa kitaorg ni.. hehe.. hasya dan haziq pun bukan kemain lagi nak bergambar ber2. yer la, sekali sekala haziq dgn faris dapat jumpa kawan jauh ni. hmm, sepanjang jalan ni syahir tido je kat dalam tuh. nyenyak pulak dia tido.
hari dah makin gelap dan berangin. sejukk... arif tanya nak naik menara kat bangunan apa ntah x ingat, tp memandangkan takut budak2 ni sejuk x jadi la.. next time.. hehe..
naik tram lagi, pergi macam kat bangunan lama. old town... kat sini pun banyak pelancong dan ada beberapa kedai cendermata. murah sikit dari kat town. arif patah balik ke kedutaan nak settlekan bayaran tadi. tram ni arif dah ambil utk group 5 org sehari. nak kemana2 pun balik. nak ikut balik rumah dorang ke homburg dalam 2 setengah jam perjalanan pun dah tak yah bayar. dah include sekali.
lama juga kat old town ni. budak2 ni berlari ke sana sini. ada 2 kedai cendermata. murah sikit dari town. budak2 ni sampai kena tegur dgn makcik kedai ni sbb dia takut terlanggar barang2 dia. kejap je budak2 ni diam, pastu berlari balik. pastu uncle pulak tegur. tp dalam bahasa german la. tak faham pun.
hari dah makin gelap.. dah makin sejuk. kami dah tak leh nak tunggu kat situ. baby Izzah pun dah nak susu. kena jalan pelan2.. so, kami menuju ke shopping street... banyak kedai dan shopping complex kat sini. kalau nak panas masuk dalam kedai, pastu keluar balik. sambil2 tuh mummy mencari cookies cutter yg nurul pesan.
sambil ayu bagi susu, budak2 ni dah lapar. mummy pun bukala beg sandang doramen mummy. keluarkan biskut2, air milo, roti Gardenia.. hehe... Faris punyala minum dan pegang air kotak tuh lama. agaknya lepas kempunan eh.. roti gardenia pun sbnrnya dari m'sia, tak habis makan.. nak buang sayang... banyak lagi, dan expired date pun lama lagi, so bawa ke fra. alhamdulillah jadi rezeki ramai2.. dah lama tak makan roti dari M'sia. dgn biskut2 oat yg mummy bawa. kurang la sikit beban beg tu.
lepas makan, naik tram menuju ke main station. stop kat sini lama sbb nak beli tiket utk ke heidelberg esoknya. lama juga kat sini. ayu dgn arif mmg ajak balik rumah dorang tp daddy nak budak2 ni rest, tak berani ambil risiko sbb kena balik hotel dulu kemas barang, ikut dorang balik dah 2jam setengah jam perjalanan- sampai tgh pagi malam, dan esoknya ke heidelberg pun dalam 1jam setgh naik train lagi. takut budak2 ni penat dan lusanya pula daddy team A kerja. nanti kalau selsema sakit tekak melarat, susah sbb keje. jadinya pilihan utk pergi sendiri esoknya dan jumpa ayu&arif kat sana. tp masa kat station ni, ada masalah beli tiket, mummy tak faham sgt tp luar kawasan ke mcm mana. Akhirnya, heidelberg pun tak jadi pergi.. hikss... kat sana byk castle lama atas bukit. tgk gambar cantik je... legoland pun tak jadi gi, stutgart tpt kilang mercedes pun tak jadi gak. tak pe, mana tahu ada rezeki lagi dapat ke sana.. kan daddy kan..
alhamdulillah sampai hotel 9 lebih malam kut. naik atas jap ambil barang2 makanan ayu&arif. ada 1 kotak rempah2 dan mende2 goreng (pepedom kan) , MILO , kicap, sos etc. maggie yg mummy bawa pun bg gak sbb rasa tak sempat makan. kalau tak, nanti penuh beg je bawa balik.
flight tengah malam. dalam pukul 9pm, airport taxi datang pick up kami.
Naik bas pun hasya dan sasya duduk sekali. tergelak2 bercakap. Sasya dah drjh 2 tp macam sebaya je. Syazril pula dalam sethn 6 bln kut. syahir mcm tegur2 tengok syazril. Dari airport ke Hotel Maritim dalam 15min je, tak jauh.
msuk bilik, dan mula sesi pakai baju tebal2... hasya senang je, syahir nak kena kejar2.. rimas agaknya pakai tebal. tp bila dah keluar hotel, terdiam dia. agaknya pelik dan terkejut cuaca sejuk. mmg sejuk ditambah dgn angin. agaknya dalam -1 celcius kot waktu tuh. jalan2 sampai la ke train station. sebelum tuh syahir dok dalam stroller dan tutup dgn plastik stroller tak nak bg angin direct kat dia. bila masuk kat train station dah panas, dia mula la nangis tak nak dok dalam stroller. daddy pulak cari toilet lama, nangis2 Syahir tunggu. bagi susu kat kedai kebab, nasib baik pakai berlapis2 pun tak susah nak bg susu badan.
keluar station pusing2 lagi lalu kedai2 halal, kedai kebab sampai ke sungai frankfurt. ada jambatan yang menghala ke byk bgnan di seberang. tp syahir masa ni mmg berdukung je dah tak nak masuk stroller. terpaksa mummy dan daddy gilir2 dukung. berat syahir sbb baju tebal dah macam anak koala pun.heheh... nak citer pergi mana, jalan mana mmg payah susah nak ingat, kat sana mmg utamakan bahasa german. bagus kan.
masa lalu kedai halal semula, masuk kedai Lahore. daddy tanya nak makan ke tapau. tp sbb mummy fikir hari dah makin gelap dan sejuk. dan daddy cakap bahaya jalan malam, byk kaki botol kat perjalanan, mummy cakap tapau je, nanti kat hotel panaskan balik. ( rupanya tak de pulak microwave kat tgkt 3 dan 5 tuh ) akhirnya tak dpt nak makan sbb nasi beriyani dan ayam tuh sejuk sgt. terbang 6 pound eh=rm30 utk nasi beriyani+kari ayam)
sampai hotel, terus naik crew longe- minum air panas... huh..lega..malamnya- masing2 tidur kepenatan


