Plan nak ke Johannesburg ni macam tiba2. Daddy dapat jadual lepas base check tgh bulan Jun. cakap biasa2 je nak ikut (mmg nak ikut tp tak nak la push sgt). kebetulan mummy, hasya dan syahir demam agak teruk pula hujung Jun dan awal Julai. Awal bulan daddy ada beberapa hari off yg agak lama, kami plan nak bercuti ke Kuantan. tp atas sebab2 tertentu destinasi bertukar samaada ke Genting atau Melaka. Pun tak jadi juga. tukar semua plan- rehat kat rumah dulu bagi demam baik betul dan lps tu ikut daddy kerja gi Johannesburg @ joburg!
mummy memang tak survey pun pasal joburg ni. masa demam, kepala pening nak tgk monitor lama2. laptop pun mcam dah buat hal. so, mummy ikut plan daddy je. semuanya daddy dah settlekan. nak ke joberg tak perlu visa (utk tpt2 lain di S.A (South Africa) kena check). travel insurance jangan lupa! harap2nya tak berlaku apa2 tp beringat sebelum kena. Kami ambil MAS travel insurance. (setakat ni yg mummy survey MAS punya harga berpatutan).
Selasa 8 Julai 08
Sibuk berkemas utk saat akhir. Bawa baju tebal2 dan lengan panjang je. Suhu di Joburg antara 5-12 celcius. Bawa sabun buku Ekonomi Handalan nak basuh baju- (tak tahan la sabun ni,kuat sgt untuk kulit mummy yg mmg sensitif ni). Kami bawa juga beras dan lauk pauk yg dah dibeku kan betul2. nnt mummy tunjuk masak guna cooker apa dalam entry akan dtg. Hasya dah tak sabar - dia ingat nak gi Gold coast lagi!
Airport limo datang pukul 10pm. dari B.B.Bangi ke KLIA waktu malam - RM 51.60. kalau siang murah sikit rasanya. Flight pukul 1am. Limo hantar daddy ke bangunan FMB dulu utk report duty dan urusan2 kerja daddy. Mummy dan budak2 turun kat international departure. sementara tunggu daddy, kami pusing2 je la kat situ. Syahir nampak dah mengantuk tp tak tidur2. Hasya pun aktif je berjalan. padahal budak2 ni lepas isya' mummy dah hantar ke bilik tidur.
Rabu 9 Julai 08
Urusan check in lancar. Penuh juga flight ni. Flight ni akan ke joburg(SA)- cape town (SA)- buenos aires(argentina). Sebenarnya daddy paxing (pergi sebagai passenger tp dalam tugas- susah nak cerita, belit2 sikit). Tp daddy tak duduk sekali dgn kami- daddy kat first class. nak tumpang sekali tp seat penuh!!
Mula2 daddy duduk sekali dekat2 kami waktu take-off dan makan tp time tidur, daddy duduk depan. Mummy tak kisah pun, sbb dalam tugas kan. hehe.. lagipun tak dinafikan lebih selesa. kami pun selesa juga,alhamdulillah. Hasya mmg ok sgt, Syahir pun ok juga- tak nangis2 pun. Perjalanan dari KLIA ke joberg dekat 12 jam. waktu di joburg lewat 6jam dari waktu Msia.

Dinner kat atas tu dalam pukul 2am. Aiseh, mummy tak larat nak makan daging kambing tu sbb dah kenyang sgt. Hasya makan sate je, yg lain2 dia dah tak nak. perut budak2 mana nak sama dgn perut besar org dewasa kan. ehe. Satay ni sedapp... (mcm lagi sedap dari satay kajang je).heheh...Dah kekenyangan tu mengantuk pulak, zzzzzzz.... sekali sekala bangun juga tgk Syahir dan bawa Hasya ke toilet.

Kami sampai di Joburg 5.30am . Sebelum landing breakfast dulu. Hasya makan nasi lemak tanpa sambal. pancake langsung tak nak. Urusan imegresen lancar . Tak perlu visa utk perjalanan kurang dari 30 hari. Daddy ambil beg dan tunggu crew2 lain datang. Kami naik bas menuju ke Hotel Balalaikha di Sandtown. Keluar dari airport- sejukknya.. tp mummy dah prepare pakai kot. Itupun mula2 eksen tak nak bawa, tp nasib baik daddy suruh juga bawa. ahakss..

Tak ambil sgt gambar dari dalam bas. Segan juga sbb naik sama2 dgn crew flight tadi. Dgn pilot ,dan cabin crew- steward dan stewardess. Mcm yoyo la pula kan. heheh... mmg pun. tp susah juga sbb susukan Syahir dan Hasya pula bersandar kepenatan kat badan mummy. susah nak bergerak.
cantik bandar joburg ni. bandar yg tengah membangun. dari airport ke hotel dalam 30 min kut sbb jalan highway sesak skit org nak pergi keje. pagar2 rumah kat joburg ni tinggi2 dan tajam2 dan ada letrik. jgn cuba nak pecah masuk! nak pindah rumah nnt, boleh la buat juga.

Sampai hotel- check in dan minum rooibos tea dan orange juice dulu kat lobby. Masuk bilik, kemas2 barang dan mandi. tanpa disedari, mummy, daddy, hasya dan syahir tertidur kepenatan! Tengahari bangun, bersiap2 untuk ke
Nelson Mandela Square. kami jalan kaki je dalam 10-15min. Tgh winter sale!tak pe, ada masa lagi nak survey barang. Makan dan beli salad, buah, air.
sebelum balik hotel, kami singgah ke Village Walk. shopping complex sebelah hotel je. sebabnya nak ke kedai WGS. kedai ni org Malaysia punya- namanya Wan. kedai batu permata dari Joberg ni. dia pun ada buka travel agent utk org Malaysia melancong ke joburg ni. tp nasib kami kurang balik, Wan balik ke Malaysia bercuti 3 minggu. (bawa org Africa melancong ke Malaysia). kalau dgn Wan dapat harga yg jauh lebih murah dari harga travel agent kat Joberg. x pela, terpaksa mencari alternatif lain nampaknya.
Balik hotel- duduk2.. pukul 8pm waktu joburg kami dah tidur.(Msia-2am)
p/s- Link utk info yg sempat mummy ambil ada di last entry Joburg